CORETAN PAK ENGKU
SEPANJANG JALAN KENANGAN
BAB 16 – BERUBAT DI KAMPUNG.
Setelah dua hari aku berada di rumah ayah dan ibuku, aku pun mulalah diubatkan. Dukun yang mengubatkan aku itu aku panggil Alang Simek. Dia buatkan aku air yang ditawarkan atau yang telah dijampi serapah. Aku berubat selama tiga malam berturut-turut. Ramailah dari kalangan ahli keluarga dan saudara-maraku yang ada bersama menyaksikannya.
Malam ketiga adalah malam yang penghabisan aku berubat. Hendak dijadikan cerita semasa berubat itu terjadilah suatu perkara yang amat mengejutkan semua orang yang ada. Sewaktu Alang Simek sedang menawarkan ubat, api lilin di dalam geluk air telah terpadam. Sebaik terpadam sahaja api lilin itu semua sanak saudara mengalihkan pandangan mereka kepadaku. Biasanya kalau perkara yang sebegini terjadi orang yang berubat itu akan tamatlah riwayatnya. Akan matilah orang yang berubat itu seperti mana mati atau padamnya api lilin itu.
Dalam hatiku mulalah berkata, “Matilah aku kali ini.” Namun tanda-tandanya aku akan mati belum ada nampak dan dapat kurasakan lagi. “Belum akan mati aku lagi. Masih ada lagi hayatku,” bisik hati kecilku.Maka akhirnya tamatlah sudah tiga malam berturut-turut aku berubat dengan Alang Simek. Selepas berubat aku terus TINGGAL menetap di rumah ayah dan ibuku. Ini disebabkan kaki aku masih belum sembuh lagi. Aku masih tidak boleh berjalan. Masih tidak nampak tanda-tanda akan sembuh. Hari-hari aku hanya terbaring di atas katil.
Sewaktu aku tinggal berubat di rumah ayah ibuku itu isteriku telah melahirkan anak kami yang keempat. Aku namakan dia Mohd Nor. Setelah isteriku sihat dari bersalin itu dia pun datanglah melihat aku. Isteriku datang dengan membawa bersama anak-anak kami Shaari dan Ramlah. Pada masa itu Ramlah sudah berumur tiga tahun. Apabila terlihat akan isteri dan anak-anakku tiba-tiba kelopak mataku digenangi air. Aku menangis. Namun apalah yang hendak kukatakan lagi. Nasi sudah menjadi bubur!
Walaupun sudah selesai berubat, aku masih tetap tinggal di rumah ayahku. Aku masih lagi di dalam pantang berubat. Semasa aku tinggal berubat dan dalam pantang itu, pada suatu hari terjadilah pertengkaran. Pertengkaran di antara ayahku dan menantunya Zainal. Ayahku telah naik radang dengan menantunya Zainal. Zainal ini adalah adik iparku. Suami kepada adik bongsuku yang bernama Kalthum. Kisah bermula apabila Zainal bertengkar dengan adikku. Semasa bertengkar itu dia telah menyepak air susu yang telah dibuat oleh adikku untuk minuman ayahku. Ayahku nampak akan perbuatan Zainal itu. Itulah yang menyebabkan dia menjadi marah sangat. Dengan perasaan marahnya ayahku berkata kepada iparku,”Aku tembak kau nanti.”
Mendengarkan kata-kata ayahku itu, iparku pun terus turun dan keluar dari rumah. Aku menjerit sambil berkata, “Sudahlah abah!” “Saya masih dalam pantang. Sedangkan pantangnya abah sendiri yang pegang.”
Apabila ayahku mendengar akan kataku itu, dia pun diamlah. Tetapi selepas 10 minit masa berlalu perkara aneh berlaku. Kakiku serta-merta menjadi sakit semula. Darah mulai keluar dari luka di betisku itu. Ayahku tergesa-gesa membakar kemeyan. Kebetulan ayahku juga adalah seorang dukun. Setelah dijampikan darah yang keluar dari betisku itu pun berhentilah.
Apabila ayahku mendengar akan kataku itu, dia pun diamlah. Tetapi selepas 10 minit masa berlalu perkara aneh berlaku. Kakiku serta-merta menjadi sakit semula. Darah mulai keluar dari luka di betisku itu. Ayahku tergesa-gesa membakar kemeyan. Kebetulan ayahku juga adalah seorang dukun. Setelah dijampikan darah yang keluar dari betisku itu pun berhentilah.
Setelah sebulan aku berada di Bukit Jelutung, tinggal di rumah ayah dan ibuku, kakiku pun mulalah beransur pulih. Darah sudah tidak lagi keluar dari luka di betis kakiku. Bermula dari itu ayahku telah menyuruh aku berlatih untuk berjalan semula. Dia suruh aku berlatih pada waktu pagi-pagi lagi supaya kakiku dapat dipijakkan. Sayangnya kakiku yang tercedera itu telah menjadi pendek. Hanya hujung jarinya sahaja yang dapat dijejakan.
Setiap hari, seawal subuh lagi ayahku sudah mengejutkan aku supaya bangun dari tidur. Aku pun mulalah berlatih berjalan dengan perlahan-lahan. Mula-mula berlatih aku berpegang pada dinding rumah. Akhirnya dengan usaha dan latihan berterusan, dapatlah aku berjalan semula. Pada permulaannya aku terpaksa berjalan dengan menggunakan tongkat. Kakiku sudah lagi tidak dapat dipijakkan dengan betul. Hanya bahagian hadapan tapak kakiku yang boleh dipijakkan. Bahagian di hujung jarinya sahaja. Ini adalah disebabkan urat di bahagian betisku telah putus dan sudah terlalu lama terbiar. Tambah pula urat tersebut tidak dapat diurut. Setelah aku dapat berjalan semula, ayahku telah menyuruh aku balik ke Kuala Sawah. Pada suatu petang baliklah aku ke rumah mertuaku. Aku pulang dengan keadaan kakiku yang telah tempang.
Aku tinggal bersama kedua-dua mertuaku di Kuala Sawah lebih dari satu tahun. Pada suatu hari telah berlaku perselisihan faham antara aku dan ibu mertuaku. Ibu mertuaku telah memarahi aku di hadapan kawan-kawanku. Waktu itu aku dan kawan-kawanku sedang bermain judi pakau. Perkara ini aku rasakan tidak seharusnya berlaku. Tidaklah patut ibu mertuaku memarahi aku di hadapan kawan-kawanku. Memarahi aku di hadapan orang ramai. Aku terasa amat malu.
Sebaik balik dan sampai di rumah aku memberitahu isteriku akan peristiwa itu. Aku nekad membuat keputusan untuk balik ke rumah orang tuaku di Bukit Jelutung. Aku ingin keluar dari rumah mertuaku pada malam itu juga. Namun isteriku telah tidak membenarkannya. Terpaksalah aku bermalam di rumah mertuaku itu sementara menantikan hari siang.
Esok hari harinya ketika kedua-dua mertuaku telah keluar pergi menoreh getah aku pun bersiap-siaplah. Aku membungkus pakaianku untuk dibawa balik ke Bukit Jelutung. Sebelumnya itu isteriku telah menyediakan minuman untukku. Setiap siap aku pun mencium ketiga-tiga anakku. Kelihatan olehku isteriku sedang menangis. Kakak ipar, sepupu kepada isteriku juga turut menangis. Dia berkata,”Sampai hati kau tinggalkan anak-anak kau Man?”
“Apa boleh buat,” jawabku. “Bila mereka besar nanti pandailah mereka semua mencari ayahnya,” sambungku.
“Apa boleh buat,” jawabku. “Bila mereka besar nanti pandailah mereka semua mencari ayahnya,” sambungku.
Selepas itu aku pun bertolaklah balik ke rumah ayahku. Aku mengayuh basikalku balik ke Bukit Jelutung. Sampai di Bukit Jelutung aku telah menumpang tinggal di rumah Kak Tehku. Setelah sebulan aku tinggal di rumah Kak Tehku isteriku telah datang untuk menjemput aku pulang. Aku tetap berkeras hati tidak mahu balik. Lalu aku bekata,”Kalau kau sayangkan aku bawalah anak-anak kita ke mari.”
Tiga hari kemudiannya isteriku telah datang bersama anak-anakku. Anak-anakku iaitu Shaari, Ramlah dan Mohd Nor. Ku peluk ciumlah akan kesemua anak-anakku itu dengan linangan air mata. Setelah hari petang barulah mereka balik semula ke Kuala Sawah. Setelah sebulan lebih aku tingal di rumah Kak Tehku di Bukit Jelutung, aku berpindah pula tinggal dengan Mak Ngahku. Dia adalah kaka kepada ayahku. Dan tidak lama selepas itu aku berpindah lagi. Kali ini aku berpindah ke rumah kedai ayahku di Batu 7, Kampung Belangkan. Rumah ini terletak di dalam kebun getah. Ianya berhampiran dengan rumah emak saudaraku Rahmah. Hampir tiga bulan aku tinggal di rumah itu.
Bersambung ke BAB 17 – MALANG MENIMPA LAGI
Kesian anak-anak dan isterinya..
ReplyDeleteTKSH PC KISAH YG DITULISKAN UTK DIJADIKAN TELADAN TU
DeleteAssalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
ReplyDeleteKembali menyambung bacaan manuskrip lama pak engku.
"Ikut kebiasaan lilin padam yang berubat pun padam, tetapi ajal maut di tangan Tuhan".
Semakin menarik kisah ini!
kesian gak anak dan isteri tu
ReplyDeletemmg patut laa kena mrh...yg gi sepak air tu watpe? eeee
ReplyDeleteTKSH ANIES..YELAH TU KAN
Deletekalau dah kawen, baik laa duduk asing dengan family..
ReplyDeleteyg ni citer novel ke? baru join nk baca hehe..
ReplyDeleteKecoh betul kerukunan rumahtangga. Dgn keluarga mertualah, dgn iparlah, macam sesak pulak kakak rasa. Tapi yg kesian jadi isteri kepada anak-anak yg kena tinggal selalu akibat tak ngam dgn mertua.
ReplyDeleteDulu kurang pendedahan agama kan.. main judi macam perkara biasa.
Macam menarik kisah ni kak. tapi saya baru mula baca bab yang ni hehe.
ReplyDeleteWSALAM TKSH USTAZ DOANYA...MSKRIP LAMA KISAH TOKNENEK KITA DULU TU..WARIS KELUARGA PAK ENGKU.
ReplyDeleteTKSH HANA...YA KISAH LAMA UTK JADI TELADAN
ReplyDeleteTKSH EIN YA BETUL TU
ReplyDeleteTKSH KAKZAKIE PENGETAHUAN AGAMA MMG ADA MUNGKIN XSEMAJU KINI...KITA NI KDG LBH MAJU DARI ORG LAIN DLM ASPEK LAIN.
ReplyDeleteYA MSKRIP LAMA YG MMENARIK NI SYED..TKSH
ReplyDeleteTKSH MKL
ReplyDeleteTKSH ANNA..BUKAN NOVEL CUMA CATATAN SEORANG PENULIS LAMA
ReplyDeleteFollow cerita ni..tapi tak boleh nak komen sbb guna HP.
ReplyDeleteKesian kat anak dan isteri dia. Asyik kena tinggal :(
TKSH FIDAH SUDIFOLLOW..XKOMEN PUNXPA BLOG KAK NIXMESRA HP XRETI NK UBAH CAMANA
ReplyDeleteSi Othman ni macam takde rasa tanggungjawab terhadap isteri dan anak2nya.
ReplyDeleteTKSH..WP...KISAH ORG MUDA DGN WATAKNYA TU.
ReplyDelete