ASSALAMUALAIKUM
BANJIR
Tahun
70 tercatat banjir besar melanda negara, tika itu aku tinggal bersama tok dan
tokwan di Kedah. Aku tidak tahu sangat kisahnya. Cuma aku teringat bersama
kawan baikku Niah mengharung air yang melimpahi tebing sungai sambil menjinjing
kasut sekolah yang diisi ke dalam plastik menuju ke sekolah. Bukan main
bersemangat hendak menuntut ilmu di sekolah walau terpaksa meredah banjir.
Tinggi airnya separas betis juga.
Tahun
77 aku berpeluang mengikuti kursus penulisan DPMP di Temerloh. Aku bertanya
pada seorang kawan sekursus pengalamannya menghadapii banjir ketika itu.
Katanya dia dan keluarganya termasuk ayam, itik, kucing, kambing peliharaan
terpaksa berada di atas bumbung rumah sehingga air surut. Mengerikan sungguh memandang segala tilam dan
kelengkapan rumah hanyut semua.
Setelah
berkahwin aku tinggal di sebuah rumah felda UJ, Pahang berhampiran sungai
kecil. Berpuluh tahun di sini tidak
pernah rumah yang dihuni dinaiki air kerana banjir. Mulai 2004 tahun tragedy
tsunami bermula kejadian terpaksa hadapi banjir kilat setiap kali hujan turun
dengan lebat. Letih sungguh terpaksa mencuci rumah yang dipenuhi selut bawaan
air banjir. Lantaran itu jiran-jiranku menambak tanah untuk meninggikan rumah
masing-masing. Aku cuma merancang. Belum
sempat melaksanakannya aku terjatuh patah dan tidak mampu berjalan lagi. Hasrat
tidak kesampaian.
Rumah
yang sering dilanda banjir kilat terpaksa ditinggalkan kerana tiada siapa yang
mampu menguruskannya lantaran semua anak-anakku bermukim di Selangor membawa
aku bersama mereka.
Kadangkala
balik juga menjengok rumah untuk mengemas dan membersihkan kawasan
persekitaran. 2020 sebab covid 19 dan pelbagai peraturan PKP, PKPP, PKPD, tak merasa hendak balik kampung lagi. Hanya
berharap rumah yang ditinggalkan elok-elok. Dan banjir kilat tidak menerjah
kerana sungai kecil di belakang rumah telah diperdalamkan pihak pengurusan kampung
felda.
Tapi
berita via wassapp yang dikirim jiranku mengejutkan juga. Masing-masing
kelihatan berada di atas katil yang dipenuhi air segenap ruang rumahnya. Masih
juga banjir menerjah masuk walau rumah itu dibina agak tinggi untuk mengelak
banjir.
Dalam
doaku semoga saudara-saudaraku yang terlibat banjir di mana sahaja selamat
semuanya dan sentiasa berhati-hati menjaga keselamatan dan kesihatan diri.
Tabah hadapi ujian-Nya pelbagai sudut.
Waalaikumussalam. diharapkan semua mangsa banjir bersabar menerima ujian ni T_T
ReplyDeleteMoga mangsa banjir terus kuat semangat. Dan kita terus mendoakan mereka.
ReplyDeletebanyak juga yang terkorban akibat banjir ni..semoga dipermudahkan semuanya
ReplyDeletesemoga mangsa banjir dipermudahkan.. risau kes covid meningkat terutama negeri alami banjir
ReplyDeletesemoga mereka yang terlibat dengan banjir ni dilindungiNYA.. berat mata memandang berat lg bahu yg memikulnya
ReplyDeleteMemang kesian mangsa banjir. Nak mengemas satu hal lagi. Jom lah kita bantu semampu kita
ReplyDeletemoga banjir ni surut dan semua selamat... kesian tgk mangsa2 banjir ni:(
ReplyDeletetengok keadaan semakin surut dan mudah2an mudah urusan buat semua mangsa banjir..
ReplyDeletenak pergi tlg tak boleh.. kirim doa saja buat mereka..