ASSALAMUALAIKUM
ULASAN BUKU
Judul: DALAM MIMPI YANG BERMIMPI
Genre : Puisi moden
Penulis : Indera Jokina
Penerbit : PENA
ISBN 978-967-15485-22-0
Bilangan mukasurat : 43
Pengulas : Paridah Ishak
Kumpulan puisi berjudul DALAM MIMPI YANG BERMIMPI karya penyair Indera
Jokina anak kelahiran Sabah Negeri Di Bawah Bayu ini telah memenangi Hadiah
Utama Sayembara Penulisan KLWBC 2020. Dan pihak PENA/Persatuan Penulis Nasional
berinisiatif menerbitkannya.
Naskhah tipis ini mengandungi 40
puisi moden berupa sajak berbeza genre.suntingan Mohamad Saleeh Rahamad dan
Mohamad Hanafi Ibrahim. Prakata oleh Mohamad Saleeh Rahamad, presiden PENA
menceriterakan tentang kewujudan KLWBC dan peranan Kuala Lumpur sebagai kota
buku dunia. Pelbagai acara sastera diadakan termasuk sayembara puisi yang
disertai pemuisi Malaysia termasuk Indera Jokina yang telah memenangi hadiah
utama. Tahniah Indera Jokina.
Meneliti keseluruhan puisinya amat ketara keindahannya yang menyelit
makna walau diksi sajak menghimpun aksara bermetafora. Sajak pertama berjudul
DI UJUNG LEMBAH DIAM dibina tiga stanza. Enam larik pada stanza pertama dan
kedua. Tapi lima larik. Penulis tidak mengikat sajaknya dengan disiplin larik,
rima dan sebagainya tapi mengambil unsur personafikasi
DALAM MIMPI YANG BERMIMPI sajak
yang diambil sebagai judul naskhah ini sangat indah puisinya mengisahkan
tentang mimpi penyair mengharap impinya nyata, sajak ini dibina empat stanza.
Stanza pertama penyair menulisnya;
Lahar ini adalah sisa mimpi
pada esok yang tiada
dalam mimpi yang bermimpi
adalah semangat yang hangat
dalam nyala belerang
tersisip kenang, menjalar pada mata
berpaut pada hati
Sajak prosa juga menjadi pilihan penyair ini dan menukilnya sempurna
dan medah mentafsirkan maksudnya anaranya berjudul LAKI-LAKI DAN SAMUDERA,
TERBIAR, KITA, MONOLOG RINDU DI KOTA CINTA, JANGAN BILANG-BILANG, MEMOIR
SEMALAM, MAWARDAH, KEKASIH MALAM, WANGIAN, MEMOIR BUNGA YANG JATUH KE BULAN,
MENUNGGU SIRIH PULANG KE GAGANG, SENANDIKA MALAM GERHANA dan beberapa tajuk
lain. Nampaknya penyair begitu selesa
menarik penggemar puisi sajak moden menikmati genre prosa. Walau sajak prosa
agak jelas citranya namun penyairnya memberi makna dan majas penyeri. Tahniah
Aloy Indera Jokina.
Tahniah buat penulis.
ReplyDeletetksh fairus
Delete