Sunday 19 April 2020

SALING MEMBANTU

ASSALAMUALAIKUM

Pesan kudapan menyenteng lengan,
menghiris bengkang lama di situ;
barisan depan benteng serangan,
baris belakang sama membantu.
Menghiris bengkang lama di situ,
sentuh merapi bekal dijamah;
baris belakang sama membantu,
patuh PKP kekal di rumah.
Sentuh merapi bekal dijamah,
kana dibelah disiat nanar;
patuh PKP kekal di rumah,
kerana Allah niat sebenar.
Kana dibelah disiat nanar,
getus helaian sena menirus;
kerana Allah niat sebenar,
putus rantaian corona virus.
Getus helaian sena menirus,
tepus menyerlah perang sekali;
putus rantaian corona virus,
hapus masalah girang kembali.

PARIDAH ISHAK
DMS
19/4/2020

9 comments:

  1. InsyaAllah semuanya kerana Allah dalam apa jua tindakan...mohon Allah jaga kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. AMIIN TKSH FIDA YA INSYAA ALLAH...ALLAH KASIHKAN HAMBA2NYA

      Delete
  2. Nampaknya dah semakin reda ancaman covid 19 ni.

    ReplyDelete
  3. Walaupun tempat saya dah zon hijau, namun saya masih khuatir dan tak berani keluar ...

    ReplyDelete
  4. Kalau pun keadaan diisytihar selamat dan bebas covid..kita semua tetap perlu berjaga-jaga kan kak PI.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TKSH WP YA MESTI CURIGA N BERHATI HATI KERNA VIRUS NI KITA XNAMPAK

      Delete
  5. Moga Allah melindungi kita semua... aamiin2 ya Rabb

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist