ASSALAMUALAIKUM
GURU SEJARAH ISLAM
.
Abu Nawas berpapasan
dengan guru sejarah Islam yang pulang dari mengajar di sekolah tika dia ke
warung. Dia mengajak guru itu menjamu selera bersamanya di situ. Mereka mula
berbual.
Guru sejarah enggan
melayani pertanyaan tentang sejarah Islam. Tapi Abu Nawas membelanja guru itu dengan makanan dan
minuman. Terpaksa juga guru itu melayani pertanyaannya,
“Bagaimana penilaian Guru
tentang pemerintahan khalifah Islam awal yang empat, Uthmaniah dan Abbasiyah.
Apakah kekurangan dan kelebihannya?”
Guru sejarah hanya
menerangkan tentang sejarah pemerintahan Abbasiyah. Abu Nawas teranguk-angguk
mendengarnya. Tapi dia masih mengulangi pertanyaannya.
“ Sebab sekarang kita
berada dalam pemerintahan khalifah Abbasiyah, tentulah hamba lebih tahu tentang
sejarahnya. Nampaknya kamu lebih tahu tentang tarikh dan pelbagainya. Kenapa
kamu bertanya hamba pula?” Guru bersuara jengkel.
“Bukan mengapa Guru,
hamba cuma bimbang pengetahuan Guru yang sedikit tentang sejarah Islam
membuatkan ramai murid menganggur kerana tidak lulus ujian. Ilmu sejarah itu
terlalu luas. Perlukan pengetahuan yang banyak. Tidak cuma sedikit. Dan
Khalifah akan mengkaji apakah pelajaran sejarah masih sesuai di ajar di sekolah
atau menghentikannya.”
walaupun kurang suka menghafal fakta2 sejarah, tapi subjek sejarah penting supaya generasi baru kenal pengorbanan mereka di masa lalu & tidak mengulangi kesilapan lampau..
ReplyDeleteya betul tu tksh nohas mesti ambil tahu tentang sejarah
Deletekalau diajar stail bercerita, ramai lulus
ReplyDeletetksh dik Kholid ya selain bercerita pelbagai kaedah boleh dilakukan utk menarik minat pelajar
Deletesubjek sejarah sebenarnya menarik dan bermanfaat. tp anak2 remaja skrg x suka belajar sejarah..
ReplyDeletetksh cikgu hairan juga ya mungkin pelajar anggap sejarah kisah lama n xperlu tahu
Deletebelajar sejarah ni ms sek x rs mcm penting..once dah dewasa.. baru sedar betapa pentingnya ada ilmu sejarah ni. malu woiii kalau org tanya soalan plg simple: siapa PM malaysia pertama, kta x reti jwb (ini kisah benar berlaku beberapa bln lps. ada yg x tau jwb. tp tanya psl artis korea tahu pulak!)
ReplyDeleteSejarah zaman lampau ditulis oleh pihak yang menang, jadi tak pasti mana yang fakta dan mana yang fiksyen. Tapi kalau sekadar demi lulus ujian dalam peperiksaan, kita hafal dan percaya sajalah apa yang tertulis dalam buku teks 😅
ReplyDeleteDulu saya pun tak suka sejarah. Bosan. Tapi saat besar, dan datang ke banyak museum yg mengajarkan sejarah, ntah kenapa semua ceritanya menarik. Akhirnya saya paham, bukan sejarahnya yg tak menarik, tapi cara guru mengajarkan yg tak bisa membuat murid semangat belajar.
ReplyDeleteKalo dengan cara interaktif seperti yg dilakukan banyak museum, pasti anak2 juga semangat.