Friday 27 March 2020

WIRA SEBENAR

ASSALAMUALAIKUM


 SALAM JUMAAT MULIA


Pantun D’Klasik
Assalamualaikum
Pantun D’Klasik
Radio Klasik RTM
Jumaat  27Mach 2020

Pantun penyertaan

Terguris tipan gara sang kera,
cari berangan takut alahan;
baris hadapan wira negara,
beri sokongan ikut arahan,

Sigup sebeban bawa niaga,
sendi terasa hendak melelas;
sanggup berkorban jiwa dan raga,
budi dan jasa tidak terbalas,

Penjaga telah beri aturan,
dipesan jangan sunting rerama;
semoga Allah beri ganjaran,
baris hadapan benteng utama.

6 comments:

  1. Semoga mereka cekal dan tabah melaksanakan tugas2 mencabar ini.

    ReplyDelete
  2. bersama kita memerangi pandemic covid 19 ni...

    ReplyDelete
  3. OUR UNSONG HERO
    terima kasih atas perkhidmatan
    yg cemerlang yg diberikan

    ReplyDelete
  4. TKSH WP TUGAS YG MEREKA GALAS MMG SGT MENCABAR N MENGUJI KETABAHAN HATI KITA DOAKAN KESELAMATAN MRK DRPD JANGKITAN WABAK COVID-19 INI

    ReplyDelete
  5. TKSH CIKGU AK..SALING KITA BERKERJASAMA PERANGINYA

    ReplyDelete
  6. TKSH SOBRI YA MRK WIRA KITA

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist