Sunday 14 May 2023

SELAMAT HARI IBU

 ASSALAMUALAIKUM

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU



SELAMAT HARI IBU

.

S-elamanya kasih ibu abadi

E-rat dakapan cintanya tulus

L-embut membelai mesra anak-anaknya

A-pa jua ujian cekal didepani

M-engorbankan inginnya demi kecintaannya

A-suh didik zuriat dilahirkannya

T-anpa pedulikan jerih payahnya

.

H-anya ibu seorang sahaja

A-nak memilikinya tidak dua

R-ahmahnya tiada tara

I-nginkan kebahagian  anak terjamin

.

I-bu tidak minta diraikan

B-agai ratu segala ratu

U-kiran belas ihsan damaikannya

2 comments:

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist