CORETAN PAK ENGKU
SEPANJANG JALAN KENANGAN
Bab 13 - BERHENTI KERJA DAN BALIK KE KAMPUNG
Bermula sejak Pak Hitam menghantar isteri dan anakku balik ke kampung di Kuala Sawah dia sudah berubah sifat. Sudah tidak berapa mesra dengan aku lagi. Ada saja perbuatan dan kerjaku yang tidak berkenan di hatinya. Ada sahaja yang tidak betul padanya. Keadaan rumah tanggaku telah bertambah bergelora dan menjadi buruk. Agaknya atas sebab itulah Pak Hitam Sadin mengambil keputusan untuk memberhentikan aku kerja. Kalau berhenti kerja tentu aku akan terpaksa balik ke kampung semula. Mungkin tujuan Pak Hitam Sadin supaya rumah tanggaku dapat diselamatkan. Tidak terus porak peranda dan menjadi hancur musnah akhirnya.
Pada akhir bulan tersebut aku pun diberhentikan kerja. Aku menerima surat penamatan tugas. Aku juga mendapat sekeping surat penghargaan dari Tuan Pengurus ladang. Hampir dua tahun lamanya aku berkerja di Bhutan Estate itu. Oleh sebab tidak lagi berkerja di situ aku terpaksa keluar dari Bhutan Estate.
Setelah keluar dari Bhutan Estate aku tinggal di Salak pula. Ketika itu aku tiada sebarang pekerjaan. Aku tinggal di Salak kerana terlibat dalam melatih pemuda-pemuda kampung berlakon dan bermain sandiwara. Sebulan lamanya aku tinggal di Salak. Akhirnay fikiranku sudah menjadi tidak aman dan tenteram lagi.
Hatiku sudah mula teringat akan anak-anakku. Anak-anakku yang telah lama aku tinggalkan di kampung. Aku mula merindukan mereka. Tambahan pula di kebelakangan ini Tengku Normah sering dikawal rapi oleh abang-abangnya. Terutama oleh abangnya Tengku Said. Kadang-kadang Tengku Normah dilarikan ke Kampung Sungai Manggis. Di letakkan di rumah emak saudaranya. Kadang-kadang hingga seminggu. Adakalanya sampai dua minggu. Tujuan mereka adalah untuk memisahkan aku dengan Tengku Normah. Supaya Tengku Normah dapat melupakan aku.
Pada suatu pagi aku adakan pertemuan dengan kawan-kawan yang menjadi ahli pasukan sandiwara. Mereka terdiri dari pemain muzik serta para pelakon. Dalam pertemuan itu aku pun berucap….
Pada suatu pagi aku adakan pertemuan dengan kawan-kawan yang menjadi ahli pasukan sandiwara. Mereka terdiri dari pemain muzik serta para pelakon. Dalam pertemuan itu aku pun berucap….
“Tujuan saya memanggil saudara-saudara sekelian pada hari ini bukanlah untuk membincangkan tentang persembahan kita. Hasrat saya adalah untuk mengucapkan selamat tinggal kepada saudara-saudara semua. Kepada Guru Besar dan guru-guru Sekolah Melayu Salak ini saya merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih. Terima kasih kerana telah memberi kepercayaan kepada saya untuk memimpin pasukan bola kampung Salak. Begitu juga atas kepercayaan melantik saya sebagai Pengarah dalam Kumpulan Sandiwara. Semuanya ini telah berjalan hampir setengah tahun. Berbagai kemajuan telah kita capai hasil kerjasama saudara-saudara sekelian. Tanpa kerjasama saudara-saudara sekelian sudah tentu cita-cita kita tidak akan berhasil. Saya ingin memohon ribuan ampun dan maaf kepada saudara-saudara semua. Sudilah kiranya memaafkan saya atas kata-kata yang tidak menyenangkan atau menyinggung perasaan saudara-saudara semasa latihan dijalankan. Semuanya itu terpaksa saya lakukan demi kebaikan saudara-saudara sekelian. Sepeninggalan saya nanti, saya berdoa dan berharap Pasukan Sandiwara ini terus maju di bawah pengawasan penolong saya iaitu Encik Abdullah dan beberapa orang pembantu lagi. Tabahkan hati dan bersatulah untuk satu tujuan murni. Jikalau dipanjang umur disuatu hari nanti saya akan datang balik ke Salak ini Sudah pasti kita akan dapat berjumpa kembali. Salak ini banyak menyimpan kenangan buat diri saya. Mana mungkin saya dengan mudah dapat melupakannya. Ibarat kata pantun:-
Sudah ditutuh baru ditebang,
Buat mari ampaian kain;
Tempat jatuh lagi kukenang,
Inikan pula tempat bermain.
Buat mari ampaian kain;
Tempat jatuh lagi kukenang,
Inikan pula tempat bermain.
Mengakhiri ucapan saya, sekiranya saudara-saudara semua memerlukan sangat-sangat tenaga saya, berilah tahu. Saya akan cuba memenuhi permintaan saudara-saudara.
Sekian dan terima kasih.”
Sekian dan terima kasih.”
Setelah selesai berucap maka ramailah di antara kawan-kawanku yang datang memujukku. Mereka cuba menahan aku supaya tidak balik ke kampung. Ada yang mengajak aku untuk ikut mereka pergi berkerja dengan mereka. Namun semuanya itu aku tolak secara baik. Selepas perjumpaan itu kami pun bersurai.
Seperti biasa pada petang harinya aku telah lalu di hadapan rumah Tengku Normah. Aku ternampak dia sudah ada di rumah. Hati kecilku berkata, “Inilah peluang terakhir untuk aku menulis suarat padanya”.Lalu pada malam hari tersebut kutulislah sepucuk surat kepada Tengku Normah. Suratku berbunyi....
Dindaku Normah yang kucintai,
Berat rasanya lidah kanda untuk berkata. Namun apakan daya. Walaupun hati kanda akan hancur luluh dengan peristiwa ini, kanda harus menerangkan dan memberitahu dinda.
Normah,
Kanda rasa hanya setakat ini sajalah nampaknya kita dapat berjumpa.
Dapat bersua muka dengan dinda. Terasa amat berat kaki kekanda untuk melangkah pergi. Pergi untuk meninggalkan dinda dan kampung kekasih kanda ini. Tetapi apakan daya suratan takdir sudah begini kehendaknya. Puas kanda mencari jalan penyelesaian. Jalan yang terbaik buat kita berdua. Agar kita dapat berkahwin dan hidup bersama. Namun semunya menemui jalan buntu.
Dindaku,
Ketahuilah bahawa ayah, bonda dan saudara lelaki dinda semuanya tetap tidak bersetuju kita berkahwin. Mereka bangga dengan darah keturunan. Dinda berdarah raja sedangkan kanda berdarahkan orang kebanyakan. Pernah kandamu Tengku Said memberitahu kanda pada malam dia menemui kanda. Sewaktu kanda berada di dalam bilik adinda dahulu itu. Walaupun kanda boleh adakan wang hantaran seribu ringgit serba satu masih tidak layak kanda mengahwini dinda. Oleh itu demi untuk menjaga nama baik keluarga dinda, lupakanlah kekanda. Hilangkanlah dan lenyapkanlah segala kenangan dan rasa kasih sayang dinda terhadap kanda itu supaya dinda tidak binasa.

Telah hampir setahun kanda dampingi dinda. Rasa-rasanya tentulah rindu dendam dinda kepada kanda selama ini sudah telah terlerai. Pastinya dinda sudah terhibur. Kanda mengasihi adinda. Namun kanda tidak dapat berbuat lebih daripada itu. Barang-barang dan pakaian kekanda yang ada dalam simpanan dinda itu jadikanlah ianya sebagai teman dimasa kesunyian nanti. Kanda akan pergi membawa diri kanda. Tapi percayalah bahawa hati kanda tetap tinggal di Salak ini.
Ibarat kata pantun-pantun ini:-
Ibarat kata pantun-pantun ini:-
Putik pauh delima batu,
Anak sembilang di tapak tangan;
Kanda kan jauh dari sampingmu,
Hilang di mata di hati jangan.
Anak sembilang di tapak tangan;
Kanda kan jauh dari sampingmu,
Hilang di mata di hati jangan.
Jikalau ada sumur di ladang,
Hari-hari berulang mandi;
Jikalau umur bersama panjang,
Disatu hari berjumpa lagi.
Hari-hari berulang mandi;
Jikalau umur bersama panjang,
Disatu hari berjumpa lagi.
Kalau Normah pergi ke hulu,
Petikkan kanda daun pegaga;
Kalau Normah mat dahulu,
Tunggukan kanda di pintu syurga.
Petikkan kanda daun pegaga;
Kalau Normah mat dahulu,
Tunggukan kanda di pintu syurga.
Dindaku yang amat kucintai,
Esok petang, jam empat, kanda akan bertolak balik ke kampung. Pandanglah kanda dari jauh sebagai pandangan terakhir dan penghabisan. Jika ada ingatan di hati dinda untuk menulis surat kepada kanda lamatkan sahaja surat adinda ke Kuala Sawah, Rantau. Negeri Sembilan.
Kekanda faham bagaimana perasaan yang akan dinda tanggung selepas membaca surat ini. Namun kanda berharap agar dinda berbanyaklah menahan sabar. Semoga hidup dinda selamat.
Sekianlah warkah terakhir dari kanda.
Selamat tinggal kuucapkan buat adinda.

Dari kanda yang malang,
Othman.
Seperti biasa surat ini aku berikan kepada budak yang selalu memberikan surat Tengku Normah kepadaku itu. Aku katakan kepada budak itu, “Tolong berikan surat ini kepada Tengku Normah”. Dia menganggukan kepala dan terus pergi.
Esok harinya, jam empat petang, aku pun lalu di hadapan rumah Tengku Normah. Aku mengayuh basikalku dengan perlahan. Apabila aku menoleh ke arah rumah Tengku Jaafar, aku melihat Tengku Normah, Tengku Wok dan kakaknya yang lain berada di anjung rumah. Tengku Normah menyandarkan kepalanya pada tiang tempat dia selalu menanti aku dulu. Aku dapat melihat keadaan wajahnya yang sayu. Dengan lemah gemalai dia melambai-lambaikan tuala di tangannya sebagai tanda memberi ucapan selamat jalan kepadaku. Aku hanya termampu untuk mengangkat tangan. Tanpa aku sedari air mataku jatuh berderai membasahi pipiku.
Dalam keadaan sebak, hati yang pilu dan air mata yang membasahi pipi, aku terus mengayuh basikalku. Dari Salak aku terus menghala perjalananku ke arah Sepang Road. Dari Sepang Road aku meneruskan perjalananku ke Seremban. Lebih kurang jam 6.00 petang aku pun sampai dan tiba di rumah mertuaku. Hatiku riang dan gembira kerana dapat bertemu kembali dengan anak-anak dan isteriku.
Bersambung ke BAB 14 – MUSIBAH MENIMPA DIRI
Begitu kuat kasih sayang dan pertalian yang halal..
ReplyDeleteBaca je PI... takde nak komen apa-apa.
ReplyDeleteBENAR PC CINTA SEJATI SEBENARNYA TERIKAT DGN PERKAHWINAN.
ReplyDeleteselamat pagi PI..semoga hari ni menjanjikan sesuatu yg indah..
ReplyDeletebanyak dah saya tertinggal ni. nanti nak baca balik
ReplyDeleteTKSH SWEETIE SUDI BACA
ReplyDeletewang hantaran smpi seribu pun masih x layak jg...mmmm...
ReplyDeleteApa kisah seterusnya.
ReplyDeleteAdakah isteri dan anak2 Othman menerima kepulangannya.