ASSALAMUALAIKUM
Serigala memerhati dari jauh
sekumpulan kambing biri-biri sedang meragut rumput.
Anak-anak kambing biri-biri
bermain-main dengan riang di samping induknya.
“Kamu jangan bermain jauh
dari ibu anakku. Mungkin kamu akan ditimpa masalah jika
kamu tidak bersama ibu.
Tentu ibu tidak dapat menolong kamu nanti.” Ujar ibu kambing
biri-biri pada anaknya.
“Baik ibu ! Saya akan ingat
pesanan ibu.” Sahut anak kambing biri-biri itu. Anak
kambing biri-biri pun
berloncatan bersama kawan-kawannya. Mereka hanya bermain
berdekatan induk
masing-masing sambil meragut rumput.
“Nampak di situ rumputnya
lebih segar menghijau. Ayuh kita ke sana!” kawannya
mengajaknya.
“Kita makan rumput di sini
saja. Usah kita berjauhan dengan ibu kita.” Balas
anak kambing biri-biri pada
kawannya.
“Tempatnya dekat saja dengan
sini. Ibu kita semua masih dapat memerhati kita.”
Kata kawannya lagi.
“Aku tidak mahu melanggar
pesanan ibuku.” Anak kambing biri-biri memberi
jawapannya dengan tegas
“Kalau kamu tidak mahu ikut,
biar aku pergi dahulu.” Kawan anak kambing biri-
biri masih juga tetap dengan
keputusannya.
“Baiklah! Tapi berhati-hati
menjaga diri. Setelah kamu makan segera pulang ke
sini.” Pesan anak biri-biri
pada kawannya. Kawan anak kambing biri-biri segera menuju
arah tujuannya.
Di sebalik pohon besar di
dalam hutan berdekatan padang rumput itu, Serigala
bersembunyi. Dia terlihat
anak biri-biri sedang leka meragut rumput. Serigala merasa
tergiur hendak merasa daging
anak kambing biri-biri itu. . Dia mendekati dengan
perlahan anak kambing
biri-biri itu dan cuba menangkapnya.. Gembala yang sedang
berada di situ menyedari
keadaan itu. Dia bertindak pantas dengan menembak
Serigala itu. Tembakannya
tidak mengenai sasarannya, Serigala itu pantas berlari
menyelamatkan dirinya ke
dalam hutan.
“Gagal usahaku kali ini.
Tapi aku tidak boleh berputus asa. Aku akan dapatkan
juga anak kambing biri-biri
sebagai makananku. Lain kali aku akan mencuba lagi.”
Serigala menggumam
sendirian.
“Mujur kamu berada
berhampiran ibu. Kalau kamu jauh dari ibu seperti kawan
kamu itu pasti dengan mudah
serigala menangkapnya. Nasib kawan kamu masih baik
kerana Gembala menyedari
kehadiran serigala. Dan segera menembaknya. Kamu
mesti berhati-hati selalu menjaga
diri..” Ibu anak kambing biri-biri mengingatkan
anaknya itu.
“Baiklah ibu. Saya tidak
lupa pesanan ibu.”
Hari semakin petang. Gembala
mengarahkan kawanan kambing biri-biri itu memasuki
kandangnya. Dan pintu
kandang biri-biri itu ditutup rapat. Gembala sentiasa menjaga
keselamatan
kambing-kambingnya daripada sebarang gangguan. Terutama
serigala.yang sentiasa
mencari peluang kerana kelalaiannya.
Suatu hari Serigala
berjalan-jalan sekitar padang rumput itu. Dia menemui kulit
biri-biri yang kosong dan usang
terletak di situ. Lalu mengambilnya. Dia menyarungkan
kulit biri-biri itu pada
badannya.
“Rupaku tidak ubah seperti
anak kambing biri-biri. Tentu Gembala tidak dapat
mengenali aku adalah
serigala sekiranya aku memakai begini. Dengan ini mudahlah
aku menyelinap di tengah
kawanan kambing biri-biri dan memperdaya mereka
mengikutiku ke dalam hutan.
Sampai saja dalam hutan, aku akan jadikannya
makananku.” Dia yakin akan
mencapai kejayaannya.. Tapi dengan memakai kulit
kambing biri-biri itu
Serigala kelihatan besar dan gemuk berbanding anak kambing biri-
biri yang lain.
Pada suatu pagi gembala
mengembala kawanan kambingnya ke padang rumput
seperti kebiasaannya.
Serigala pun turut berada dalam kawanan kambing biri-biri itu
tanpa disedari Gembala.
