ASALAMUALAIKUM
MURID DAN
GURU
.
Ahmad
seorang pelajar baru dalam sebuah kelas pengajian ilmu tidak disenangi
kawan-kawannya kerana merasa guru mereka memberi lebih perhatian kepadanya.
Guru mereka menyedari kemelut itu. Dan cuba menjernihkan kekeruhan suasananya.
“Siapa di
antara kamu paling banyak berzikir?” Tanya guru.
“Wahab!”
guru pun memanggil Wahab. Murid yang dikenali sebagai murid yang pandai dan
banyak berzikir itu menghampiri gurunya.
“Kamu bawa
unta itu ke atas loteng!” guru memberi arahan.
“Tidak
boleh guru. Saya tidak boleh membawa unta naik ke loteng.”
“Baiklah
kalau begitu kata kamu.” Balas guru.
“Ahmad,
kamu bawa naik unta itu ke atas loteng.” Guru meminta murid barunya
melakukannya pula.
“Baik
guru.” Balas Ahmad
Ahmad
berusaha bersungguh-sungguh untuk membawa unta ke atas loteng. Kawan-kawannya
memperhatikan saja tingkah nya sambil berbisik sesama mereka.
“Ahmad
memang tidak cerdik. Masakan boleh membawa naik unta ke atas loteng.”
Ahmad masih
tetap mencuba menggunakan segenap tenaganya untuk menunaikan arahan gurunya.
Namun masih tidak berjaya,
“Sudahlah
Ahmad! Kembalilah ke tempatmu mengaji.”
Guru
memandang semua murid-muridnya.
“Guru
mengajar kamu bukan untuk kamu menjadi pandai. Tapi mematuhi adab berguru,
menurut arahan, mentaatinya untuk memperolehi redanya,” Abu Nawas menjelaskan
pada murid-muridnya.
Murid kena patuh arahan guru
ReplyDeletetksh WP gitulah sepatutnya
DeleteKita dulu2 pun seperti ahmad..
ReplyDeletetksh nieyla wah murid terbaik ni
Deletemematuhi adab berguru. tu kuncinya!
ReplyDelete