Wednesday 12 March 2014

PENUMPANG HANTU BUKAN PENGGANAS...

ASSALAMUALAIKUM...



Missing MH370

MH370 - PENUMPANG 'HANTU' BUKAN PENGGANAS


Sepang: Polis sudah mengenal pasti seorang daripada dua individu yang menggunakanpassport palsu untuk menaiki pesawat MH370.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, individu itu dikenali sebagai Pouria Nur Mohamad Mehdrad, 19, dipercayai warga Iran yang ingin berhijrah ke German.


Lelaki itu menggunakan pasport warga Austria yang dilapor hilang di Thailand oleh pemilik sebenar, sebelum ini.

Menurutnya, berdasarkan siasatan yang dilakukan terhadap individu terbabit mendapati lelaki berkenaan tiada kaitan dengan mana-mana kumpulan pengganas.


Suspek warga Iran, Poria Nour Mohamad Mehrdad. FOTO Mohd Fadli Hamzah


Sementara itu, di Lyon, Perancis, Setiausaha Agung Interpol, Ronald K Noble mendedahkan identiti individu kedua yang menggunakan pasport curi untuk menaiki pesawat MH370.


Individu itu dikenal pasti sebagai Delavar Seyed Mohammad Reza, 29, dan rakaman foto yang disiarkan Interpol menunjukkan mereka menaiki pesawat pada masa yang sama.

Mereka menggunakan pasport Iran untuk memasuki Malaysia sebelum bertuka dan menggunakan dokumen perjalanan curi milik warga Austria dan Itali, kata Nobel.

29 comments:

  1. Ya Allah , Kau mudahkanlah pencarian kapal MH 370 serta tabahkanlah hati ahli keluarga mereka ... aaamin .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah yg maha indah mahakaya mahakuasa pasti mendengar doa2 hamba2nya yg xberdaya ini...tq Qaseh Wee.

      Delete
  2. syukurlah mereka bukan pengganas.. namun kehilangan MH370 masih menjadi persoalan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya bersyukur sangat2 sbb alasan sdg dicari utk meranapkan negara kita ekoran kes ni...tq Mizz Aiza.

      Delete
  3. Semoga mh370 dijumpai dengan selamatnya sekarang, InshaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya bersama-sama kita mendoakan keselamatan mrk...in sya Allah...

      Delete
  4. Maksudnya, pemilik passport palsu ni cuma keluar masuk Malaysia secara haram la kan. Mujur takda kaitan dengan pengganas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin begitu maksudnya...kita doakan yg baik2 utk negara kita kerana ada ura2 luar mengaitkan isu begitu...utk menyalahkan n memusnahkan kita...

      Delete
    2. terima kasih Sylarius Yusuf.

      Delete
  5. mengharap semuanya akan selamat

    ReplyDelete
    Replies
    1. in sya Allah...mohon begitu ya Allah...tq Khairin Annies.

      Delete
  6. Saya turut tersentuh....sedih & simpati dgn apa yg berlaku keatas penerbangan MH 370.
    Moga Allah melindungi mereka....
    Dia maha mengetahui segalanye!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita bersedih n terkesan dgn insiden ini...hanya Allah maha mengetahui segalanya n melindungi keselamatan mrk yg terlibat...tq Haliza Ghazali

      Delete
  7. salam sis..bersama-sama kita terus berdoa agar dipermudahkan segala usaha pencarian..amin..

    ‪#‎doakanMH370‬
    ‪#‎prayforMH370‬

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sobri rajin melawat kak...

      Delete
    2. wsalam sobri...Allah mendengar doa2 hambanya in sya Allah akan diperkenankan...tq Sobri Yaakob.

      Delete
  8. lega sikit kalo identiti diorang bukan pengganas..cuma dah msk hari ke 4 ne, masih x nampak bayang2 mh370 lg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya lega bersama harapan moga bayang2 pesawat mh370 menjadi nyata didepan mata...tq Nick Nashram.

      Delete
  9. sampai sekarang ga jumpa2 ya kak? , kunbalnya ya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. YA KEHILANGANNYA AMAT MISTERI...TQ teuku rifki dhulul fata

      Delete
  10. Semakin banyak misteri terbongkar...semoga segeralah ditemui, itu yg paling utama.

    ReplyDelete
  11. ya selagi belum ada sebarang penemuan selagi itu masih ada harapan...moga pesawat ditemui selamat bersama isinya...apapun misteri yg menyelubunginya adalah rahsia Allah....tq BM

    ReplyDelete
  12. smoga segala urusan pencarian dan penyelamat dipermudahkanNya.. amiin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. in sya Allah..Allah pasti permudahkannya bersama doa2 yg kita panjatkan...tq Pha Is.

      Delete
  13. semoga segalanya dapat dirungkaikan segera. masih mengharap ada harapan buat mereka..

    ReplyDelete
  14. in sya Allah...kita berdoa n berharap Allah segera membuka buhul misteri yg lama tersimpul ini...tq Bunga Tulip.

    ReplyDelete
  15. Semoga dipermudahkan segala pencarian ... Amin.

    ReplyDelete
  16. in sya Alllah...tq Muhammad Khairuddin Lim..

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist