SUKA MAKAN JERING? ADA YANG GEMAR DAN ADA YANG TAK PERNAH RASA DAN TAK KENALPUN RUPANYA.
KINI PERMINTAAN TERHADAP JERING AMAT TINGGI KERANA TELAH DISAHKAN PAKAR PERUBATAN BAHAWA JERING ADALAH UBAT ALAM SEMULAJADI MEMBUNUH KENSER....SAKIT KRITIKAL YANG KITA MOHON AGAR DIHINDARI ALLAH.
JERING BERBUAH DI POHON TINGGI YANG BANYAK KEDAPATAN TUMBUH DI DUSUN ATAU HUTAN.
BOLEH DIJADIKAN ULAM ATAU DIMASAK SAMBAL TUMIS DLL JUGA BOLEH DIREBUS DAN DIMAKAN BERSAMA KELAPA...ENAK RASANYA
BUAH JERING
JERING REBUS
SAMBAL JERING
MAKANAN LAMA KESUKAAN ORANG KAMPUNG INI MASIH BOLEH DIDAPATI DIJUAL DI PEKAN-PEKAN YANG BERHAMPIRAN KAMPUNG KAMPUNG TRADISI ANTARANYA TEMERLOH, MARAN, JERANTUT DI PAHANG.
SAMBAL TUMIS JERING
Bahan2 1 piring kecil jering tua (kat pasar tani jual rm2) 8 tangkai cili merah* 15 tangkai cili padi-tak makan pedas kurangkan ya* 1/2 labu bawang besar* 3 ulas bawang putih* bahan2 bertanda * di kisar kasar 1/2 kiub pati ikan bilis 1 piring kecil ikan bilis-anggaran segenggam-cuci bersih ketepikan Minyak Garam 1 sk Gula
Cara
Jering di rebus hingga empuk Dah empuk,angkat dan rendam dengan air biasa sebentar Toskan jering tadi-ketepikan Panaskan minyak Goreng ikan bilis hingga garing Angkat dan ketepikan Dengan lebihan minyak goreng ikan bilis tadi tingalkan anggaran semangkuk kecil Tumis bahan2 bertanda * yang telah di kisar kasar hingga terbit minyak Masukkan garam,kiub ikan bilis dan gula Masukkan ikan bilis goreng dan jering kacau hingga sebati Angkat dan boleh lah di hidangkan.
http://anymz-mykitchen.blogspot.my
Walaupun jering mengandungi protein yang tinggi dan enak dimakan tetapi beringat-ingatlah dalam pengambilan jering sebelum memudaratkan buah pinggang yang memerlukan kos perubatan tinggi. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya lagi….
https://shafiqolbu.wordpress.com/2011/07/17/jering-memudaratkan-buah-pinggang/
Saya suka ulam-ulaman, seperti jering, petai dan kerdas. Walaupun kebanyakkan orang tak berapa suka kerana baunya... tapi bagi yang berasal dari kampung seperti saya ni dah tak jadi hal semua tu. saya suka makan nasi, gulai pucuk paku lemak cili padi berulamkan jering. Sedap PI.
ReplyDeleteErmmm saya tak pandai makan jering, petai, kerdas dan yang satu family dengannya. Kalau mak saya dia suka la hehe.
ReplyDeleteTKSH SWEETIE...MKN NASI BERULAMKAN JERING PETAI KERDASSDP SGT TU WALAU AROMA TNDAS XBGITU MNYENNGKN TAPI TIADA MSLH KALAU RAJIN CUCI BERSIH
ReplyDeleteRumah kampung hubby kakak ada sepokok PI tapi itulah walau sepokok kalau tengah musim boleh berguni bila di kait..
ReplyDeleteKalau ada yg makan kena jaga bilik air ada aroma menggigit hidung haha...
ReplyDeleteWahhh, macam2 boleh buat. rumah mertua wawa ada pokok jering. wawa tak suka makan..
ReplyDeletejering ni lebih kuat baunya dari petai...sambal jering tu pernah makan sekali..
ReplyDeletePC tak pernah makan jering kak..kalau petai ya..bila musim rajin beli..kalau balik kampung ada..lagi seronok..hihi..
ReplyDeletesaya suka makan petai tapi jering tak pernah makan lagi
ReplyDeletesy suka ulam tp jering pilihan terakhir kot hehe
ReplyDeletekalau bagi orang jowo seng iki jenengei Jengkol .. orang kampung saya panggil jering gak tapi saya tak berapa berani makan jering ngan petai sebab tekak asyik kering je kalau lepas makan petai atau jering ni tak tahulah adakah itu memang fenomena biasa atau saya sorang je yang mengalami sebegitu
ReplyDeletejering (jengkol)plus ikan bilis
ReplyDeletesedap nya buat nasi cepat habis
Pedas nya buat mata menangis
ditempat saya banyak, tapi saya tak pernah makan jering, sepertinya lezat ya...
ReplyDeleteTKSH SYED...ORG MUDA LA NI DH XMKN JERING HEH..HEH.
ReplyDeleteSaya tak makan jering..tapi gambar yang kat atas tu nampak sedap
ReplyDeleteWP ada tanam beberapa pokok di kebun,
ReplyDeletejarang2 makan buahnya.
Selalu jual aje sebab harganya dh mahal.