Serigala berpura-pura meragut rumput juga cuba meniru
semua perbuatan kambing
biri-biri agar kehadirannya tidak disedari Gembala. . Dia
berkawan dengan anak kambing
biri biri. Dan segera mengajak anak kambing biri-biri
itu mengikutinya meragut
rumput di tepi hutan.
“Di situ rumputnya lebih
segar dan sedap berbanding dengan rumput di sini.
Ayuh ikut aku ke sana.”
Serigala mengumpan dengan kata-kata yang mengujakan..
“Aku tidak mahu kerana ibuku
tidak membenarkan aku berjauhan darinya.”
Tukas anak kambing
biri-biri. Serigala merasa kecewa kerana usahanya telah gagal.
Dia berpaling pada rakan
anak kambing biri-biri yang lain.
“Benar katamu di sana
rumputnya lebih segar dan sedap. Tapi di sana
tempatnya berdekatan dengan
hutan. Serigala tinggal di situ. Aku pernah diserang
serigala itu ketika aku
sedang makan rumput di sana.” Rakan anak kambing biri-biri
menceritakan pengalamannya
yang sangat mengerikannya. Serigala tersengih
mendengarnya. Anak kambing
biri-biri itu tidak tahu bahawa dia sedang berbicara
dengan serigala yang pernah
cuba menyerangnya dahulu.
“Oh begitu kisahnya. Tapi
aku selalu ke situ. Tidak pernah pula serigala
menggangguku. Aku dengar
khabar, serigala itu telah berpindah ke tempat lain. Dia
tidak lagi tinggal di dalam
hutan itu.” Serigala bertutur lembut, membohongi kenyataan
sebenarnya. Dia cuba
meyakinkan kawan anak kambing biri-biri bahawa tiada bahaya
yang akan dihadapi kelak.
“Ayuhlah kita makan rumput
di sana. Serigala tidak akan mengganggu kita.”
Serigala masih cuba memujuk
anak kambing biri-biri itu. Dia pasti anak kambing biri-biri
yang pernah cuba ditangkap
dahulu telah termakan pujukannya.
“Usahlah kawan-kawanku makan
rumput di sana. Nanti kalau apa-apa terjadi
pada kamu tiada siapa boleh
menolong kamu.” Anak kambing biri-biri cuba
menegahnya. Dia tidak mahu
kawan-kawannya menjadi mangsa serangan serigala.
“Sekiranya serigala itu
muncul tentu kami boleh melawannya. Sebab kami
berdua.” Ujar Serigala. Dia
masih berusaha hendak menipu kawan anak kambing biri-
biri itu.
“Aku sudah memperingatkan
kamu berdua akan bahayanya jika berada jauh dari
sini.” Kata anak kambing
biri-biri lagi.
“Mari kita segera makan
rumput di sana. Kalau sudah tengah hari rumputnya
akan liat. Dan tidak sedap
lagi. Susah pula hendak meragutnya. Usah kau pedulikan
kata-katanya. Biarkan dia
meragut rumput di sini.” Serigala dan anak kambing biri-biri
melangkah beriringan
menghampiri hutan.
Gembala memerhati kawanan
kambing biri itu dari bawah pokok. Dia sedang
berehat di situ. Dia
bercadang hendak menyembelih anak biri-biri sebagai hidangan
makan malam bersama anak
isterinya. Anak-anaknya yang sedang belajar di bandar
juga telah pulang. Jadi dia
ingin menjamu semua ahli keluarganya dengan hidangan
istimewa.
Dia mendapati seekor anak
kambing biri-biri yang kelihatan lebih gemuk
berbanding dengan anak
kambing biri-biri yang lain. Anak kambing biri-biri yang gemuk
itu akan jadi pilihannya.
Dia mengambil senapang yang disandarkan pada pohon itu.
Senapang itu disandang di
bahunya. Dia melihat anak kambing biri-biri yang
gemuk itu bersama anak
kambing biri-biri yang agak kecil sedang berjalan menuju
hutan.
Gembala menghalakan senapang
arah sasarannya. Dan melepaskan
tembakan. Peluru senapangnya
tepat mengenai sasarannya. Gembala segera berlari
untuk menyembelihnya. Dia
terkejut mendapati anak kambing biri-biri yang
ditembaknya adalah serigala
setelah melihat mulutnya ternganga dengan giginya yang
tajam.. Gembala telah
menyelamatkan anak kambing biri-birinya daripada menjadi
mangsa serigala yang
menyamar itu.
“Walau berusaha menyamar
diri untuk menipuku, akhirnya perbuatan itu akan
diketahui dan menerima
akibatnya.” Kata Gembala dalam hatinya.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”