Sunday, 14 September 2025

GALAU EMOSI

 ASSALAMUALAIKUM







PENGUSIRAN

.

Siapa  sangka di Sungai Baru

bagaikan persis di tanah Gaza

harta dirampas tiap penjuru

tragedi sadis tiada beza

.

Tangis  penghuni kehilangan hak

hanya marhaen ambil peduli

diasak oleh pelbagai pihak

kosongkan ruang pantas sekali

.

Kenapa  drastik tindak begitu?

diusir bagai pendatang haram

tujuan arah tiada tentu

kapal tumpangan semakin karam

.

Tanah  pusaka milik tertulis

ingin di situ selama-lama

tega semua mahu digilis

tegak bangunan tinggi saksama

.

Menutup  mata tingkah pemaju

semahu-mahu tindas jelata

memegang kemas tali teraju

kaya mereka rakyat derita

 

GALAU EMOSI

.

Galau  emosi dimanipulasi

percikan marah api mengganas

puaskan rasa merusuh sisi

cetusan isu meruak panas

.

Gejolak  ombak gelora geram

tangan pengacau tambah rencahnya

luka berdarah ditabur garam

niat sembunyi meranapkannya

.

Kawal  segala selagi mampu

teliti salah asbab tersilap

di sekeliling gerak penipu

jatuh terkulai pesona sulap

.

Jurang  nan luas pisah segala

antara kaya, marhaen miskin

limpah harta setinggi ancala

sedang yang daif makan berpekin

.

Ceritera  di Indonesia

titipan doa moga selamat

saudaramu dari malaysia

malang petaka segera tamat


No comments:

Post a Comment

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist