GRAFIK SIFU TABIR ALAM...
Melejang
akal tuil fikiran,
catatan
kalam mengolah koran;
panjang
sejengkal kail berjoran,
lautan dalam
manalah sampai.
Jawapan
pantun 2
Intan pualam
jaga di peti,
diambil
bekal air zam zam;
lautan dalam
diduga mesti,
kail
sejengkal salir iltizam.
Terkenang manggis
larat di hutan,
harum bunganya
disimpul pejam;
benang menangis
sirat jahitan,
jarumnya tumpul
gunting tak tajam.
Jawapan
pantun 2
Sejuk di
Genting tanah yang tinggi,
balam bergaya
terbang merata;
rajuk gunting
busana tak jadi,
Ala nak balas pantun juga tapi tak pandai haha.
ReplyDeleteSedap ja baca pantun akak ni.
TKSH SYED MINAT JUGA BERPANTUN YA..
ReplyDeletekalau tibanya musim padi
ReplyDeletepakai celana turun menghempas
kalau sudahnya busana tak jadi
pakai sahaja yang tahun lepas
tak pandai pulak nak membalasnya...
ReplyDeleteKesian pulak kalau tak ada baju baru di pagi raya :(
nak berbalas jugak tapi tak sekreatif kak PI^^
ReplyDeleteAdui, tak pandai nak balas.
ReplyDeletepantunnya high class ni.
alamak...xreti laa nk balas balik ;-)
ReplyDeletePantun ni mmg ada santan, ada lemaknya.. tak mampu nak membalas hehee :)
ReplyDelete