ASSALAMUALAIKUM
SELAMAT BERCUTI HARI PEKERJA
TAUTOGRAM
Puisi
*Tautogram mula diperkenal pada kurun ke-15. Puisi aneh ini pertama
diperkenalkan oleh John Leo Placentius bertajuk "Pugna Porcorum Per
Portium Poetam" dengan mengguna nama samarannya Publius Porcius.
*Tauto
bererti *sama, dan *Gram pula bererti *huruf yang membawa maksud keseluruhannya
*sama huruf. Dengan yang demikian sajak ini digelar sajak sama huruf kerana
setiap perkataan yang ditulis dimulai dengan huruf yang sama. Pemuisi boleh
pilih mana-mana huruf antara A hingga Z.
-----
PUGNA
PORCORUM PER
Porcorum
pigra propago
progeditor, plures Porci pingvedine plceni
pugnantes pergunt, pecudum pars prodigiofa
perturbat pede petrofas plaerumque plateas
pars portentofe populorum prata prophanat
pars pungit populando porens, pars plurima plagis
praetendit punire pares, profternere parvos
primo procorum praefecti pectore plano
~ Publius Porcius
------
SAYANGKU
Sayang...
saya senantiasa sayangimu
selalu senyum sendirian
sering sampai senja
seiringan sinaran suria
semakin sepi
Sayu...
selamanya saya seorang
sayang seribu sayang
sambutlah sayangku
seadanya
~ TabirAlam
------
PERATURAN
1. Tajuk
bebas pilihan pemuisi dalan tautogram
2. Bentuk
penulisannya bebas
3. Tiada
had bilangan perkataan pada tiap baris
4. Tiada
had bilangan pada tiap rangkap
SENYUM
Semalam seolah saat sedih
sedang sakitiku sehingga
segalanya semakin sirna
sukma seluruhnya
senantiasa suram seri
Senyum sinis sendirian
seolah sesuatu sedang sergah
sudahnya seperti seorang sewel
Sukar sekali sayangku
seandainya seringkali sepi
sekiranya seiringan
sama segandingan
setia sayang selamanya
Paridah Ishak
Desa Melor Serendah
1/05/203
Baru saya tau ni
ReplyDeletetksh syaz kak pun baru belajar
Deleteohhhh baru tahu pasal puisi tautogram ni kak... nampak macam mudah tapi nak cari perkataan yang sesuai
ReplyDeletetksh Dana ya mudah juga tapi nak susun kata tu susah juga
Deleteooo ini jawapannya td👍
ReplyDelete