ASSALAMUALAIKUM
Alhamdulillah puisi nazam berjudul DOA; karya PI disiar SUARA SARAWAK 28 September 2025 ....terima kasih banyak kesudian Editor...terima kasih banyak dik Eiza Nashwa @grup ASN berkongsi info....tahniah semua penulis tertera turut berkongsi ruang karya
FARDU
KIFAYAH
.
Jelaslah
hukum fardu kifayah
walau
semua tidak mengena
namun
anggapan tiasa payah
.
Dalam
ibadah kala laksana
gugur
melerai hukuman Allah
kerana
aral rintang persona
.
Menuntut
ilmu dakwah risalah
beroleh
jaya saling membantu
daya
usaha usai masalah
.
Nasib
suratan sudah tertentu
namun
berbeza sapa siapa
tiba
takdir-Nya mengetuk pintu
.
Jatuh
sengsara terkapa-kapa
merenung
murung runsing membelit
malanglah
diri bertimpa-timpa
.
Pandangan
mata liput semua
susah
dan senang berkait jua
No comments:
Post a Comment
Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”