ASSALAMUALAIKUM
PERKONGSIAN ILMU. BAHAGIAN AKHIR SURAH 21: AL ANBIYA'. (PARA RASUL) . Ayat 102 - 112.
Aidilfitri 2020 mencatat sejarah, berhari raya dalam PKPB. Solat hari raya hanya di rumah.
Suamiku mengimami solat Hari Raya Aidilfitri. Afyan, anak sulungku membaca kutbah. Syukur Alhamdulillah.
Majlis ilmu diteruskan pada hari raya kelima, selepas solat maghrib. Ahmad, anak ketujuhku mengimami solat maghrib.
Ammar, anak ketigaku memimpin bacaan ayat-ayat suci Al-Quran secara bertalaqqi.
"Ayat 102: Merupakan AYAT TABSHIR. Iaitu Berita Gembira". Aku memulakan tafsir.
"Penghuni-penghuni syurga berada dalam kenikmatan. Mereka tidak mendengar bunyi neraka. Berada di dalam nikmat syurga selama-lamanya. Mereka dapat semua yang diinginkan."
"Ayat 103: Orang-orang Mukmin akan diselamatkan daripada suasana kacau bilau ketika berlaku Hari Kiamat."
"Mereka disambut oleh para malaikat dengan kata-kata pujian dan ucapan tahniah. Ini adalah hari kamu, hari inilah yang telah dijanjikan kepada kamu dahulu."
"Apa ciri-ciri orang Mukmin?" Azya, anak keenamku melontar tanya.
"Ada beberapa ciri orang Mukmin. Antaranya mereka yang khusyuk dalam solat, tetap memelihara solat.
Ciri-ciri orang Mukmin Allah jelaskan dalam Surah Al Mukminun, Orang-orang Yang Beriman."
"Minggu depan Mama mengajar tafsir surah al Mukminun lah..."Afya, anak keempatku memberi cadangan.
"Ya Mama...surah al Mukminun." Anum, anak kelapanku pula bersuara.
"Insyaallah..." Kataku dan menyambung tafsir.
.
"Ayat 104: Keadaan pada Hari Kiamat. Apabila sangkakala ditiup kali pertama Allah akan menggulung langit seperti lembaran-lembaran kertas digulung."
"Siapa malaikat yang meniup Sangkakala?" Soalku.
"Isrofil..." Farah, isteri Ahmad menjawab laju.
"Allah berkata: KAMI berkuasa penuh. KAMI menepati janji dan melaksanakan janji-janji.
"Allah menggunakan perkataan KAMI sebagai.menunjukkan kekuasaan dan kebesaran
-NYA." Aku memberi penjelasan.
"Mama...Bila Dajjal turun sebelum kiamat?" Tanya Atia, anak bungsuku yang baru pulang berhari raya setelah tamat pengajian.
"Sebelum Dajjal turun, dunia ini diperintah oleh Imam Mahadi. Sebagaimana Nabi Sulaiman as pernah menjadi raja, memerintah dunia. Seperti wali Allah, Raja Zulkarnain pernah memerintah dunia Timur dan Barat." Aku menjelaskan panjang lebar.
"Ayat 105 pula: Di dalam Kitab Zabur, dan kitab-kitab terdahulu, Allah telah beritahu: Sesungguhnya dunia atau bumi diwariskan kepada hamba-hambaNYA yang soleh, yang mentauhidkan Allah. Selama mana ada orang soleh, bumi tidak akan kiamat."
"Kitab Zabur diberi kepada siapa?" Aku melontar tanya.
"Nabi Daud.." Nurmaezah, isteri Afyan menjawab.
"Ayat 106: TARGHIB KEPADA AL QURAN Pentingnya mempelajari dan memahami Quran. Di dalam Quran ada maklumat penting kepada orang-orang yang sanggup beribadah kepada Allah."
"Itu pentingnya kita belajar tafsir ni..." Ain, isteri Ammar turut bersuara.
"Ayat 107: Nabi Muhammad saw diberi al Quran untuk memberi Rahmat kepada sekelian alam. Baginda diangkat menjadi rasul. Bertugas menyampaikan ajaran Tauhid."
"Ayat 108 pula merupakan DALIL WAHYI: Iaitu Titah Khas Allah kepada Rasulullah saw; Katakanlah Wahai Muhammad kepada semua manusia: ILLAH kamu hanya satu, Tuhan Yang Esa. Maka hendaklah kamu berserah kepadaNYA. Adakah kamu menerima Allah yang satu ini?"
"Ayat 109: Apabila disampaikan ajaran agama, ada yang menerima ada yang menolak."
"Nabi Muhammad saw kena menyampaikan dakwah tauhid agama ini kepada umat dengan sama rata, tidak boleh pilih kasih. Walaupun berat kena sampaikan juga. Salah satu perkara penting yang baginda ingatkan kepada manusia adalah tentang Hari Kiamat."
"Apabila Musyrikin Mekah tanya balik bilakah kiamat berlaku. Allah ajar kepada baginda supaya jawab tidak tahu."
"Ayat 110: Sesungguhnya Allah mengetahui perkara yang zahir dan yang nyata. Allah mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan sembunyikan dalam hati."
"Contoh, Musyrikin Mekah tidak terus tanya kepada Nabi Muhammad saw bilakah kiamat terjadi. Hanya tertanya-tanya dalam hati. Allah terus jawab dalam ayat ini dan tentu mereka terkejut."
"Ayat 111: Apabila Musyrikin Mekah mengejek-ejek Nabi Muhammad saw minta disegerakan kiamat. Allah ajar baginda jawab begini; Aku hanya seorang manusia biasa tidak mengetahui perkara ghaib. Mungkin ini ujian bagi mereka supaya kembali kepada Tauhid.
Atau kesenangan itu juga sebagai ujian, menyebabkan mereka lalai dan leka. Kiamat tetap akan berlaku."
"Ayat 112: KHULASAH WAHYU iaitu Penutup Surah. Nabi Muhammad saw berdoa: Ya Allah, Ya Tuhanku berilah keputusan yang adil dan benar dengan segera. Rasulullah saw memuji Allah: Tuhan Yang Maha Pemurah."
"Baginda tiada kuasa untuk mengalahkan musuh-musuh baginda. Hanya kepada Allah sahaja tempat meminta pertolongan."
Syukran berkongsi ilmu..seronok ada majlis ilmu di rumah..
ReplyDeleteTKSH NOHAS YA RAJIN CIKGU LELA NI
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian ini kak PI. Semoga Allah sentiasa memberkati.. aamiin.
ReplyDeleteALHAMDULILLAH TKSH DIK KK INSYAA-ALLAH MOGA BERMANFAAT
Delete