Saturday 6 May 2023

MASIH

 ASSALAMUALAIKUM



Selamat berhujung minggu sahabat blogger n viewers. Nikmati puisi tatogram PI seadanya.


MASIH
.
Masa masih membiarkanku mencari-cari
menyelak memori mengalir menyirami mindaku
menangislah mengenangkan malang
menimpaku
.
Membuatku mahu memutar masa
mengembalikan mandala menggirangkanku
mengharapkannya menjadi mungkin
.
Menyesalinya merusuhkan
melampiaskannya mengukirkan madah
mencoret maya
maka mandiri mengusir mega malu
malam menginspirasi mahakarya mimpi

6 comments:

  1. Waalaikumusalam sis PI, Betul tu masih, walau sipi berlalu tetap masih. Salam Aidil Fitri, Maaf zahir batin buat sis sekeluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh babypose salam Aidilfitri maaf zahir batin dik n fmili

      Delete
  2. Puitis sekali.
    Teruskan berkarya Kak PI.

    ReplyDelete
  3. tatogram tu apa maksudnya kak?

    ReplyDelete
    Replies

    1. *Tauto bererti *sama, dan *Gram pula bererti *huruf ..sama huruf maksudnya...tksh anies

      Delete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist