Saturday, 13 June 2020

PUISI DIAMANTE

ASSALAMUALAIKUM

JOM BELAJAR PUISI DIAMANTE

DIAMANTE
[A] Pengenalan:
Puisi "Diamante" berasal dari perkataan bahasa Itali bermaksud "diamond" - atau berbentuk 'daiman' iaitu *lambang berbentuk wajik berwarna merah pada daun terup (*Kamus Dewan). Patrun binaan "Diamante" terdiri dari tujuh baris serangkap: 1-2-3-4-3-2-1.
Puisi "Diamante" terdiri dari dua bentuk, (i) Diamante Antonim, dan (ii) Diamante Sinonim (jarang digunakan). Bagi tujuan projek "Diamante" tumpuan diberikan kepada "Diamante Antonim" sahaja.
Kaedah penulisan adalah seperti berikut:
  1. Baris #1 - kata nama
  2. Baris #2 - kata sifat
  3. Baris #3 - kata kerja
  4. Baris #4 - kata nama dan selisih (dua perkataan)
  5. Baris #5 - kata kerja
  6. Baris #6 - kata sifat
  7. Baris #7 - kata nama
Penulis perlu memahami dan ketahui apa itu 'kata nama' dan pembahagian kata-kata nama yang ada bagi memudahkan penulisan "Diamante".
"Diamante Antonim" boleh dimulakan dengan wajah positif berakhir dengan wajah negatif, atau dimulakan dengan wajah negatif dan berakhir dengan wajah positif.
Beberapa contoh wajah antonim: rakan/musuh, api/air, gunung/lembah, hitamm/putih, perang/damai, lapar/dahaga, soalan/jawapan dan lain-lain.
[B} Pengkaryaan:
Setiap penulis dikehendaki menghantar empat buah tajuk, dan setiap tajuk terdiri dari tiga rangkap diamante (tentatif). Keseluruhannya setiap penulis perlu menyiapkan 12 rangkap diamante.
[C} Peraturan:
Karya diamante yang dihantar hendaklah mematuhi peraturan berikut:
  1. pastikan guna HURUF KECIL kecuali nama khas.
  2. pastikan HURUF BESAR di awal baris #1 sahaja.
  3. sila letakkan NOMBOR URUTAN pada tiap tajuk.
  4. sila hantar karya diamante SATU PERSATU.
  5. JUJUR, tanpa sebarang edit atau padam.
- SIFU TABIR ALAM 




4 comments:

  1. Assalamualaikum kak paridah. Terima kasih atas perkongsian yang menarik ni. Saya terpanggil untuk belajar. Saya cuba ye.

    #1
    ALAM

    Langit,
    biru, luas
    tenang, damai, dingin
    ingin menikmati, saat ini
    aman, nyaman, suam
    hijau, terbentang
    rumput

    Kalau salah, sila tunjukkan. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. TKSH SS CANTIK PUISINYA TAPI BARIS SATU DUA DAN TIGA PILIH PERKATAAN LUNAK DAN PILIH KATA YANG KONTRA DENGAN MAKSUD PERKATAAN BARIS EMPAT LIMA DAN ENAM

      Delete
    2. eh silap bukan lunak tapi agak kasar

      Delete
  2. Langit,
    mendung, luas
    suram, gelap, dingin
    ingin menikmati, saat indah
    aman, nyaman, suam
    hijau, terbentang
    rumput

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist