ASSALAMUALAIKUM
SALAM JUMAAT MULIA
ULASAN BUKU
KEMBARA SEORANG PEMBURU
KUMBANG
Genre : Novel
Penulis : Mohd Saleh Said
Penerbit : SHE
Nombor ISBN : 978-967-2378
- 93-8 ( Sastera Kehidupan)
Bilangan mukasurat : 282
Pengulas : Paridah Ishak
Penulis novel ini mengolah
catatan kembara seorang Professor, pesara akademis university Utama meneruskan
kajiannya untuk mengemaskinikan biodiversity, menyemak Garis Wallace pembatas
pengagihan fauna di beberapa bahagian negara Indonesia.
Sulaiman watak utama novel
ini ditonjolkan maksima. Watak-watak lain muncul seiring dengan pengembaraannya
memburu kumbang Chrysomelidae dan spesies baharu. Sebelum memulakan
pengembaraannya, Sulaiman berbincang dengan isterinya Aisyah berkenaannya sisi
pro dan kontra. Akhirnya pasangan itu mencapai persetujuan dan persefahaman.
Perburuan kumbang Chrysomelidae
bermula di Lombok, Indonesia. Agus watak ketiga seorang pemandu hotel tempat
penginapannya menjadi pembantunya. Setiap lokasi yang dijangka kedapatan
pelbagai spesies kumbang akan djejaki Sulaiman bersama Agus.
Sulaiman diperas ugut
pegawai perahanan Lombok kerana mengambil spesies kumbang di pinggiran hutan
itu. Setelah Agus muncul keadaan menjadi ironi. Tapi Agus dan Sulaiman dibawa
bertemu dengan ketua jabatan untuk mendapatkan hukuman setimpal kesalahannya.
Di sini Penulis sertakan
insiden kebetulan. Subagio, ketua jabatan perhutanan Lombok ialah rakan
sekuliah Sulaiman di university Bandung suatu ketika dahulu. Insiden itu
menyelamatkan Sulaiman daripada dendaan dan hukuman kerana kesalahan itu.
Di Lombok Sulaiman turut
meneliti budaya tempatan. Lombok berhampiran Bali di bawah pemerintahan sultan
beragama hindu sebelum ditakluki sultan beragama Islam.
Sebaik tiba di KLIA specimen
yang dibawa ditahan pihak kastam kerana membawa specimen dari luar negara tanpa
izin. Apakah tindakan Sulaiman?
Agus mengikuti Sulaiman
untuk meneruskan penyelidikan kumbang di Sumbawa. Watak keempat Deddy menjadi
teman Agus sebagai pemandu gantian.
Antara sedar dengan tidak
Sulaiman dibawa bertemu sultan Sumbawa yang alim bertanyakannya kenapa Wallace
tidak singgah di Sumbawa dalam kajiannya menentukan pemisahan fauna. Sultan mengagak
Alfred Russel Wallace tentu menggangap Sumbawa telah musnah kerana letusan
gunung berapi Tambora. Baginda mengatakan kejadian letusan gunung berapi
Tambora tercatat dalam Syair Kerajaan Bima. Syair itu disimpan
seseorang bernama Lukman.
Sulaiman menyedari mungkin
dia sekadar berilusi dan meneruskan perjalanannya ke Bima. Tapi kebetulan
menemukannya dengan watak Lukman di sebuah taman di Bima. Lukman menerangkangkan
Henrie, seorang seorang sarjana Peranchis menemukan banyak manuskrip Melayu
adalah bukti bahasa Melayu ialah bahasa persuratan nusantara.
Perburuan kumbang Chrysomelidae
diteruskan ke Timor. Penbantunya seorang berkulit hitam yang tidak segan silu
menceritakan pernah membunuh kawannya secara tidak sengaja. Bagaimana agaknya
perasaan Sulaiman?
Apakah Sulaiman berjaya menemukan
spesies baru kumbang Chrysomelidae sepanjang
pengembaraannya meliputi, Sulawesi, Sunda Kecil, Timor, Makasar, Ternate, Buru,
Acheh, Pulau Nias, Menado, Kendari dan Manokari?
Banyak lagi pengalaman
menarik, mengujakan, menakutkan Sulaiman hanya boleh diketahui dengan membaca
novel Kembara Seorang Pemburu Kumbang.
Sedikit biodata novelis
ini, lahir pada 1947 bersekolah di sekolah Alam Shah. Meneruskan pendidikan sarjana
di Institute Teknologi Bandung dan Illionis Urbana Amerika Syarikat. Pernah menjadi
Proffessor pensyarah di UKM.
Menarik jalan ceritanya!
ReplyDeletetksh amie ya novel menarik seorang Prof
Deletewahhh best nyaaa jalan ceritanya👍👍👍 terbaik!! kalau mng anugerah ni mmg cun
ReplyDelete