Monday 8 June 2020

NEW SABAH TIMES

ASSALAMUALAIKUM


NEW SABAH TIMES akhbar diasaskan Tun Fuad Stephen pada 1949. Sudah terlalu lama akhbar ini menabur jasa, menyebar berita kepada pembaca seluruh Sabah sehingga melangkaui Sarawak dan Negara Brunei Darusalam. Ada khabar berlegar NST akan menamatkan operasinya dalam bidang persuratkhabaran. Entahkan sahih entahkan tidak…tapi nampak fb NST masih aktif. Moga khabar angin itu tidak benar. Setelah penutupan UTUSAN  MALAYSIA penulis karya kreatif menjadikan NST sebagai wadah karya kreatif kerna akhbar ini juga menerima karya daripada penulis luar Sabah.

Saudara Yatim Ahmad mantan pengarang akhbar ini begitu rajin memilih puisi yang dipos ke dalam grup JOM SASTERA @FACEBOOK dan dimajukan kepada pengarang NST untuk diterbitkan dalam sanggar sastera akhbar tersebut.  Daya usaha dan kprihatinannya demi mengembangkan sastera  anak bangsa sangat tinggi nilai budinya.
Puisi PI beberapa kali juga menjadi pilihannya. Terima kasih sifu Yatim Ahmad

Dan nama penulis karya itu ada yang terus melonjak dan mewarnai dunia sastera. 2020 menyaksikan beberapa akhbar ditutup dengan pelbagai alasannya.  Antaranya disebabkan kegawatan ekonomi angkara COVID 19 dan perkembangan teknologi digital dan medsos yang memudahkan capaian dalam talian sahaja untuk mengetahui informasi tertentu.
Nampaknya  satu persatu akhbar yang sekian lama dikenali dan menjadi sebahagian budaya membaca kita tidak meneruskan khidmat mereka lagi. Sedih kan!  Tiadalah lagi acara-acara sastera menghargai pengkarya dianjurkan akhbar ini. 

Di sini hanya akhbar Berita Harian yang masih gigih menyiarkan karya kreatif di sanggar sastera. Sinar Harian telah menghentikannya. BH pun menjadi tumpuan penulis Malaysia menyalurkan idea karya kreatif. Sengit saingannya tu. PI haya melihat saja.   
Pengkarya sastera bolehlah memilih untuk berkarya via internet pula. Lagipun siaran internet globalisai. Meliputi alam maya. Itupun kalau ada yang teringin membacanyalah. Perubahan drastic norma baharu terpaksa di adaptasi sebaiknya sama ada mahu atau pun tidak.      

7 comments:

  1. Saya pun tak berapa rajin membelek akhbar kak..dulu2 sblm ledakan it rajin la jugak membacanya,kalau hari ahad 2,3 akhbar beli..

    ReplyDelete
  2. Sekrg cuma baca akhbar di pejabat je, company masih beli suratkhabar..

    Semoga Kak PI terus berkarya..saingan sengit nk dpt tempat di akhbar..

    ReplyDelete
  3. Moga ada inisiatif baru mengekalkan tradisi akhbar, setidaknya untuk karya2 sentiasa dibaca dan tradisi tetap dihargai. Memang impak dunia digital ni telah mengubah cara hidup kebanyakkan kita dan krisis covid juga menambah lagi kehidupan norma baharu yg berbeza dari sebelumnya.

    ReplyDelete
  4. Dah lamanya tak beli dan baca akhbar.
    Berita dah di hujung jari aje.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum kak paridah. Alaaa. sedihnya kalau tamat. Ada betulnya, budaya membaca akhbar dah berkurang. Mungkin pihak akhbar boleh cari iniasitif yang lebih kreatif utk menarik minat pembeli dan pembaca.

    ReplyDelete
  6. surat kabar yang sudah sangat senior di bidangnya lahir tahun 1949 NEW SABAH TIMES
    sungguh sangat keren.

    Salam sehat dan ceria selalu untuk Sahabat lamaku Paridahishak

    ReplyDelete
  7. wak gi singapore je beli suratkhabar dan sebongkah berlian., kihkihkih

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist