NEW SABAH TIMES akhbar
diasaskan Tun Fuad Stephen pada 1949. Sudah terlalu lama akhbar ini menabur
jasa, menyebar berita kepada pembaca seluruh Sabah sehingga melangkaui Sarawak
dan Negara Brunei Darusalam. Ada khabar berlegar NST akan menamatkan operasinya
dalam bidang persuratkhabaran. Entahkan sahih entahkan tidak…tapi nampak fb NST
masih aktif. Moga khabar angin itu tidak benar. Setelah penutupan UTUSAN MALAYSIA penulis karya kreatif menjadikan NST
sebagai wadah karya kreatif kerna akhbar ini juga menerima karya daripada
penulis luar Sabah.
Saudara Yatim Ahmad mantan
pengarang akhbar ini begitu rajin memilih puisi yang dipos ke dalam grup JOM
SASTERA @FACEBOOK dan dimajukan kepada pengarang NST untuk diterbitkan dalam
sanggar sastera akhbar tersebut. Daya usaha
dan kprihatinannya demi mengembangkan sastera anak bangsa sangat tinggi nilai budinya.
Puisi PI beberapa kali juga
menjadi pilihannya. Terima kasih sifu Yatim Ahmad
Dan nama penulis karya itu
ada yang terus melonjak dan mewarnai dunia sastera. 2020 menyaksikan beberapa
akhbar ditutup dengan pelbagai alasannya.
Antaranya disebabkan kegawatan ekonomi angkara COVID 19 dan perkembangan
teknologi digital dan medsos yang memudahkan capaian dalam talian sahaja untuk
mengetahui informasi tertentu.
Nampaknya satu persatu akhbar yang sekian lama dikenali
dan menjadi sebahagian budaya membaca kita tidak meneruskan khidmat mereka
lagi. Sedih kan! Tiadalah lagi
acara-acara sastera menghargai pengkarya dianjurkan akhbar ini.
Di sini hanya
akhbar Berita Harian yang masih gigih menyiarkan karya kreatif di sanggar
sastera. Sinar Harian telah menghentikannya. BH pun menjadi tumpuan penulis Malaysia
menyalurkan idea karya kreatif. Sengit saingannya tu. PI haya melihat saja.
Pengkarya sastera bolehlah
memilih untuk berkarya via internet pula. Lagipun siaran internet globalisai. Meliputi
alam maya. Itupun kalau ada yang teringin membacanyalah. Perubahan drastic norma
baharu terpaksa di adaptasi sebaiknya sama ada mahu atau pun tidak.
Saya pun tak berapa rajin membelek akhbar kak..dulu2 sblm ledakan it rajin la jugak membacanya,kalau hari ahad 2,3 akhbar beli..
ReplyDeleteSekrg cuma baca akhbar di pejabat je, company masih beli suratkhabar..
ReplyDeleteSemoga Kak PI terus berkarya..saingan sengit nk dpt tempat di akhbar..
Moga ada inisiatif baru mengekalkan tradisi akhbar, setidaknya untuk karya2 sentiasa dibaca dan tradisi tetap dihargai. Memang impak dunia digital ni telah mengubah cara hidup kebanyakkan kita dan krisis covid juga menambah lagi kehidupan norma baharu yg berbeza dari sebelumnya.
ReplyDeleteDah lamanya tak beli dan baca akhbar.
ReplyDeleteBerita dah di hujung jari aje.
Assalamualaikum kak paridah. Alaaa. sedihnya kalau tamat. Ada betulnya, budaya membaca akhbar dah berkurang. Mungkin pihak akhbar boleh cari iniasitif yang lebih kreatif utk menarik minat pembeli dan pembaca.
ReplyDeletesurat kabar yang sudah sangat senior di bidangnya lahir tahun 1949 NEW SABAH TIMES
ReplyDeletesungguh sangat keren.
Salam sehat dan ceria selalu untuk Sahabat lamaku Paridahishak
wak gi singapore je beli suratkhabar dan sebongkah berlian., kihkihkih
ReplyDelete