Sunday, 3 January 2021

MEMBACA

 ASSALAMUALAIKUM


MANFAAT MEMBACA


 


#1

Balam di peran melalah perah,

perca  di situ dikumat lanting;

dalam A-Quran sudah disurah,

membaca itu teramat penting.

#2

Menyukat buntil geluk berambi,

dihafaz jarak bersua perak; 

Malaikat Jibril memeluk nabi,

melafaz Iqra’ di gua Hira’.

#3

Kelubi lumat degil dikumam,

            lada dibaham selangkah hasud

Nabi Muhammad menggigil demam,

tiada faham apakah maksud.

#4

Merungkah tampal seli bersebab,

            mengisir umbi usul diukir;

Warokah bin Naufal ahli kitab,

mentafsir nabi rasul terakhir.

#5

Langkat tanami temu di lanca,

            biar mempelam seli selangkan;

berkat fahami ilmu membaca,

syiar Islam nabi mercukan.

#6

Gelita malam ilham diolah,

            kumat berulang duka berkaca;

semesta alam Islam menyerlah,

umat terbilang suka membaca.

#7

Sajak dan syair gaya begini,

            payah dirawa dilamun jemu;

semenjak lahir budaya murni,

tarbiah jiwa santuni ilmu.

#8

Rumpai di paya cunia berat,

            bahan pengawal elak merica;

mencapai jaya dunia akhirat,

asuhan awal galak membaca.

#9

Menyulam paku sigai berlumu,

            diletak leca siru lalui;

di dalam buku pelbagai ilmu,

selak dan baca baru ketahui.

 

#10

Gara memintal salah tak sudah,

            punca teramat bingung kendiri;

era digital Allah permudah,

baca maklumat di hujung jari.

 

#11

Galau senangin keladi rawan,

            mulai sore dura ke hulu;

kalau teringin jadi sasterawan,

pelbagai genre baca selalu.

#12

Sejuklah donat dirangka lanca,

            kabu terlupa biarkan jatuh;

pupuklah minat suka membaca,

Ibu dan bapa jadikan contoh.

 

#13

Selia angsa di tanjung Linggi,

            menyukat caca juadah tamu;

mulia bangsa disanjung tinggi,

berkat membaca telaah ilmu.

 

#14

Keranji serah pada sahaya,

            sida meramu cari kemumu;

kaji sejarah bangsa berjaya,

tiada jemu pelajari ilmu.

 

#15

Ramuan satu kulim bersama,

            faham caranya agar jayakan;

ilmuan itu alim ulama,

ilham membaca sebar-luaskan.

#16

Kain sutera baru di dinding,

            bahu mengereng sudah biasa;

sains dan sastera ilmu berganding,

tahu seiring wadah bahasa.

 

#17

Tangan mengarca tersilap ciri,

            jeda mengikir membundar rupa;

dengan membaca setiap hari,

minda berfikir menghindar lupa.

 

#18

Samfoo yang mini pantau di dalam,

            jangan dicerca melahu pula;

info terkini atau semalam,

dengan membaca tahu segala.

 

#19

Menyembat kasa beragi bucu,

            minta selumu suah selari

martabat bangsa tinggi di mercu,

membaca ilmu maruah diri.

 

#20

 

Tajin di camca rasa halia,

            junjung celagi separa juju

rajin membaca bangsa mulia,

disanjung tinggi negara maju.

 



 


12 comments:

  1. nak tingkatkan amalan membaca🧐

    ReplyDelete
  2. I love these.
    Siapa yang suka membaca (like me) can always relate :)

    ReplyDelete
  3. Banyak perkataan baru yang buat saya selak kamus dewan harini kak PI 😘

    ReplyDelete
  4. jamni ramai org x suka beli n baca buku dahh., semua dibaca dlm henfon canggih memasing., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. TKSH WAK YA TAPI NK INFO YG DITIL KENA BACA BUKU JUGA

      Delete
  5. pelbagai medium bacaan zmn sekrg...

    ReplyDelete
  6. sy kalau terbaca komen2 kat socmed, ckp geram bila ada yg tulis: "mls laa nk baca. terangkan boleh x?" eeeee... rs nk sekolahkan je manusia mcm ni...

    ReplyDelete
  7. Musim PKP ni hobi membaca saya kembali hidup. Seronok pula. Harap berkekalan

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist