Friday, 28 February 2020

PERKONGSIAN ILMU: BAHAGIAN AKHIR SURAH 36: YASIIN. Ayat: 77 - 83

ASSALAMUALAIKUM

SALAM JUMAAT MULIA



PERKONGSIAN ILMU: BAHAGIAN AKHIR SURAH 36: YASIIN. Ayat: 77 - 83
"Ayat 77: Merupakan DALIL AQLI. Untuk kita melihat dan berfikir kebesaran Allah SWT." Aku menyambung tafsir.
"Allah SWT mengetahui apa yamg ada dalam hati manusia kerana DIA yang mencipta manusia. Bagaimana kejadian manusia?" Aku melontar tanya.
"Daripada sperma..." Jawab Azya.
"Ya... Allah jadikan manusia daripada sperma dalam air mani yang hina. Kemudian mereka menjadi penentang, syirik kepada Allah."
"Ayat 78: Penentang2 Nabi Muhammad saw bertanya; Siapa yang hidupkan tulang2 yang telah hancur? Baginda diam tak jawab."
"Ada Musyrikin Mekah yang mempersendakan Nabi Muhammad saw dengan beri tulang2. Minta baginda hidupkan semula tulang2 tersebut."
"Dalam ayat 79: Allah SWT suruh Rasulullah saw jawab begini; Pencipta tulang2 itu yang akan hidupkan kembali tulang2 itu."
"Cuba lihat kanak2 tulangnya kecil. Kemudian tulang2 itu membesar. Kanak2 jadi remaja, dewasa, tua dan mati. Jadi mudah bagi Allah hidupkan semula, manusia yang telah mati."
Anak2 dan menantu2ku mengangguk2 tanda faham. Aku menyambung tafsir.
"Ayat 80: Allah SWT membuat perbandingan, pokok2 yang telah mati, layu dan kering boleh mengeluarkan api. Contoh mancis."
"Petroleum yang jadi bahan api, asalnya pokok2 dan tumbuhan yang telah mati." Anum bersuara.
"Petroleum dari dasar laut macam mana?" Amiru bertanya.
"Berasal daripada hidupan dalam laut yang telah mati. Seperti kulit2 kerang, lokan, siput dan lain2." Aku cuba memberi penjelasan dan menyambung tafsir.
"Ayat 81: Allah SWT tunjuk DALIL AQLI yang besar iaitu langit dan bumi."
"Bagi Allah SWT, matikan dan hidupkan manusia lebih mudah, daripda penciptaan Langit tujuh lapis dan bumi tujuh lapis."
"Ayat 82: Allah Yang Maha Berkuasa hanya sebut 'KUN FAYA KUN' . Maka JADILAH perkara yang DIA kehendaki."
"Indahnya Bahasa Arab, bahasa Al Quran sebut KUN ringkas jer, maknanya JADILAH. Budak2 umur setahun lebihpun boleh sebut KUN bukan?"
"Yaa..." Serentak mereka menjawab.
"Ayat 83: Keseluruhan surah Yasiin., Allah SWT simpulkan dalam ayat ini. Kita diminta bertasbih dan memuji Allah atas kehebatanNYA dan -kemurahan NYA kepada kita."
"Semua kerajaan di dalam genggaman Allah SWT. Samada makhluk taat atau tidak, semua pasti kembali kepada-NYA."
"Mama.. Bertasbih sebelum tidur, yang Nabi ajar begini kan; Subhanallah 33 kali Alhamdulillah 33 kali Allahuakbar 34 kali." Kata Afya.
"Ya betul. Hadis sohih. Rasulullah saw mengajar tasbih tersebut kepada anakanda baginda, Fatimah. Amalan ini supaya kita bangun pagi, sihat dan bertenaga."
Anak2 dan menantu2ku mencatat dalam buku nota masing2.
"Bertasbih juga membawa maksud mengerjakan ibadat2 seperti solat, baca Quran dan lain2. Ibadat yang diajar dalam Quran dan Sunnah.Jangan buat ibadat yang Nabi tidak buat."
Selesai majlis ilmu, kami solat Isyak berjemaah. Zainudin suami Azya, mengalunkan azan dan iqamah. Ammar menjadi imam.

7 comments:

  1. Alhamdulillah, kak, syukran..Surah Yasin mmg selalu kita baca, tapi lebih baik kita dapat memahami maksudnya..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah
    jarang2 baca terjemahannya

    ReplyDelete
  3. Allah tahu semuanya...setiap inci.

    ReplyDelete
  4. TKSH NOHAS YA BEGITULAH SEPATUTNYA

    ReplyDelete
  5. TKSH PC ALLAH MAHA MENGETAHUI

    ReplyDelete
  6. Subhanallah walhamdulillah.. Allahuakbar.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist