ASSALAMUALAIKUM..
Vanda merah cataleya jingga
butterfly ungu dendrobium kuning
hilang gundah ceria bangga
menatap wajahmu terusir runsing
Cataleya harum mewangi
mengundang serangga mengerumuni
andai cahaya menerangi
tambah lesu diserangi
Anggeriku ini banyak jenisnya
pengubat duka penghapus lara
warnawarninya terapi minda
anugerah Allah maha Pencipta
Anggerikku ini rajin berbunga
menemaniku mengusapi luka
alpa segala sentiasa leka
mengurusinya sangat suka
selalu terbaca nama bunga cataleya kat blog ni.. setaip kali dgr nama tu, teringat filem "colombiana" pasal seorang watak utama yg bernama cataleya, sempena nama bunga ni..
ReplyDeletecataleya nama yg cantik tu...tq pha is.
Deletewowwww!!!! kalau JM mmg x mampu nk berfantun mcm nih
ReplyDeleteheh..heh..suka nikmati karya pantun pun ok JM...tq
Deletesaya pun tak reti nak pantun lah pasal orkid segala ni wlaaupun adi rumah adalah sikit2 orkid heee
ReplyDeleteberpantun menyukakan hati...tq noor.
DeleteBerbagai spesis bermacam warna
ReplyDeleteAnggerik hutan ataupun desa
Makin dipandang makin terpesona
Ciptaan Allah yang maha kuasa
format seloka ni fidah...indah sekali...tq
ReplyDeleteSungguh orkid sangat menggoda mata..
ReplyDeleteya kak zakie...tq
ReplyDeleteWahh best.. puitis. Pasti inspirasi hadir pabila memandang anggerik ni.. :)
ReplyDeleteheh..heh..tq khir khalid..insyaAllah tu.
ReplyDeletepantun, oekid dan kak paridah mmg x boleh dipisahkan ;-)
ReplyDeleteheh..heh...yela tu..tq anies.
ReplyDelete