Monday 22 May 2023

TANDA INGATAN

 ASSALAMUALAIKUM


PANTUN SIFU TA UNTUK PI...TERIMA KASIH BANYAK  SUDI KARANGKAN PANTUN INDAH



TANDA INGATAN
(Pantun)
buat sdr Paridah Ishak
-----------------
Terjulai betik ruat ke kiri,
​ ​ ​ ​ ​ ​ ​ tangkai sekian berbalam lemah;
sehelai batik buat isteri,
​ ​ ​ ​ ​ ​ ​ pakai harian di dalam rumah.
-----------------
Main bertongkat menujah kaduk,
​ ​ ​ ​ ​ ​ ​ pekap helaian terasa kelat;
kain pelikat chap Gajah Duduk,
​ ​ ​ ​ ​ ​ ​ lengkap ​ pakaian semasa solat.
-----------------
Tempat terusan kelompok lokan,
​ ​ ​ ​ ​ ​ ​ lewat ke depan dah tentu kontang;
dapat bungkusan keropok ikan,
​ ​ ​ ​ ​ ​ ​ buat kudapan di waktu petang.
-----------------
Berlama sisih berpindah pihak,
​ ​ ​ ​ ​ ​ ​ pantas berteman pada piantan;
terima kasih Paridah Ishak,
​ ​ ​ ​ ​ ​ ​ atas kiriman tanda ingatan.
-----------------
Ipoh
22 Mei 2023
pantun-pantun himpunan DBP adalah koleksi pantun daripada A. W. Hamilton, H. Overbeck, R. J. Wilkinson, dan R. O. Winstedt - pengkaji British di Malaya. DBP tidak menggariskan apa-apa tatacara penulisan pantun.
All reaction

4 comments:

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist