Saturday 13 May 2023

KEJUTAN PROF IRWAN ABU BAKAR

 Assalamualaikum

Selamat berhujung minggu.

Alhamdulillah rasa bertuah sangat dapat bertemu sasterawan terbilang Prof Irwan, bos esastera GAKSA pendiri sastera cyber sejak 2004, Ilya Kablam dan suaminya Raafi ...terima kasih banyak sudi ziarah PI siap bawa hadiah rendang ayam yg enak dan 4 buah buku karya Prof...sungguh xsangka dapat bertemu Prof anak beranak...patutlah mata berkejip tiap hari rupanya nak bertemu persona istimewa...pertemuan membawa rezeki kebahagiaan...Alhamdulillah takdir menentukannya...terima kasih cikgu Hashimah salam kak juga untuk cikgu. gembiranya tak terucap...terharu sangat kesudian Prof anak beranak ziarahi PI.
Maafkan justeru layanan PI dan anakcucu seadanya saja.
Mungkin semoga suatu hari kelak suratan menemukan pula dengan sasterawanis Puan Hasimah dengan nama penanya Kuntum Embong suri hati Prof Irwan. Insya-Allah.
Sebenarnya rendang, masakan Ilya dan suaminya Raafi. Lazat sekali. Kedua-duanya juga aktif dalam bisnis ini. Boleh hubungi pasangan ini sekirannya mahukan rendang untuk persediaan rumah terbuka atau apa2 acara perlukan menu tambahan.
Buku buku karya Prof berkualiti tinggi dan amat bermanfaat lantaran sisipan ilmunya. Tidak rugi membacanya. Ingin memilikinya sebagai antara koleksi khazanah berharga sila hubungi Prof Irwan @facebook atau gaksa esastera.










6 comments:

  1. Alhamdulillah.
    Rezeki Kak PI di bulan Syawal nan mulia.
    Moga ukhuwah terus berpanjangan.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah silaturahim berterusan, rezeki merasa rendang. Moga diberi rezeki limpah ruah buat pemberi dan sis PI. Aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. amiin saling mendoakan kesejahteraan bersama

      Delete
  3. ukhwah sentiasa berpanjangan... itulah yg diharapkan selalu. aminn

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah dapat kita bersilaturahim di Syawal yang mulia ini...

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist