Friday 3 April 2020

TAFSIR SURAH 21 AL-ANBIYA AYAT 11 - 16

ASSALAMUALAIKUM

SALAM JUMAAT MULIA

PERKONGSIAN ILMU: SURAH 21. AL ANBIYA' (PARA NABI) . Ayat 11 - 16.
Syukur Alhamdulillah sepanjang PKP ini majlis ilmu di rumahku dapat diadakan dua kali seminggu. Semoga Allah SWT meredhai usaha kecil ini.
"Lepas kelas tafsir Tokma, Ummi Amla akan buat kuiz." Amla, anak keduaku membuat pengumuman.
Kami baru selesai solat maghrib berjemaah yang diimami oleh suamiku.
Cucu-cucuku duduk mengelilingi meja besar di ruang tamu. Balqis dan Zulaikha tidak turut serta kerana mereka ada kelas online.
Daniel memimpin bacaan kami. Walaupun usianya baru sepuluh tahun, bagus bacaan Qurannya. Hanya beberapa kesalahan bacaan sahaja ditegur oleh ayahnya, Afyan.
"Ayat 11: TAKWIF DUNIAWI iaitu Ancaman Dunia." Aku memulakan tafsir.
"Allah SWT telah binasakan dan hancurkan penduduk-penduduk daerah yang zalim, yang tidak patuh syariat. Kemudian Allah SWT hidupkan kaum lain."
"Contoh; Firaun dan tenteranya serta pengikut-pengikut- nya, Allah SWT tenggelamkan dalam Laut Merah."
"Macam sekarang ni, Allah hantar virus convid 19 kerana ramai manusia tidak patuh syariat."
"Allahu Akhbar..." Beberapa suara bertakbir.
"Betul tu Mama...bala Allah ni!" Afya mencelah.
"Allah SWT selamatkan Nabi Musa as dan Nabi Harun as serta pengikut-pengikut mereka iaitu Bani Israel (Yahudi)."
"Kenapa ada Nabi Harun?" Soal Azya.
"Nabi Harun as dilantik menjadi rasul membantu Nabi Nusa as berdakwah kepada Firaun yang zalim. Nabi Harun as abang Nabi Musa as." Jawabku.
"Ayat 12: Apabila kaum yang zalim ini nampak azab. Mereka kelam kabut hendak melarikan diri."
"Ayat 13: Akan tetapi mereka tidak dapat lari. Allah SWT berkata kepada mereka tiga perkara".
"Pertama, kamu tak perlu lari, kembalilah kepada kemewahan. Kedua, Allah sindir; Kembalilah ke tempat tinggal yang kamu bersenang-senang."
" Ketiga, baliklah semula kepada pengaruh, pangkat dan kedudukan kamu. Pasti kamu akan ditanya dan dipertanggungjawab kan segala perbuatan."
"Ayat 14: Ketika itu, barulah mereka mengakui kezaliman dan kesyirikan. Mereka menyesal, menangis dan meraung."
Kulihat Amla mencatat sesuatu. Mungkin untuk buat soalan kuiz. Cucu-cucuku berusaha memberi tumpuan.
"Ayat 15: Mereka tidak berhenti mengeluh. Allah SWT jadikan tempat tinggal mereka seperti ladang yang telah dituai hasilnya." Aku menyambung tafsir.
"Kemudian ladang itu dibakar, hanya tinggal kesan-kesan sahaja. Contoh; Kota Madyan hanya tinggal kesan-kesan kaum Nabi Shuib yang telah Allah hancurkan."
"Apa dosa penduduk Madyan?" Anum bertanya.
"Menipu dalam timbangan ketika berniaga." Amiru tolong jawab soalan itu sambil meriba Si Kembar. Kembar seorang lagi di atas riba Nurhajar, isterinya.
"Ayat 16: DALIL AQLI PERTAMA. Dan ingatlah wahai hamba, Allah SWT jadikan langit dan bumi serta segala yang ada antara keduanya bukan main-main dan bukan sia-sia."
"Dalil Aqli maksudnya Allah suruh kita lihat bukti jelas di sekeliling kita dan fikir, kan Mama?" Amla pula mencelah tanya.
"Ya..." Jawabku dan menyambung tafsir.
"Cuba kita lihat langit dan bumi yang hebat ini. Pasti menggambarkan Penciptanya Yang Maha Besar dan Hebat."
"Allah Yang Maha Bijaksana tidak menciptakan bumi dan langit sia-sia dan main-main."

2 comments:

  1. Hakikatnya semua dah ada dalam Al Quran..cuma mungkin kita yang terlalai untuk ambil tahu dan perhalusi.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah
    Ada banyak masa untuk mendalami tafsir Al-Quran

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist