Wednesday 5 March 2014

BUAH-BUAH NADIR YANG PELIK..

ag_02.1ASSALAMUALAIKUM...

JIKA disebut nadir pasti ramai di antara kita yang mengetahui maksudnya, iaitu jarang.
Justeru, pokok buah-buahan nadir memiliki maksudnya yang sama iaitu, pokok buah-buahan yang jarang ditemui.
Bahkan sesetengah spesies pokok tersebut hanya boleh boleh ditemui dan dikenal pasti oleh pakar barulah diketahui bahwa buahnya boleh dimakan mahupun tidak.
Malah, terdapat juga pokok serta buah-buahan nadir tersebut hanya boleh didapati di kawasan atau negeri-negeri tertentu sahaja menjadikannya amat jarang temui apatah lagi dijadikan hidangan.
Oleh kerana buah-buahan tersebut jarang ditemui dan dijadikan makanan, kebanyakan spesiesnya semakin dipinggirkan sekali gus boleh menyebabkan kepupusan.
Menyedari kepentingan generasi spesies buah-buahan tersebut perlu dikekalkan, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) mengorak langkah mengumpulkan spesies buah-buahan nadir.
Dua buah pulau iaitu Pulau Tekak Besar dan Pulau Sungai Tekak di Tasik Kenyir, Terengganu telah dipilih berdasarkan kesesuaian kawasan, faktor tanah serta boleh dijadikan tarikan utama pelancong di tasik tersebuthttps://blogmardi.wordpress.com/tag/pokok-nadir/

BUAH NADIR NI PELBAGAI RUPANYA DAN KADANG KITA TAK TAHU PUN IANYA BOLEH DIMAKAN DAN DIJADIKAN UBAT.
BUAH KANTAN...PIC TOK PERAK.
Photo: Kembang bunganya pengadun rasa 
sering di guna menambah selera
Sayang Buah nya sering dilupa
Selain dimakan sebagai ubat juga diguna
Itulah tumbuhan yg sering dijumpa
Ayuh mengenal apa gerangannya...
JANGAN TAK TAHU POKOK KANTAN PUN ADA BUAHNYA...MUNGKIN SEBAB BUNGANYA SELALU DIPETIK JADI TAK SEMPAT MELIHATNYA BERBUAH...BUAHNYA BOLEH DIJADIKAN UBAT DAN DIMAKAN BEGITU SAJA.

JERING...PIC TOK PERAK.

JERING DIJADIKAN ULAM ATAU DIMASAK SAMBAL TUMIS YANG MENYELERAKAN


                     CERI TERENGGANU SEDAP DIMAKAN PABILA DAH MASAK RANUM.

                                            CERI TERENGGANU..
                                            CERMAI....PIC GOOGLE.

CERMAI NI MASAM SIKIT DAN ADA YANG MENYUKAINYA UNTUK DIBUAT MENYICAH ATAU MENCOLEK. BOLEH JUGA DIJERUKKAN. BEGITU JUGA DENGAN BUAH ROKAM. RUPANYA MENARIK BERWARNA MERAH TERANG BERKILAT TAPI TAK SEMANIS CERI WALAU RUPANYA SEAKAN.

ROKAM
BUAH JENTIK NI MANIS RASANYA. HENDAK MENGELUARKAN ISINYA PERLU DIJENTIK DENGAN JARI BBARULAH TERBUKA KELOPAKNYA. BIASANYA KALAU BUAH-BUAHAN MULA BERMUSIM, BUAH INI JUGA TIDAK KETINGGALAN.
JENTIK.

                                      BERTAM......PIC TOK PERAK.
BUAH NI BANYAK TERDAPAT DI KAMPUNG SEBELAH PERAK. ISINYA MANIS DAN SEDAP DIMAKAN TAPI RAMAI YANG TAK PEDULIKANNYA..

27 comments:

  1. buah cermai dan jering je yg pernah makan..satu buat jeruk dan satu lg buat ulam..

    buah ceri terengganu dan buah rokam tu mcm sama je..teringin nak makan...buah2 nadir ni kalau dikomersilkan mesti ramai yg nak beli kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke...ceri terengganu ni manis rasanya buahnya bergugus kecil...tapi rokam ni masam walau masak ranum kalau nak manis dijerukkan n rendam dgn air gula...sedap juga....tq nohas.

      Delete
  2. buah rokam dan jentik blm pernah jumpa

    ReplyDelete
    Replies
    1. buah rokam ni ada juga yg tanam di kampung sbg penyeri laman n buah jentik selalunya terdapat dlm dusun buah-buahan di sebelah utara...tq Qaseh Wee.

      Delete
  3. Kak.....pembetulan kak....Bukan buah rumbia tu.....BUAH BERTAM...Sejenis tumbuhan hutan belukar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke...tersilap kutip info ya...nanti kak edit semula...tq Anak Kuala.

      Delete
  4. buah kantan tu klu di kg saya, kami gunakan utk masak bersama ikan sungai
    sedap kak ;)
    caranya: tumbuk cilipadi dan kunyit,ketuk buah kantan dalam 3/4 biji
    masukkan dlm periuk bersama air dan ikan sungai
    mcm asam rebus, rasanya pedas2 masam
    sesuai kalau rasa pahit mulut lps demam

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus sekali info irfa...ramai yg xtau kegunaan buah kantan ni...kak sendiri xpernah tengok buah kantan....tq Irfa.

      Delete
  5. buah2anya unik dan menggoda selera pak...
    kalau didaerah saya susah dijumpai buah2 seperti ini...

    ReplyDelete
  6. buah2 kampung yg banyak terdapat di kampung atau pinggiran hutan...jarang juga boleh ditemui...tq wewengkon sumedang.

    ReplyDelete
  7. wah hanya beberapa buah saja yang saya ketahui.. harus di lestarikan ya buahnya, supaya tidak punah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke...tapi buah2 nadir ni mudah mendapatnya di taman2 pertanian tapi sudah jarang ditanam di kampung2...tq Achmad Fazri.

      Delete
  8. Enak tuh kayaknya... bagi donk?? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. enak semuanya...nak ker ambil saja...tq Yahya Doank.

      Delete
  9. Ciku, kantan, jering rumah kg kakak ada tau.
    Tapi buah rokam, ceri terenganu dan bertam kakak tak pernah jumpa. Sama juga buah jentik tu macam rambai isinya ye. Semua ini pun kakak tak pernah rasa... ruginya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke...biasanyadi kampung2 ada pokok2 tu ditanam...nak cari ceri terengganu kena ke terengganu, buah rokam cantik merah tapi masam..buah bertam tu pokoknya tumbuh kat pinggir hutan...buah jentik ni sy suka sbb bila nk makan boleh main jentik2 dulu..rupanya seakan rambai tapi lbh kecil n berkulit keras...di sebelah utara banyak buah ni...tq Kakzakie.

      Delete
  10. terliurnya tengok buah cermain tu kak paridah.. dah lama aiza tak balik kampung..

    ReplyDelete
  11. minat buah cermai ya..sedap buat menyicah tu...tq Mizz Aiza.

    ReplyDelete
  12. tq berkongsi info sama ye kak, bayk buah2 kat sini yang KA x tau lagi !

    ReplyDelete
  13. kak juga banyak xkenal buah2 nadir yg boleh dimakan KA...pelbagai jenisnya tu...tq Kesuma Angsana.

    ReplyDelete
  14. banyak lagi rupanya spesis buah yg saya tak tahu.. hehe
    nice share.

    ReplyDelete
  15. tu baru skit pha is...banyak lagi sebenarnya...tq Pha Is.

    ReplyDelete
  16. Buah jentik kalau musim antara bulan Ogos - September mmg bayak boleh dapat di Kedah. Tapi very limited time sbb buah ni x tahan lama. Boleh beli di pasar2 sehari (kat kedah org panggil nat). Antara lokasi popular utk beli buah jentik ialah jalan utama antara Jitra dan Kodiang. Byk gerai buah2an tepi jalan yg jual buah jentik.

    ReplyDelete
  17. pembetulan ye gambar buah rokam tu sebenarnya gambar buah ceri la,cuba tengok betul-betul,jangan mara ye.......

    ReplyDelete
  18. bangga kejap ade ceri terengganu tu...

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum salam sejahtera warga group📢
    💐 Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit gout kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺👍🏻

    3)Pengamal perubatan herba ni dah banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan gout. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.

    5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

    6) Sepanjang sy kenal ramai pesakit, antara dikalangan kawan-kawan sy juga, pesakit gout pun boleh sembuh dgn cepat , abang sy sendiri minum untuk gout, kalau dlu die bergantung kepada ubat klinik ,sekarang dh sembuh dn gout susah nak dtg dah walau kadang kala ada makan seafood.

    Sy share melalui pengalaman sy sendiri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sendiri pun guna produk die (jus herba) dah 5tahun setia walaupun sembuh terus juga minum sebagai supplement.

    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .💪🏼

    ▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
    Skg sudah sembuh dari kanser.
    ..........................................................................
    ▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
    ………………………………………………………………………....
    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
    ..........................................................................
    ▪Puan Musriharni pesakit asma kronik sejak kecil yang terpaksa menggunakan healer setiap hari. Beliau juga pesakit (GERD) yang menyebabkan berangin satu badan sehingga terasa ke pinggang. Perut membuncit dan mengeras kerana terlampau banyak angin sampai sesak nafas dan anxiety akibat nya menggigil dan seram sejuk.
    Sekarang kesihatan Alhamdulilah semakin baik, gastrik dan anxiety dah takde dan asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru2 dah elok semula.
    ..........................................................................
    ▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah semakin sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
    ..........................................................................

    Call order wasap@call- En Mohd Zuhairi 017-4687570

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist