Majmin melangkah
pantas untuk menyambut telefon yang berdering. Mak Kiah sedang sibuk di dapur
menyediakan hidangan tengah hari. Dia tidak bermaksud hendak mengganggu
kerja-kerja Mak Kiah dengan membiarkan pembantu rumahnya terkocoh-kocoh
mendapatkan telefon dan menjawabnya selazimnya.
“Rizal ya. Macam
mana anak mama ni sihat?” Suara yang kedengaran di hujung talian itu amat
menggembirakannya. Meski jauh dan sayup bunyinya tetapi jelas pada deria
dengarnya.
“Sihat… mama
jangan risau, Rizal tenang dan aman di sini. Rizal doakan mama dan ayahpun
sihat juga.” Lirih suara Rizal yang menyentuh gegendang telinga mamanya.
“Rizal…mama minta
maaf banyak-banyak. Mama terpaksa beritahu ayah, Rizal ke RSJ. Kalau Rizal
hendak marah mama, Rizal marahlah. Mama sudah tersepit. Ada ke ayah Rizal
sanggup tidak keluar malam semata-mata hendak tunggu Rizal balik. Mama kesian
melihat dia tertunggu-tunggu Rizal balik. Terpaksalah mama ceritakan. Apa yang
sebenarnya.”
“Takkan Rizal
hendak marah mama pulak. Satu hari nanti ayah akan tahu juga kan. Jangan ayah
datang heret Rizal balik ke sana sudah…”
“Pandai-pandailah
Rizal cari alasan kalau ayah ke sana ye.” Balas mama yang sangat prihatin
terhadap masalah yang melengkungi anaknya itu.
Rizal seperti
hendak mengangguk seolahnya dia sedang bercakap secara berhadapan dengan
mamanya. Dia merasakan mamanya itu amat dekat di hatinya sehingga terbawa-bawa
dengan kebiasaan yang tidak patut dilakukannya.
“Mama, Rizal di
sini bukan seorang diri tetapi bersama Fareez.”
“Aaa… kau bawa
perempuan? Anak bertuah ni!” Majmin terkejut. Nada suaranya tinggi. Mungkin dia
menyangka nama Fareez itu adalah singkatan kepada nama Fareezah seorang kenalan
perempuan anaknya.
“Eh…tengok kakilah
mama. Anak mama ni orang solih. Orang baik-baik. Ketepikan sangkaan buruk mama
tu. Nama kawan tu Mohamad Fareez. Tapi mama...di sini Rizal suruh dia menyamar
jadi Rizal. Rizal anak Datuk Shaari. Dan Rizal pula menjadi Fareez.” Majmin
terkesima. Apa yang didengarinya tidak langsung terduga.
“Kenapa? Jangan terlalu mempercayai orang
lain Rizal. Di dalam dunia sekarang ni manusia sentiasa mencari peluang
memanafaatkan kelemahan orang lain, untuk kepentingan diri mereka.” balas
mamanya mengingatkannya tentang serba sedikit resam dunia yang langsung tidak
mustahil untuk dipercayai.
“Mama jangan
risau, Rizal tau apa yang Rizal buat. Kan Rizal ni anak mama.” Hati mamanya
yang kerusuhan seupaya daya ditenangkannya. Mamanya itu sentiasa mengambil
berat terhadap apa yang dilakukannya.
“Apa pun hati-hati
ya Rizal. Selama ni pun mama tidak pernah dengar Rizal sebut nama dia.” Mamanya
itu mengingatkannya lagi dan keraguannya kerana tindakan anaknya itu masih
belum sirna. Dia tidak mahu anaknya ditimpa malang kerana kesilapan yang
dibuatnya.
“Pertemuan kami
memang tidak terduga. Nantilah bila mama berpeluang ke sini, Rizal akan
kenalkan mama dengan Fareez. Mama mesti sukakan dia. Dia sangat memahami Rizal.
Dan seorang yang jujur dan boleh dipercayai.”
Perbualan antara
ibu dan anak itu tentu saja melenyapkan kerinduan yang bergayut di hati
kedua-dua anak beranak itu. Majmin meletakan gagang telefon ke tampuknya dengan
senyum puas. Dia yakin sangat anaknya itu berhagia, selamat sejahtera nun di
pulau sana.
Hatinya mula
berkira-kira untuk menemui anak yang sangat disayanginya itu.
*
* *
Semua sedang
bersiap sedia untuk menaiki beberapa jenis pengangkutan yang akan membawa kru
penerbitan drama dan juga dramatis yang terlibat. Dua buah van disediakan untuk
mengisi kelengkapan penggambaran dan berbagai-bagai prop yang akan digunakan
nanti. Sebuah van pula untuk dinaiki beberapa orang artis lelaki dan perempuan.
“Dengar sini
semua. Tidak payah bawa telefon bimbit, sebab di pulau tu tidak ada servis.”
Ujar Johan sinis. Terdengar bunyi rungutan yang berdengung laksana bunyi ‘baung
di bawah bangkar’. Tidak jelas butiran ayatnya tetapi tentulah memprotes arahan
itu.
“Kau dengar tu
Sarina. Padan muka kau. Kan aku sudah cakap tidak usah bawa handset tapi kau degil. Janji hendak
offkan masa shooting konon. Aku rasa abang Johan mesti perli kau.”
“Pedulikanlah dia.
Malas aku nak layan. Aku bawa handset untuk kemudahan kita juga bila terdesak.
Kekadang tu kalau tidak dapat servis satu kawasan, kita pusing tempat lain
boleh dapat tau. Manalah tahu kalau nasib baik kan…” Sarina masih tidak mahu
mengalah malah memberikan pula tip yang pernah digunakan orang lain selama ini.
“Jangan kau
pusing-pusing satu pulau cari line
sampai pening dan Johan melenting kerana kau ponteng shooting sudahlah..” balas Anita dengan gurau usikannya.
Pernah di dalam
sebuah akhbar arus perdana memaparkan tragedi ngeri seorang isteri di kawasan
pedalaman Kelantan, yang asyik berpusing mengitari kawasan mencari line untuk
menghubungi suaminya dilanggar keretapi yang bergerak laju kerana tidak
menyedari langkah isteri malang itu membawanya menghala bahaya.
Kasihan sungguh.
Anita menggelengkan kepalanya. Beristigfar pula. Hanya Dia yang Maha tahu
setiap rahsia kejadiannya. Mudah-mudahan kejadian yang menimpa isteri yang
malang tidak berulang kepada Sarina pula. Tetapi di Pulau itu tentu tidak ada
rel keretapi dan Sarina akan terlepas dari musibahnya. ‘Menyusahkan diri saja
berfikir yang bukan-bukan’ getusnya.
“Kau ni memang
tidak sayang mulut. Bercakap sesedap rasa je...Eh jomlah dia orang sudah naik
van tu.” Sarina sudah melangkah menghampiri van dan menaikinya. Anita masih
berdiri di situ kerana membalas sapaan sesaorang.
“Anita jom naik
kereta saya…” Ajak Johan yang memandu Proton Waja dan menghentikannya di sisi
Anita. Ketika itu Sarina yang sudah mengisi perut van melambai-lambai ke arah
Anita.
“Tak apalah abang Johan. Saya naik van saja
dengan Sarina. Nanti apa pula kata kawan-kawan yang lain sedangkan mereka
bersesak-sesak di dalam van. Saya pula berselesa dalam kereta abang Johan.”
Johan angguk mendengar alasan gadis itu. Keretanya bergerak semula di lebuh
raya hala ke timur semenanjung Malaysia.
Van yang dinaiki
Sarina dan Anita dan beberapa orang lagi artis drama mengikuti di belakangnya.
* *
*
Datuk Shaari
mundar-mandir di dalam pejabatnya. Jiwanya tidak tenang dan sugul kegelisahan.
Dia merasa sebal sungguh kerana tidak dapat ke pulau bersama Anita
“Ish...susah
ni...susah ni…susah…susah!”
“Sabar Datuk
sabar. Datuk ni kenapa? Sejak Datuk berkenalan dengan Anita, Datuk ni sudah
jauh berubah. Datuk tidak lagi ceria dan tidak seperti dulu, sentiasa meminta
saya mengenalkan artis cantik lepas seorang ke seorang. Sejak bertemu Anita
Datuk terus ubah sikap. Tidak lagi keluar malam macam selalu. Tidak lagi mahu
berkenalan dengan artis cantik yang lain. Kenapa ni Datuk? Agaknya Datuk ni
sedang angau dilamun cinta kut.”
“Ah…sudahlah
kau...jangan hendak merapu. Apa yang ada di dalam hati aku ni kau mana tahu.
Jikalau aku hendak jatuh cinta dengan Anita pun bukan ada salahnya. Hati aku
hak aku. Aku punya pasallah.” Dia memerhati sekilas pada keadaan mejanya yang
berselerak dengan dokumen yang perlukan penelitiannya. Sudah ditanganinya semua
itu. Dia tidak mengambil mudah soal yang bersangkutan dengan bisnis dan periuk
nasinya walaupun hatinya melayang-layang dibuai perasaan.
“Ye lah tu hati
Datuk memang hak Datuk. Tapi yang susahnya saya yang pening kepala tengok Datuk
mundar-mandir macam ‘induk kucing hilang anak’”Bidas Amin di perkuat dengan
pepatah yang sering disebut ibunya menegur perangainya yang kadangkala
mengelirukan gemulah ibunya menafsirnya.
“Habis kalau kau
susah, pening kepala tengok keadaan aku, kau tolonglah aku.” Lirih suaranya
memohon bantuan dari seorang yang seringkali diherdiknya itu.
“Baik saya akan
tolong, Datuk bawa bersabar dulu. Mesti ada jalan ni...”
“Ada jalan taik
minyak kau!..susah…susah…ish.” sergahnya. Hatinya masih membara tidak keruan.
Yang dimarah tentulah kepada anaknya kerana telah mengendalakan hajatnya hendak
ke RSJ, tetapi Amin yang menerima tempelakannya.
“Datuk bawa je
saya pergi sana. Tahulah saya uruskannya.” Shaari langsung tidak memperdulikan
cadangan Amin itu. Tangannya dibawa ke kepalanya. Dia menunduk ke lantai.
Matanya dipejam. Seolah menanti kunjungan ilham.
“Mmm…mm
…susah…susah.. .hendak kena cari jalan bawa anak aku balik ke sini. Kalau tidak
susah aku.” Rungutnya berterusan mengulangi keputusan yang telah disepakati
mindanya.
Yang di atas itu fotonya kak paridah ya :)
ReplyDeleteheh..heh..bukanlh susi..itu foto artis Msia fauziah samad n noorkumalasari.
ReplyDeleteDah tk cam saya dengan norkumalasari. Masih cantik dia.
ReplyDeleteyeke..masih cantik orgnya tu fidah..tq
ReplyDeleteMenyampah betul kakak dgn si Amin ni.
ReplyDeleteKalau mengampu datuk bukan main dia..
Tunggulah kalau tak kena tempelak Rizal.
HEH..HEH..AMIN DGN PERANANNYA MENYUKAKN HATI DATUK..TQ KAKZAKIE.
ReplyDelete