Monday, 18 December 2023

GAZA

 ASSALAMUALAIKUM


PIC GOOGLE IMAGES (C)

 

GAZA 17 OKTOBER 2023

 

Perang antara pejuang Gaza melawan Israel yang bermula pada 7 Oktober 2023 ekoran 5000 roket yang dilancarkan pejuang di Gaza telah berlarutan lebih seminggu pada 17 Oktober. Iron Dome system pertahanan mengawal udara Israel telah tidak berfungsi untuk mengesan serangan HAMAS secara tiba-tiba. Pertempuran sentiasa sengit antara pejuang berani mati mempertahankan Palestin tanah berkah warisan anbia yang mewakafkannya pada Muslimin beriman. Di situlah berada masjid al-Aqsa yang mulia,  menjadi kiblat pertama umat Islam tika bersolat. Wahyu Allah pada nabi Muhammad SAW menetapkan arah kiblat beralih ke Baitullah di Mekah.  Ketika nabi Muhammad SAW Israq-Mikraj, baginda singgah bersolat di Masjid al- Aqsa berjemaah bersama para nabi. Baginda menambatkan kenderaannya iaitu buraq pada dinding masjid  di sebelah barat. Di situlah terdiri masjid Buraq yang wujud hingga kini. Masjid al-Aqsa terbina di atas tanah Baitulmaqdis.  Firman Allah dalam al-Quran menjelaskan bahawa Baitulmaqdis ialah sebuah negara. Setelah usai baginda bersama malaikat Jibril meninggalkan Baitulmaqdis, mikraj ke langit mengadap Allah SWT.

            Sebelum perang dunia pertama tercetus, Palestin ialah sebuah negara yang maju, bertamadun tinggi di bawah pemerintahan kerajaan Uthmaniah. Negaranya indah dengan pelbagai hasil pertanian yang subur. Antaranya kurma, zaitun, anggur, lemon, limau, sitrus, delima, buah tin yang menjadi sumber penghasilan ekonomi negara. Pohon zaitun ditanam di seluruh Palestin. Buahnya diproses sebagai minyak makanan dan sumber menyalakan lanten yang menerangi kegelapan suasana. Masjid al-Aqsa juga diterangi cahaya lanten dengan minyak zaitun pada masa lalu.

 Semua bangunan agam yang didirikan menggambarkan ciri-ciri senibina Uthmaniah  di mana-mana bandar utama dan seluruh Palestin. Di sinilah terdapat makam para nabi. Makam nabi Ibrahim AS terletak di Hebron. Di dalam kompleks Masjid al-Aqsa pula ada makam nabi Ishak AS, nabi Yaakob AS, nabi Yusof AS, nabi Daud AS, nabi Sulaiman AS, nabi Zakaria AS, nabi  Yunus AS. Makam nabi Musa AS terletak di Jericho. Jasad nabi Yahya disemadikan di Jerusalem. Tapi makamnya ada di Damsyik, Syria.

Bumi anbia yang dilimpahkan Allah keberkahan lagi subur. Sejarah yang tercatat sekian lama mengungkapkan keberadaannya membina tamadun.

Peperangan antara Palestin dan Israel berentetan sejak bangsa Yahudi yang menubuhkan Zionis pada 1937 memasuki Palestin membina penempatan  ekoran kemenangan tentera berikat dalam perang dunia pertama pada 1918 yang menyaksikan kejatuhan kerajaan Uthmaniah . Dan termetrailah perjanjian Balfour di mana jazirah Arab yang dikenali dahulu sebagai bumi Sham terbahagi pada negara-negara kecil. British yang diterajui pimpinan Yahudi membawa masuk Yahudi pada 1919 yang selama ini berada di seluruh dunia ke Palestin beramai-ramai dengan alasan keprihatinan terhadap bangsa Yahudi yang menjadi mangsa “holocaust” oleh Nazi German telah memporak-perandakan kedamaian Palestin. Kehidupan warganya yang harmoni sekian lama berpecah-belah tidak keruan.

Bermulalah tragedi sadis berententan selama 75 tahun hingga kini kerana tindakan tidak bermoral Yahudi menjarah lalu mengusir warga asal Palestin untuk meluaskan tanah pemilikan mereka yang telah ditetapkan dengan pelbagai cara. Mereka bertindak  kejam melampaui batas kemanusiaan berlaku dari tarikh awal kemasukan mereka ke Palestin hingga kini. Mereka membentuk negara Israel pada 1948. Insiden  Nakba 1948 berlaku penghapusan etnik Palestin oleh Yahudi.

