Monday, 4 January 2021

MELIHAT LAUT

 ASSALAMUALAIKUM


MELIHAT LAUT

 

Alangkah bahagianya kalau dapat melihat laut yang tidak berpenghujung dan mampu dicapai mata. Mengagumi kebesaran Rabbi yang menjadikannya. Subhanallah! Walau semata memandang laut akan memperolehi pahala sunat. Dan pandanglah laut selalu jika berkesempatan. Tambah mereka yang tinggal berhampiran laut. Tentu mudah mengisi kantung pahala setiap hari.

Dulukala aku sering juga ke pantai bukan sekadar hendak melihat laut tapi ada saja kerja yang hendakku buat. Jika kebetulan ke pantai melihat tambur laut sekata sejauh pandang tandanya musim lala telah tiba. Akupun akan mengajak kawanku Comel menangguk lala keesokannya. Maka kami pun menangguk lala dari pagi sehingga tengah hari. Selalunya ada sedikit hasilnya untuk dijadikan lauk tambahan santapan tengah hari. Maklum kerja budak-budak bukan boleh diharap sangat. Lebih banyak bermain dengan selut.

Kadangkala menolak besen pelastik mengutip kerang atau mentarang. Selut lembut menenggelamkan kaki hingga ke paras betis. Bukan  main sukar hendak bergerak ke mana-mana kala mengutip kerang atau mengorek mentarang. Tapi dengan menolak besen mudahlah sedikit pergerakannya.

 

pantai berselut

kerang separa besen -

langkah perlahan


8 comments:

  1. sambil mengutip pahala melihat laut, tak lupa mengutip rezeki kurniaan Ilahi..Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  2. saya sangat2 suka tengok laut

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Deburan ombak adalah zikir kepada-Nya.. saya pula suka belayar ke laut lepas melabuhkan joran..

    ReplyDelete
  4. hehe pantai tempat utk tenangkan hati kan

    ReplyDelete
  5. Dah lama tak tengok laut ni, sbb fah lama tak pwrgi bercuti, hihi

    ReplyDelete
  6. Wak dari kecik duduk jauh dari laut
    Suka tenguk sungai, suka tenguk hutan.

    ReplyDelete
  7. mentarang dengan kerang boleh dpt dlm satu kawasan ya?

    ReplyDelete
  8. Lama tak tengok laut. Rindunya

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist