ASSALAMUALAIKUM..
pic fauziah samad dan suaminya.
Datuk Shaari amat
gelisah sebab sudah berkali-kali dia cuba hubungi Sarina dengan telefon
bimbitnya.
“Ish…kenapalah
susah sangat nak dapat kontek budak ni. Naik penat tangan aku menekan nombor
tidak juga dapat-dapat.”
Amin baru saja
tiba di pejabat. Dia tidak membuang masa lantas memasuki bilik bosnya
mempamerkan sengih girangnya. Datuk Shaari segera menerjahnya dengan tempelakan
sebaik saja terlihat wajah lelaki itu.
“Berapa kali aku
dah cakap pada kau...bila aku di rumah jangan telefon. Nasib baik Datin tidak
syak apa-apa.”
“Saya tu takut
Datuk bosan duduk di rumah. Atau Datuk nak keluar tapi tak lepas. Itu je niat
saya. Niat yang baik lagi suci bersih.” Balas khadam yang setia dengan tuannya
itu dengan wajah monyok kerana pagi-pagi lagi sudah disergah, diherdik.
“Banyaklah kau
punya niat suci bersih. Aku tu kalau nak keluar Datin tak pernah halangpun.”
“Habis kalau dah
gitu yang Datuk mengamuk pagi-pagi marah saya ni kenapa? Ini mesti sebab
rindukan Anita sangat-sangat ni.” Datuk Shaari tersenyum sedikit. Ocehan Amin
itu memang ada benarnya. Dia terdiam. Tidak menyangkalnya.
“La...baru aku
teringat. Di pulau tu tidak reception
untuk handphone. Buang masa saja aku
penat menekan nombor Anita dan Sarina.” Wajah Shaari kelat. Menyesali
kebodohannya melakukan kesilapan. Membuang masa dan sia-sia.
“Apa susah Datuk, call je resort Datuk tu.”
“Malaslah aku..”
dia terdiam dan berfikir sejenak. Segera terdongak menentang wajah Amin dengan
tujahan pertanyaan.
“Apa nombornya
resort tu ya…?”
“Hai nombor resort sendiri pun dah lupa?”
Bidas Amin dengan sengih sinisnya.
“Oh…ada...ada.”
dia menekan butang memori telefon bimbitnya. Dan terus membuat panggilan.
* * *
Rizal sedang
berjalan-jalan di lobi RSJ. Dia bersendirian. Fareez sudah keluar mengawasi
petugas-petugas resort di setiap tempat tugasan. Langkah Fareez membawanya
hingga ke lokasi penggambaran. Dia mengajak Rizal turut bersamanya tetapi Rizal
menolaknya.
Rizal menapak kearah resepsionis yang sedang
menjawab panggilan. Dia membelek-belek catalog resort yang tersusun di atas
meja.
“Ya...Resort Sri
Jelapang.”
(Pause)
“Hendak bercakap
dengan Anita? Dia dah pergi shooting.”
(Pause)
“Cik Sarina pun
sama juga. Ada apa-apa pesan?”
(Pause)
“Baik Encik
Shaari. Saya akan suruh sesaorang hantar mesej ni segera.” Rizal tersentak
mendengar nama ‘Shaari’ itu. Wajah ayahnya jelas terawang-awang di mata.
Gadis resepsionis
menulis sesuatu di atas kertas. Matanya meliar mencari ‘bell boy’ yang akan
membawa pesanan yang ditulisnya.
“Awak cari siapa?”
Tanya Rizal, melangkah mendekati gadis itu.
“Bell boy Encik
Fareez. Nak suruh hantar pesanan ni” gadis resepsionis melepaskan keluhan berat
kerana tidak menemui ‘bell boy’ pada pandangannya.
“Dia orang shooting di mana?”
“Kata Encik Johan
tadi, di tepi pantai.”
“Baiklah. Biar
saya yang hantar” Rizal menerima nota pesanan yang dihulurkan gadis itu
kepadanya, dia tunduk menatapnya.
“Shaari yang mana
ni?” tanyanya ingin mempastikan kebenaran jangkaannya.
“Dia kata Encik
Shaari saja. Tapi saya tahu itu suara Datuk Shaari. Saya kenal suara dia. Lagi
pun dia selalu ke sini.” Rizal terpana. Seketika dia kembali ke dalam diri
normalnya. Meneroka alam sedar.
“Okaylah biar saya
hantar pesanan ni sekarang. Kalau dia telefon lagi sambungkan panggilan tu ke
pejabat Encik Rizal ya…”
* * *
Fareez memerhati
adegan drama yang sedang dijalankan penggambarannya itu. Dia begitu asyik sekali.
Ada sesuatu yang menyentuh bahunya membuatkan keasyikan itu hilang tiba-tiba.
Dia pantas menoleh ke sisinya. Wajah itu merenungnya tajam. Dia kekagetan.
Kemunculan lelaki itu di sisinya mengundang banyak tandatanya akan
sebab-musababnya.
“Eh…tadi aku ajak
kau keluar jalan-jalan dan tengok orang
shooting kau tak nak?”
“Ni hah… bagi pada
Anita.” Sehelai kertas yang ditulis resepsionis diberi kepada Fareez. Dia
melihatnya sekali imbas.
“Mesej? Dari
Siapa?” pertanyaan yang mendatangkan rusuh yang menyerabuti minda pembawa
pesanan.
“Buah hati
dia...orang tua aku..,.” lirih suaranya mendatar. Fareez terkejut. Wajah
temannya itu ditatap penuh simpati. Sukar hendak dipercayainya. Tapi itulah
kenyataan yang diyakininya setakat ini.
“Kau yang ambil
mesej ni tadi?”
“Bukan
aku…resepsionis.”
“Kalau dah tahu
ayah kau, kenapa tak dikoyak saja mesej ni,” anjur Fareez sebagai penyelesai
masalah yang mudah. Saranannya itu tidak mendapat respon seperti yang
difikirkannya.
“Jangan Fareez.
Biarkan dulu. Aku nak tengok sejauh mana hebatnya Anita ni pikat ayah aku.”
“Aku perhatikan dia dari tadi, betul kata
Sarina…berlagak satu macam.” Komen Fareez berasaskan pandangan yang jelas di
matanya tambah menyakitkan hatinya.
“Dia orang tu
harap muka saja lawa. Otak kosong. Biarlah aku balik ke opis dulu. Lagi lama
aku di sini tengok muka dia bertambah serabut kepala otak aku.” Dia bergegas
pulang membawa dongkol hatinya tanpa menoleh melihat aksi-aksi yang sedang
didramakan. Manakala Johan selaku pengarahnya asyik memekik cut…cut...
Yang
dibayangkannya hanya kesedihan hati mamanya yang terluka kerana suami
kesayangannya sedang memburu gadis lain untuk menggantikannya. Hatinya sayu
sekali mengenangkan itu. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu keaadaan itu berlaku.
Dia akan berusaha mencari penyelesaiannya demi mama yang amat dikasihinya.
Kann..anak nya dah tau si bapa nya syok kat pompuan lain..
ReplyDeleteSayang tak baca dari awal.. ada masa nak baca juga ni.. :)
ReplyDelete