Wednesday 6 May 2020

SALING MEMBANTU

ASSALAMUALAIKUM

Pantun D’Klasik
Radio Klasik RTM
Rabu, 6 Mei 2020
Pantun penyertaan
Kecindan tingkah gemar bersenda,
menanduk lemah menyakat taulan.
Ramadan berkah ganjar berganda,
duduk di rumah tingkat amalan.
Habis sarapan saja menguras,
bermain parang gesa di hutan;
baris hadapan bekerja keras,
semakin kurang mangsa jangkitan.
Galau di dada kesan menyunting,
kaduk dijamah basah seluar;
kalau tiada urusan penting,
duduk di rumah usah keluar.
Kerana kurus rusuh bersua,
kerling sepatu jelak sakitan;
coronavirus musuh semua,
saling membantu elak jangkitan.

14 comments:

  1. Waalaikumussalam. Kak Paridah 😍

    Duduk dirumah diam-diam ye kawan
    Agar Penyakit tidak merebak
    Pantun kak paridah sungguh terkesan
    Membuat Hati merasa sebak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TKSH KAM SAJA2 BERPANTUN PEPAGI DI RADIO KLASIK

      Delete
  2. Kak PI, pembayang pantun saya kurang faham, tapi maksud pantunnya saya faham, hihi.
    Banyak perkataan lama yg saya baru jumpa spt menguras, kecindan,galau,...saya tak faham maksud perkataan2 ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TKSH NOR BAHASA MELAYU NI INDAH N BNYAK PERBENDAHARAAN KATANYA...GALAU - RISAU, MENGURAS - MENGUBAT -, KECINDAN - BERGURAU

      Delete
  3. Daun pandan tumbuh setaman,
    Warna hijau wangi baunya;
    Musim PKP menguji kesabaran,
    Sama perangi sambil berdoa.

    ReplyDelete
  4. tahniah kepada barisan hadapan semua

    ReplyDelete
  5. sedap untuk halwa telinga dan hiburan hati pantun klasik begini

    ReplyDelete
    Replies
    1. TKSH MRHANAFI YA BERPANTUN MENGHIBUR HATI

      Delete
  6. selmat berpantun. saya tak pandai berpantun, hanya mampu dengar jer. best dengar. sedap bunyinya

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist