Saturday 14 November 2020

LEBARAN COVID 19 ULASAN BLOGGER BLOG

 ASSALAMUALAIKUM

TERIMA KASIH BANYAK BLOGGER TN HANAFIE ADMIN BLOG JUSTERU SUDI MENULIS SEDIKIT ULASAN BERKENAAN ANTLOGI LEBARAN COVID 19 SELENGGARAAN SIFU TABIR ALAM TERBITAN SPTA YG PI SERTAI...SETAHU PI BELIAU INI SEORANG PENULIS PRO DAN TELAH LAMA BERKECIMPUNG DALAM BIDANGNYA...SEKIRANYA INGIN NIKMATI TULISAN  BELIAU BERKISAR TENTANG BUKU-BUKU TERBAIK SAMAADA TERBITAN BARU ATAU LAMA JEMPUTLAH SINGGAH BLOG DENGAN NICHE OBSES BUKU INI....PASTI PERKONGSIANNYA SARAT DENGAN NILAI ILMU MEMANFAATKAN PENGUNJUNGNYA  

https://obsesbuku.blogspot.com/2020/11/lebaran-covid-19.html?showComment=1605333798597#c2896082920040293908


PIC TN HANAFIE (C)


Admin menerima buku "Lebaran Covid-19' dari salah seorang blogger dan penulis yang tidak asing lagi. Beliau ialah Kak PI atau Paridah Ishak. Atas kesempatan ini admin mengucapkan jutaan terima kasih kepada beliau. Biar Allah sahaja yang membalas dengan sebaik-baikya balasan. Aamiin.

Buku tersebut memaparkan koleksi pantun, sajak, sonian, akrostik, haibun, saduka, limerik, soneta, prosa, diamante dan gurindam. Sejujurnya admin juga baharu tahu tentang beberapa genre tersebut. Sangat asing dan mengujakan juga hehehe.

Ada 24 penulis dihimpunkan bersama untuk menghasilkan karya setebal 113 muka surat, Lebih menarik lagi karya ini diterbitkan pada tahun 2020. Tahun yang penuh cabaran dan menduga emosi sejak serangan Pandemik Covid-19 di Malaysia dan dunia.

Dalam ulasan buku ini admin nak kongsikan Talibun hasil karya Kak PI. Selebihnya pembaca boleh dapatkan sendiri buku ini. Cuma admin tidak pasti adakah naskah lebaran Covid-19 dijual dipasaran atau sebagainya. Perlu tanya Kak PI tau !



Angkara Covid-19

i.Sedia pulut punggah ke tambak

siapa segera lambak setempat

di mana bangsal guni ditala  

             dunia kalut mencegah wabak

             tiap negara bertindak cepat

             rencana asal kini gendala

ii.Jirus lantana dua barisan,

   merenjas tangan bentan separa,

   pedada celah pohon kedondong;

               Virus corona membawa kesan,

               Jejas hubungan ikatan mesra,

               kepada Allah mohon berlindung.

Tahniah kepada penulis Tabir Alam kerana berjaya menghimpun tulisan sastera dalam sebuah naskah begini.

Penghasilan buku seumpama ini boleh jadi kenangan-kenangan sempena musibah Covid-19. Kesan Covid-19 amat dahsyat kepada manusia terutama sektor ekonomi dan sosial, 

Dalam kesihatan itu sendiri, virus Covid-19 telah mengancam nyawa. Jadi adanya buku ini dapatkan dirakam detik-detik pahit dan sukar dalam bentuk sastera.

Itu sahaja perkongsian admin kali ini.

12 comments:

  1. Wahh memang terbaik buku ni. menghimpunkan 24 penulis dan sempat diterbitkan pada tahun ini. Tahun yang penuh dengan cabaran

    ReplyDelete
  2. Covid yang masih berterusan. Kak PI tulis tentang Ramadhan COVID pula.

    ReplyDelete
  3. time2 skrg ni, rasanya klu baca buku ni membantu utk jadi postive

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah semakin banyak karya kak PI diterbitkan :)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    tahniah kak dan rakan-rakan atas terbitnya buku ini. kehidupan yang mencabar di tahun yang mencabar. Mudah-mudahan musibah ini segera diangkat agar kita dapat menjalani kehidupan seperti biasa...amiinn

    ReplyDelete
  6. Unik buku ni sebab berkisar pada Covid. Tahniah kak PI kerana terlibat dalam penghasilannya

    ReplyDelete
  7. Mana nak dpt buku ni kak PI..
    Saya nak beli..

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist