KUALA LUMPUR 27 Mei - Kumpulan Wasiat dari Felda Ulu Jempol, Jengka Pahang dinobatkan sebagai juara Battle of the Band Felda sempena Fiesta 75 Tahun Utusan di Putrajaya semalam.
Kejayaan itu membolehkan kumpulan berkenaan membawa pulang wang RM3,000 serta trofi.
Tempat kedua dimenangi kumpulan Rastali dari Felda Bukit Senggeh, Jasin, Melaka dan ketiga kumpulan Mayang Sari dari Felda Raja Alias 1, Jempol, Negeri Sembilan.
Kedua-dua kumpulan berkenaan menerima hadiah wang tunai RM2,000 dan RM1,500 beserta trofi.
Battle of The Band Felda merupakan sebahagian acara Festival Muzik Urban .com yang diadakan sempena Fiesta 75 Tahun Utusan pada 24 hingga 26 Mei lalu.
Sebanyak 11 kumpulan muzik mewakili kawasan penempatan Felda seluruh negara menyertai pertandingan tersebut yang diadili oleh pemuzik terkenal seperti Man Kidal, Andy Flop Poppy dan Tom.
Vokalis Wasiat, Mohd. Zaki Muhammad Zin, 29, berkata, kemenangan itu amat mengejutkan kerana saingan daripada band lain sangat hebat.
"Tambahan pula kami baru sahaja bergabung membentuk kumpulan ini khusus untuk menyertai Battle of The Band ini," katanya kepada Utusan Malaysia semalam.
Sementara itu, bagi pertandingan Mega Online Game Challenge pula, juara disandang pasukan COD4 yang membawa pulang wang RM3,000, diikuti pasukan Prof di tempat kedua dengan hadiah wang RM2,000.
Tempat ketiga dengan hadiah wang RM1,500 pula diraih oleh pasukan Maximum.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130528/dn_17/Band-Felda-Ulu-Jempol-juara#ixzz2UXSqiXMV
© Utusan Melayu (M) Bhd
BANGGA MEMBACA BERITA KEJAYAAN KAMPUNG SENDIRI DI DADA AKHBAR UTUSAN MALAYSIA HARI INI. BERITA TENTANG BAND MUSIK YANG MENJADI JUARA BATTLE OF THE BAND FIESTA 75 TAHUN UTUSAN.
MENURUT PENYANYI UTAMANYA BAND INI BARU SAJA DIBENTUK. TAPI PADA ZAMANKU AKHIR 70-AN DAN AWAL 80-AN BAND MUSIK FELDA ULU JEMPOL MEMANG TELAH AKTIF DI BAWAH PIMPINAN AHMAD HITAM. SERING MENGADAKAN PERSEMBAHAN DI MERATA FELDA BERDEKATAN.
MUNGKIN AHMAD HITAM DAN KAWAN-KAWAN PEMUSIK BAND FELDA ULU JEMPOL YANG DULU TELAH MENINGGALKAN KESUKAAN ZAMAN MUDA BELIA ITU KERANA MASING-MASING TELAH BERGELAR HAJI.
WALAUPUN BAND FELDA ULU JEMPOL HARI INI BUKAN KESINAMBUNGAN BAND MUSIK YANG DULU TAPI ASASNYA TENTULAH DIMULAKAN OLEH ANAK-ANAK PENEROKA GENERASI KEDUA. DAN GENERASI KEDUA TELAH MELAHIRKAN GENERASI KETIGA YANG KEJAYAAN MEREKA MEMBANGGAKAN KAMPUNG HALAMAN MEREKA.
MENGAPA AKU TERTARIK UNTUK MENULIS TENTANG HOBI ORANG MUDA KINI SEDANGKAN MASA ITU ADALAH SILAMKU. TENTULAH KERANA MEMORIKU MENGIMBAU CERITA SEORANG PENYANYI YANG TIDAK BERBAKAT SEBAGAI PENYANYI TAPI DENGAN BANGGANYA MENYANYI UNTUK BAND ULU JEMPOL AWAL 80-AN DULU....MALU PULA NAK MENGAKU AKULAH TU...MENGENANGKANNYA HATI MENGATAKAN ITU ADALAH KESILAPAN YANG TAK AKAN BERULANG,
wah..mmg tumpang bangga kak..dpt menang tu.. selmat hari guru jg pd semua guru2..
ReplyDeleteyela atie tumpang bangga dgn kejayaan anak2 kampung sendiri...tq atie.
ReplyDeleteSelamat ya untuk para pemenang :)
ReplyDeleteHEH..HEH..CERITA LAMA TU...TQ DIK BUDI PURNOMO.
ReplyDeleteLama tak dengar perkataan Battle of the band tu.. menarik ni.. tahniah buat kumpulan Wasiat.. :)
ReplyDeleteTQ KHIR KHALID...BAKAT ANAK2 DESA FELDA TU...
DeleteOoo vocalis band rock kapak la ni dulu ek...steadyla...heee
ReplyDeleteHEH..HEH..MALU PULA...TQ SHAM.
ReplyDeleteWah....berbakat rupanya Kak Paridah..
ReplyDeleteMesti suara best ni..
p/s : OTAI masih berbisa
HEH..HEH..XDELAH FIDAH..TIKA MUDA SEMUA PENGALAMAN DIRASA SEKEJAP SAJA MASANYA TU..TQ FIDAH.
ReplyDeletewahhh tahniahhhh!!!
ReplyDelete