ASSALAMUALAIKUM
SALAM JUMAAT MULIA
PENGENALAN TAFSIR AL QURAN
TUJUAN MEMPELAJARI TAFSIR;
Mengetahui Kehendak Allah swt melalui kitab-NYA. Untuk memperkuat dan menyempurnakan keyakinan manusia terhadap Allah swt dan alam Akhirat. Untuk itu perlu memahami 30 juzuk al Quran dengan sempurna.
ILMU DALAM AL QURAN TERBAHAGI LIMA TAJUK:
1. Ilmu tentang Allah – Kebesaran Allah dan sifat-sifatnya yang sempurna – Mengajak manusia berfikir mngenai ayat-ayat di langit dan di bumi.
2. Ilmu Hukum – Cara hidup di dunia untuk selamat di akhirat. Perkara wajib, sunnat, harus, makruh dan haram. Perkara ibadat, muamalat dan ijtima.
3. Ilmu perbincangan dgn. 4 golongan sesat.
i. Yahudi – kaum Nabi Musa – Taurat
ii. Nasoro – kaum Nabi Isa – Injil
iii. Munafik – kaum Nabi Muhammad – al Quran
iv. Musyrikin mekah – pengikut Nabi Ibrahim – tiada kitab.
Perbahasan dilakukan dengan dua cara:
a. Allah swt mendedahkan akidah-akidah mereka yang bathil dan kesan buruknya
b. Menjelaskan kesamaran mereka. Allah swt menerangkan pembetulan akidah salah mereka dengan dalil-dalil Aqli dan Naqli.
4. Ilmu tentang peringatan – sejarah dan pengajaran daripada kaum-kaum terdahulu.
i. Cerita golongan baik dan taat – Allah bantu / tolong
ii. Cerita golongan derhaka – Allah azab /hancurkan.
5. Peringatan tentang berakhirnya hidup ini iaitu berkenaan kematian. Setiap yang hidup pasti merasi mati. Apa yang berlaku selepas mati.
i. Alam barzakh / kubur
ii. Kebangkitan dan perhimpunan di Padang Mahsyar. Hisab, Mizan – Syurga dan Neraka.
Tujuan kelima-lima ilmu Al Quran;
1. Membersih jiwa manusia
2. Membasmi segala fahaman batil
3. Membuang amalan adat dan ibadat yang bercanggah dengan kehendak Allah
Alhamdulillah. Perkongsian yang sangat baik.
ReplyDeletesyukran for sharing..sgt bermanfaat..
ReplyDeleteAlhamdulillah.... thank you kak PI ats kongsian
ReplyDeletePerkongsian dan peringatan yang baik ni KakPI. Betoi tu, sangat penting untuk kita faham tafsiran Al-Quran. Kalau cuma pandai membaca berlagu sakan tapi tak faham pun makna ayat-ayat dalam kitab Al-Quran tu, tak guna juga kan? Al-Quran diturunkan untuk difahami dan dijadikan pedoman, bukan sebagai bahan pertandingan untuk tengok siapa paling terer baca paling merdu 😎
ReplyDeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteBanyak manfaatnya
alhamdulillah kak PI
ReplyDelete