ASSALAMUALAIKUM…
SETELAH LEBIH 40 TAHUN BERPISAH
Samasekali tidak pernah duga dapat bertemu kembali dengan
guru guru yang PI kenali lama dahulu di SMKM. SMKM adalah sebuah sekolah
menengah yang terdiri di Bandar Maran dengan kemudahan asrama untuk penginapan
pelajar pelajarnya yang tinggal di persekitarannya seperti Chenor, Luit, Paya
Bungor dan kampong kampong felda dari Sg.Tekam, Ulu Jempol, Jengka .
Masa dahulu tiada kemudahan api letrik dan pelajar pelajar
terpaksa menggunakan pelita sebagai sumber cahaya menerangi kegelapan pada malam
hari untuk belajar dan lain lain urusan.
Walau ianya adalah masalah besar pada masakini tapi tidak pula ketika itu. Alah
bisa tegal biasa kan. Mungkin kerana keadaan itu timbul ide redaksi majalah
sekolah untuk memilih KUNANG KUNANG sebagai judulnya. Simbolik kepada aspirasi
pelajar pelajarnya seperti kunang kunang yang mencerahi malam dengan kerlipan
cahayanya yang indah menuju impian.
PI juga bernasib baik terpilih menjadi Redaksi majalah
KUNANG KUNANG dibawah bimbingan cikgu Hamid dan Allahyarham cikgu Sulaiman.
Cikgu Sulaiman bertemu jodoh pula dengan sahabat PI Nik Nurizan. Takdir suratan Nya apalah nak hairan.
Tika PI mula belajar di sini dan tinggal di asrama pada
tahun 72, sumber api untuk cahaya di malam hari diperolehi daripada generator
yang dihidupkan setiap petang. Tidak payah lagi gunakan pelita.
Hubungan antara guru guru dan murid terjalin erat mentelah
dengan murid yang tinggal di asrama walau ada antara guru guru itu bukan guru
yang mengajar di kelas.
Yang peliknya cikgu cikgu PI walau sering bertukar ganti muridnya sepanjang karier dan telah berusia tapi
masih ingat akan PI juga muridnya yang lain dan memberitahu pernah membaca tulisan PI di akhbar. Kan main
bangga hati PI pabila cikgu Bahari beritahu begitu.
Ramai yang tidak tahu Pi pernah menulis karya kecil di akhbar tapi cikgu PI yang ini boleh perasan pula.
Baru baru ini grup whatsapp SMKM dengan admin Salmah Shafei
telah mengadakan RU disebuah restoran milik ahli grup juga dengan kehadiran
cikgu Sarilah dan cikgu Idris juga alumni tahun 71 SMKM. Cikgu Sarilah adalah penyelia asrama guru kelas ERT PI yang amat tegas cara pengajarannya. Beliau sudah berusia 70
tahun tapi masih kelihatan ayu jelita dan sebaya dengan anak anak muridnya yang
kini juga warga emas.
Sebenarnya PI tidak hadir pun dalam majlis RU ni cuma mengutip
info daripada grup whatsapp justeru teruja dengan pertemuan jejak kasih antara
guru guru dan murid murid yang telah terpisah sekian lama. Sebak dan terharu
terasa seolah kembali di usia kecil menduduki asrama di pinggir bukit
bersebelahan hutan di Maran.
Kini Maran telah jauh berubah daripada sebuah kampung kecil kepada sebuah bandar yang lengkap pasarananya demi masa berlalu.
CIKGU THANI DAN CIKGU BAHARI
CIKGU IDRIS DAN CIKGU SARILAH BERSAMA XMURID MURIDNYA MENGIMBAU JEJAK KENANGAN DI SMKM
CIKGU IDRIS BERKOPIAH PUTIH DAN CIKGU SARILAH BERTUDUNG PINK MASIH AYU JELITA BERSAMA BEKAS PELAJAR PELAJARNYA...CIKGU SARILAH KEKAL CANTIK PERSIS 40 TAHUN LALU.
Kini Maran telah jauh berubah daripada sebuah kampung kecil kepada sebuah bandar yang lengkap pasarananya demi masa berlalu.
CIKGU THANI DAN CIKGU BAHARI
CIKGU IDRIS DAN CIKGU SARILAH BERSAMA XMURID MURIDNYA MENGIMBAU JEJAK KENANGAN DI SMKM
CIKGU IDRIS BERKOPIAH PUTIH DAN CIKGU SARILAH BERTUDUNG PINK MASIH AYU JELITA BERSAMA BEKAS PELAJAR PELAJARNYA...CIKGU SARILAH KEKAL CANTIK PERSIS 40 TAHUN LALU.
waaa..bestnya menjejak kasih..hee..
ReplyDeletesyukur alhamdulillah.
ReplyDeleteTKSH MAS..JEJAK KASIH YG MENGHARUKAN
ReplyDeleteAMIIN TKSH MKL
ReplyDeleteAssalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
ReplyDeleteAlhamdulillah, tentu seronok pertemuan ini. Bayangkan jika bertemu dengan bekas rakan-rakan sekolah pun dah seronok, inikan pula dengan bekas guru-guru yang banyak mencurahkan ilmu dan teladan.
SMKM saya tahu, biasa lalu jika nak ke Temerloh atau Jerantut. Tahun 72 saya belum lahir lagi, masih duduk dalam beras...hehehe
wsalam dik ustaz...tksh doanya.heh..heh.. lambat lahir tengok dunia n masih xjemu duk dlm beras ya
ReplyDeleteAlhamdulillah... mesti cikgu-cikgu terlebih bangga bila dapat tahu anak didiknya berjaya. Dpt baca hasil nukilan anak didiknya. Tambah gembira dpt bertemu lagi bila sama-sama dah dlm kelompak warga emas. Mesti terharu...
ReplyDeleteInsya-Allah kalau ada RU lagi PI bolehlah join sama.
wahhh, bagusnyaa.. mesti lama dah tak jumpa kan..
ReplyDeleteSeronok kalau pergi reunion ni K.PI.
ReplyDeleteJumpa kawan-kawan lama teruja sangat :-)
TKSH KAKZAKIE..XDELH BOLEH DIBANGGAKN SGT DGN BEKAS MURID YG SORNG..SEKADR PENULIS PICIISAN SAJA HEH..HEH..
ReplyDeleteTKSH WAWA..MMG LAMA SGT XJJUMPA
ReplyDeleteYELA MRS A KALAU XBERTEMU BERTEGUR SAPA KAWAN2 SNDRI PUN DHXKENAL..
ReplyDeleteWkmsalam.
ReplyDeleteTahniah dapat berkumpul dalam majlis RU sekolah.
Jasa cikgu tetap kita ingat kan.
TKSH WP BENARTU JASAGURU SENTIASA DIKENANG
ReplyDeleteAlhamdulillah... pasti bnyk nostalgianya ni.. moga Allah sentiasa mmberkati kehidupan semua dgn jalinan silaturrahim ini... aamiin.
ReplyDeleteTKSH DIKKK NOSTALGIA DLM KENANGAN SELALU
ReplyDelete