Mereka menjadi pelarian dan hidup di 58 kem sekitar Palestin dan negara jiran seperti Lubnan, Syria, Jordan dan Mesir.

            Pada 1967 negara Arab iaitu Mesir, Jordan dan Syria berperang dengan Israel selama enam hari. Akibat peperangan itu telah mempengaruhi geopolitik kawasan Timur Tengah hingga kini kerana Israel yang memenangi peperangan itu. Israel menguasai Genting Gaza, Semenanjung Sinai, Tebing Barat dan Bukit Golan. Masjid al-Aqsa juga ditawan dan dikuasai sepenuhnya yang berada di Jerusalem.

Pada 6 Oktober 1973 berlaku pula perang Yom Kippur antara pakatan Mesir dan Syria melawan Israel berakhir pada 24 Oktober. Juga dikenali sebagai Perang Ramadan. Mesir berjaya merampas Sinai kembali.

 Zionis membunuh beribu rakyat Palestin. Pada  2008 HAMAS berperang dengan ZIONIS Israel selama 20 hari.  November 2012,  174 warga Palestin terbunuh akibat operasi Israel menyerang dari udara ke Gaza menurut UNHCR, 2014 pula berperang selama 40 hari. Dan  pada Mei 2021 berlaku perang Saif Al-Quds atau perang 11 hari kerana warga Palestin membantah keputusan Mahkamah Agung Israel mengarahkan pengusiran warga di Sheikh Jarrah, Baitulmaqdis Timur. Setiap kali Ramadan, Yahudi di Israel akan menyerang warga Palestin yang sedang beribadah di Masjid al-Aqsa. Dari 16 September hingga 18 September 1982, Israel menggempur khemah pelarian Palestin di Sabra dan Shatila. Selama tiga hari mereka mengepung dan membunuh secara sistematik dalam kepungan. Tragedi pembunuhan ngeri berulang senantiasa dilakukan Yahudi terhadap warga Palestin.

5000 roket HAMAS dan  dron meluncur ke Tel Aviv di Israel pada 7 Oktober 2023 kala tentera Israel meraikan Nakba iaitu hari memperingati kemenangan perang 1948. HAMAS ialah singkatan pada “Haraqat-al-Muqawamah al-Islamiyyah” ataupun “Gerakan Perjuangan Islam” ditubuhkan oleh Sheikh Ahmed Yassin pada 7 Disember 1987 kerana merasakan tiada lagi gerakan pembebasan Palestin dilakukan warganya. Israel telah mengasingkan Gaza dan Tebing Barat Palestin dengan membina tembok yang tinggi.  Beliau pun mentadbir Gaza di bawah pemerintahan defacto dan wilayah satu parti memisahkan diri mereka dengan pertubuhan FATAH Palestin yang toleran dengan Israel.  Sheikh Ahmed Yasin telah syahid pada 2004 dalam intifada menentang Israel.

FATAH sayap politik PLO diasaskan oleh  Yasser Arafat. Kini diterujui Mahmoud Abbas selaku presiden walau HAMAS memenangi pilihanraya pada 2006.

          Letupan bergema apabila sasaran mengena. Api menjulang ke langit. Nyaring bunyi siren kecemasan daripada kenderaan keselamatan. Kali ini pejuang HAMAS memulakan perang dikenali sebagai mujahidin daripada brigade al-Qasam, al-Quds, al-Jihad, al-Soraya ekoran tindakan Zionis berura-ura merobohkan masjid-al-Aqsa dan menggantikannya dengan binaan Solomon Temple.  Mereka beranggapan nabi Sulaiman AS tidak membina masjid al-Aqsa. Tapi mendirikan Haiqal Sulaiman. Justeru mereka berusaha meruntuhkannya.  Masjid al-Aqsa telah beberapa kali cuba dibakar Israel. Tapi Allah tidak membenarkannya terjadi. Di dalam kompleks ini terdapat empat masjid iaitu Masjid Qibli, Masjid Buraq, Masjid Dome of The Rock dan Masjid al-Mawarni. Israel juga telah membina beberapa terowong di bawah Masjid al-Aqsa untuk meruntuhkannya secara perlahan-lahan. Dalam perang pada 1967, Israel telah menguasai Masjid-al-Aqsa. Ketika Donald Trump menjadi presiden Amerika Syarikat ke 45 November 2016, beliau mengisytiharkan Jerusalem berada dalam wilayah Israel. Jerusalem menjadi ibu kota Israel. Baitulmaqdis cuba dipadamkan kewujudannya sebagai milik Palestin sebenarnya.   .

 Misi Taufan al-Aqsa menggegarkan Israel dan dunia seluruhnya. Israel telah sekian lama menganggap pejuang HAMAS yang berusaha membebaskan negara mereka daripada cengkaman Israel sebagai pengganas. Pengertian ironi Israel dan dunia yang menjadi sekutunya langsung tidak melemahkan semangat perjuangan jati diri HAMAS.

Kereta kebal termahal berjaya diletupkan pejuang HAMAS.  Dron Ababil yang kecil dilancarkan. Bangunan rosak dan runtuh. Termasuk juga lapangan terbang Ben Gurion di Tel Aviv. Roket ini juga sampai di Hebron dan Askelon.

Ruangan markas tentera Israel digempur pejuang HAMAS. Memasukinya dengan paramotor dan paralayang. Tindakan drastik para pejuang yang menggenggam semangat dengan akidah tawakal jitu iaitu sama ada menang atau syahid. Perbatasan antara Lubnan dan Israel juga diserang tentera  Hizbullah di Lubnan yang turut memberi dokongan pada perjuangan HAMAS. Israel menyerang balas dengan mengebom hospital al-Syifa, hospital Indonesia dan pertempatan penduduk Gaza, sekolah, universiti, masjid, rumah ibadat melalui udara menggunakan fosforus dan radio aktif yang menyebabkan ramai menjadi mangsa. 75 masjid di Gaza telah dimusnahkan.  Masjid yang didirikan kerajaan Malaysia di Gaza turut ranap. 2837 rakyat Palestin terkorban dan 11,250 cedera pada 16 Oktober 2023 menurut berita REUTER. Kebanyakannya anak-anak dan wanita. Mayat bergelimpangan merata. Dan hanya dikebumikan sekitar kawasan al-Syifa. Pengeboman berterusan di Gaza menyasarkan hospital dan rumah ibadat kerana mendakwa HAMAS berlindung dan membina markas di situ.

Penduduk di Jabalia berusaha mencari saudaranya yang terselamat atau terkorban dan terperangkap bawah runtuhan bangunan untuk mengebumikannya secara syariat Islam. Perang masih berlanjutan sehingga hari melakar tarikh baru. Setiausaha Agung  PBB,  Antonio Gutteress yang melawat Gaza terkejut melihat keadaan mangsa perang amat mendukacitakannya. 30 pagawai PBB yang bertugas di Gaza turut terkorban angkara IDF.

Amerika Syarikat menyokong jenayah perang dilakukan Israel bersama beberapa negara Eropah seperti British, German, Kanada, Italy,  Peranchis.  Amerika Syarikat terlibat secara langsung dengan memberikan kelengkapan persenjataan canggih, kapal perang dan kereta kebal.  Joe Bieden, Presiden Amerika Syarikat  menyatakan sokongan padu pada Israel. Australia, India, Singapura, Filipina, Thailand antara negara yang menyatakan sokongan pada Israel. Separuh dunia menyokong kezaliman Israel terhadap warga Palestin. Gaza hanya seluas Kajang di Malaysia. HAMAS berjuang mempertahankannya. Tapi Israel dibantu kuasa besar dunia dalam pelbagai aspek. Situasi perang antara kedua pihak ternyata tidak seimbang. Kuasa besar dunia berusaha menghancurkan kampung Gaza yang kecil. Kini negara Kanada, Venezuela, Sepanyol, Bahrain telah menukar pendirian menyokong Palestin setelah melihat kekejaman IDF membunuh di Gaza tanpa mengira siapa.

            31 Oktober 2023, Yaman, Syria, Algeria, Iraq mengishtiharkan perang terhadap Israel. Beberapa negara juga memberi sokongan pada Palestin seperti Iran, Turki, China, Russia, Korea Utara, Chechen, Malaysia, Bolivia, Ireland, Indonesia, Columbia.

            Ulama Islam yang bersidang di Qatar pda 30 Oktober 2023 mengeluarkan fatwa bahawa menjadi fardu Ain semua negara Islam membantu Palestin yang diserang Israel.

Maldives, Pakistan, Sri Lanka , menyatakan sokongan mereka pada penubuhan negara Palestin dalam sempadan 1967. Tunjuk perasaan menentang keganasan Israel menyerang pertempatan awam yang membunuh anak-anak kecil, wanita dan warga Palestin diadakan di seluruh Iran, Bangladesh, New Zealand, Afrika Selatan, Britain, Amerika Syarikat, Yaman, Afghanistan, Pakistan, Mesir, Indonesia, Malaysia, Khashmir di India. Beribu-ribu penunjuk perasaan berada di bandar Baghdad sambil mengibarkan bendera Palestin            mengecam tindakan kejam Israel membunuh warga awam Gaza pada 14 Oktober 2023. Mereka juga kelihatan menadah tangan mendoakan keselamatan Palestin dan peperangan segera dihentikan. Beberapa negara telah memanggil pulang duta mereka di Israel dan menutup pejabat kedutaan mereka di sana. Bolivia, Cile,  Jordan, Columbia, Afrika Selatan, Republik Chad, Bahrain telah bertindak begitu. Produk dagangan Israel dan Amerika Syarikat banyak telah diboikot masyarakat dunia memberi kesan pada perkembangan ekonominya.

 

Pada 17 November 2023 IDF menyerang hospital Ibnu Sina kerana mendakwa pejuang HAMAS bersembunyi di situ. Seorang wartawan media dihancurkan kameranya oleh IDF berhampiran masjid al-Aqsa . Wartawan media Turkeye itu  tidak diketahui nasibnya. 60 wartawan yang mewakili pelbagai media telah terbunuh akibat serangan Israel tika mereka berusaha melaporkan berita di situ setakat ini.

Recip Tayip  Erdogan, Presiden Turkiye menyelar perbuatan itu. Erdogan memberi komen tika lawatannya ke German bertemu kaunselornya bahawa di dalam kitab Taurat pegangan Yahudi tidak membenarkan pembunuhan anak-anak dalam peperangan.

Petugas di hospital Indonesia bersatu menyuarakan pendapat agar dilakukan segera gencatan senjata. Mereka semua tetap ingin bertahan memberi rawatan pada mangsa kezaliman Yahudi yang tiada rasa manusiawi. Tetapi tentera Zionis tetap juga menyerang perawat dan pesakit yang berada di situ.

Tentera IDF melontar granit ke dalam masjid di -Tebing Barat tika azan sedang berkumandang. Dia berlalu sambil tertawa setelah melakukannya. Laporan berita Tribun News, Indonesia disiarkan pada 17 November 2023.

Presiden Israel, Benjamin Netanhayu didesak dunia antarabangsa agar segera menghentikan perang dan pembunuhan penghapusan ethnik di Gaza. 2985 askar Israel terkorban setakat ini. Kebanyakan tentera Israel yang tewas  dalam usia awal 20-an dan masih muda belia.

Keluasan Israel dan Palestin yang terbahagi dua iaitu 50% setiap pihak pada 1948 kini telah berubah. Tanah yang dimiliki Palestin hanya tinggal 18%. Dan konflik pertikaian antara pendatang dan warga asal sentiasa berlanjutan hingga kini.

Yaman bertekad menyerang semua kapal tentera Zionis di laut Meditranean sebagai sokongan pada Palestin hingga kini. Beratus  kereta kebal Israel telah dihancurkan HAMAS di Gaza setakat ini. Tentera IDF hanya berada di dalam kereta kebal tika berlawan dengan HAMAS. Tetapi di lapangan awam IDF membunuh warga Palestin tanpa sebab.

Lubnan juga telah melancarkan peluru berpandu dan roket yang memusnahkan penempatan di perbatasan Israel Selatan. Keaktifan Lubnan membantu HAMAS menyerang perbatasan Israel Selatan menyebabkan negara German, Britain dan Amerika Syarikat meminta warganya segera meninggalkan negara itu.

Abu Ubaidah, jurubicara brigade al-Qasam sentiasa melaporkan berita terkini tentang apa saja kegiatan mereka. 5 tentera IDF terjebak dalam perangkap terowong al-Qasam yang mereka jejaki pada 17 November di Beit Hanoun. Hizbullah menyerang tempat berkumpul tentera Israel. 62 kenderaan IDF  dimusnahkan di Beit Lahia

Perang telah merebak di Tebing Barat. Gabungan HAMAS dan FATAH bertempur dengan IDF. Pejuang-pejuang ini reda syahid dan mengharapkan pertolongan Allah semata. Sentiasa terdengar gema laungan “Allahhu Akbar” seiring letupan peluru bersiponggang celahan kepulan asap dan nyalaan api.  Israel meminta bantuan Amerika Syarikat melengkapkan pertahanan mereka dengan persenjataan canggih terbaru. Apa sebenarnya berlaku di Gaza ialah pembunuhan beramai-ramai warganya oleh Israel. Kebanyakannya wanita dan kanak-kanak. Bukan sekadar peperangan.

Suasana perang alaf baru yang boleh diikuti leluasa seluruh dunia melalui kiriman video yang berlayaran di media sosial kiriman pihak yang terlibat perang ataupun pemberita lokasi. Sesetengah berita meragukan kebenarannya kerana bersifat propaganda pada pembaca dan memprovokasi pihak lawan. Tekanan dunia antarabangsa yang prihatin dan manusiawi,

gencatan senjata antara Israel dan Hamas dipersetujui selama lima hari bermula 23 November 2023 diusahakan negara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat.

Kesepakatan ini untuk membolehkan pertukaran tawanan perang dan mempermudahkan urusan menyalurkan bantuan kemanusiaan berupa makanan, ubat-ubatan dan pelbagai keperluan penting. Sempadan Rafah di Mesir telah dibuka dan beberapa trak yang membawa bahan api dan bantuan keperluan telah dibenarkan memasuki Gaza. Tetapi sebenarnya trak itu diarahkan IDF memasuki jalan lain dan tidak menuju Gaza.

IDF menyerang kem penduduk tebing barat di Ramallah dan menangkap beberapa warga Palestin walaupun gencatan senjata dipersetujui selama lima hari. IDF juga melancarkan peluru berpandu ke Syria dan merosakkan lapangan terbang Damsyik.

            26/11/023 Yaman menutup laut Merah daripada laluan kapal Israel. Tentera Ansarallah, Houti di Yaman telah menahan beberapa kapal yang membawa kontena menuju Israel di Laut Merah.   Sebaik tempoh gencatan senjata tamat, perang bergolak semula. Ruang udara Gaza dihujani tembakan peluru berpandu.   15563 telah syahid di Palestin setakat ini.

Berita terkini Israel yang masih dibawah pentadbiran Netanyahu mengatakan akan meluncurkan bom nuklear untuk menghancurkan Gaza. Russia telah menegur ancaman Israel kerana telah melanggar pendirian mereka selama ini. 9 Disember 2023 Amerika Syarikat menggunakan kuasa veto dalam persidangan PBB menolak usul gencatan senjata kal kedua dibawa negara UAE untuk membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza. Amerika Syarikat meminta tambahan klausa yang tidak dipersetujui UAE kerana berupa ancaman dan pertuduhan jenayah pada HAMAS sebagai pengganas. Dalam persidangan PBB. Shloma Karhi wakil Israel bahawa mereka tidak akan kembali pada perjanjian Oslo yang menetapkan dua negara di Palestin. Mereka hanya mahukan negara Israel wujud di situ tanpa Palestin.

Pada 17 Disember 2023 peperangan antara Israel dan Palestin telah memasuki hari ke 72 setelah bermula pada 7 Oktober 2023. HAMAS berjuang menentang IDF dengan dibantu beberapa tentera “hantu” dari negara yang tidak dikenal pasti. IDF telah menyiapkan saluran paip untuk memasukan air dari laut Meditranean ke dalam terowong HAMAS di Gaza dalam rencana menewaskan HAMAS.

Tapi ternyata usaha itu sia-sia kerana terowong dibina HAMAS dengan ciri kejuruteraan yang telah menimbangkan pelbagai aspek keselamatan. Pihak Israel juga bimbang air  yang disedut dari laut itu tidak hanya membanjiri terowong tapi akan melimpah dan menenggelamkan Tel Aviv juga wilayah Israel.

Israel ingin menakluki Gaza dengan mengusir warganya keluar menuju Sinai atau genosida berterusan.

Israel sebenarnya adalah sebuah negeri Zionis dalam negara Palestin mengikut perisytiharan Presiden Amerika Syarikat , Harry S Truman pada 1948. Tapi cita-cita sebenarnya ingin mewujudkan Israel Raya yang meliputi beberapa negara   jazirah Arab yang berada di antara sungai Furat dan Nil iaitu, Mesir, Syria, Lubnan, Iraq, Saudi, Turkiye. Dan menghapuskan Palestin dari peta dunia. Tindakan HAMAS telah mengejutkan dunia bahawa selama ini dunia telah membiarkan Zionis Yahudi menzalimi mereka  berabad lama sehingga mereka merasa mangli dan tegar dengan perjuangan yang diyakini kebenarannya.

 

Glosari:

HAMAS: Haraqat-al-Muqawamah - Gerakan Perjuangan Islam.

IDF: Israel Defence Force

FATAH: Ḥarakat al-Taḥrīr al-Waṭanī l-Filasṭīnī)

PBB: Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu

Rujukan sumber:

Google

Utusan Malaysia

Tribun News

You Tube: ZRA Stream, Dr Mat Rofa, Dato Dr Zulkifli Al-Bakri

Facebook


2 comments:

  1. Nice sharing.. Kena ada bnyak penulisan sebegini supaya budak2 yg baru nak kenal dunia tahun apa sejarah nya ..

    ReplyDelete
  2. negara haram. perlu dihapuskan dari muka bumi ni!

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist