ASSALAMUALAIKUM
SALAM JUMAAT MULIA
PERKONGSIAAN ILMU:
SURAH 114: SURAH AN-NAS (MANUSIA)
Muka surat: 604. Mengandungi 6 ayat.
PENGENALAN: Dalam perkara agama, perlu banyak sebut nama Allah SWT. Surah ini mengajar kita untuk memohon perlindungan kepada Allah SWT dalam perkara akidah. Was-was dan bisikan akhirat. Sebut tiga nama Allah, tiga sifat Allah untuk memohon perlindungan.
Ayat 1: Katakanlah aku memohon perlindungan daripada Rabb manusia. Allah SWT yang menjaga manusia.
Ayat 2: Aku memohon perlindungan daripada Raja manusia. Allah SWT sahaja yang bersemayam di atas tahta. Raja yang memerintah dan melarang. Menangani urusan hamba-hamba-Nya.
Ayat 3: Aku memohon perlindugan daripada Illah , Tuhan manusia. Hanya Allah SWT yang layak disembah dan memohon pertolongan. Pergantungan hati kita hanya kepada Allah SWT.
Ayat 4: Manusia diajar minta berlindung dengan menyebut tiga nama Allah SWT. Aku berlindung dengan tiga sifat Allah. Memohon perlindungan daripada satu penyakit. Iaitu penyakit keagamaan. Penyakit was-was dan bisikan-bisikan syaitan. Syaitan yang jenis KHONNAS. Iaitu Ketika kita lalai syaitan datang. Ketika kita berzikir mengingati Allah SWT syaitan pergi. Sibuk dengan al Quran dia lari. Lalai leka dia datang lagi.
Ayat 5: Kita minta berlindung kepada Allah SWT, daripada syaitan yang membisikan kejahatan dalam dada manusia. Syaitan membisikkan was-was dalam dada manusia. Apabila manusia lalai daripada mengingati Allah SWT syaitan akan melemparkan was-was ke dalam hati manusia. Contoh ajak manusia buat amalan tanpa dalil daripada al Quran dan hadis sahih. Perkara baik apa salahnya, adalah bisikan-bisikan.
Ayat 6: Bisikan itu asalnya daripada syaitan yang kita tak nampak. Ada manusia-manusia yang kita nampak, mempunyai hubungan dengan jin. Perkatan-perkataan mereka itu dikira bisikan-bisikan. Manusia-manusia syirik ada gangguan jin. Hanya beramal dengan syariat yang betul daripada al Quran dan hadis sahih, Allah SWT lindungi kita.
PENUTUP: Apabila kita sentiasa mohon perlindungan kepada Allah SWT dengan 11 ayat ini (Surah Al-Falaq dan surah An- Nas) pasti Allah akan lindungi kita. Pejuang-pejuang Tauhid ramai musuh. Amalan ini untuk jaga diri. Baca pagi petang dan sebelum tidur tiga kali.
bila kita sentiasa mohon perlindungan,Allah sentiada akan tolong.. itu betul :)
ReplyDeleteHanya Allah sebaik-baik pelindung.
ReplyDeleteSemoga Allah sentiasa lindungi kita semua
ReplyDeleteSelamat pagi PI, moga setiap urusan dipermudahkan Allah
ReplyDeleteMoga kita tidak lupa untuk mohon perlindungan daripada Allah SWT..sentiasa.
ReplyDeleteHelloo mate nice post
ReplyDelete