ASSALAMUALAIKUM
BERTANYA
.
Jikalau masih bertanya-tanya,
tentulah tahu sedikit hanya.
.
Jikalau segan mahu bertanya,
tersesat pula arah halanya.
.
Jikalau asyik mengulang tanya,
tanda pastikan maksud jawabnya.
.
Jikalau jawab seolah ragu,
belumlah layak sebagai cikgu.
.
Jikalau tanya perkara sulit,
jawapan susun tidak berbelit.
.
Jikalau hendak mesti bertanya,
supaya jelas akan empunya.
.
Jikalau minat menuntut ilmu,
tanya murabbi tentu bertemu.
.
Jikalau musykil, soal berhadapan,
pertanyaannya ada jawapan.
Bertanya tidak salah, tidak bertanya tidak salah sebab tidak semua ada jawapannya. Untuk maju kehadapan saya akan amalkan bertanya. Kerana dari bertanya itulah akan wujudnya usaha. :)
ReplyDeleteJemput Singgah :Harga dan Spesifikasi Proton X90
tksh Mohd Adib untuk mengetahui bertanya dulu
DeleteKadang nak bertanya, takut dimarah.
ReplyDeletetksh syaz nk bertanya kena tengok situasi juga kan
Deletedengan bertanya, InshaaAllah, akan fahami sesuatu perkara..
ReplyDeletemalu bertanya sesat jalan...
ReplyDelete