Showing posts with label KASIH SAYANG. Show all posts
Showing posts with label KASIH SAYANG. Show all posts

Tuesday, 20 March 2018

HATI ANAK KECIL TAHUN SATU...

ASSALAMUALAIKUM...





um Kerenah Murid2

Khaziah Bte Yem
11 hrs ·
Hari pertama di sekolah setelah bercuti 1 minggu.

Babak 1

Cikgu dengan trolinya penuh dengan buku berjalan ke kelas darjah 1. Belum sampai sudah dikeroyok oleh murid2. Salam tangan cikgu dan peluk cikgu. Seorang murid siap dengan beg dan jaketnya, berlari ke arah Cikgu.

Cikgu : Eh, kenapa tak pergi kelas dan letak beg.
Anak murid 1 : Rindu...
Cikgu : Apa, rindu? (Dalam hati berkata2, "Betul ke apa yang aku dengar ni?)
Anak murid 1 : Ya, rindu....
Cikgu : Alahai...

... lalu dia pun menyalam tangan Cikgu. Dia malu sedikit untuk menunjukkan kasih sayangnya tidak seperti murid-murid lain.

Babak 2

Anak murid 2 : Cikgu Khaziah, saya tidur sampai mimpi-mimpi cikgu. Kenapa cikgu tak datang-datang? (Muridku yang seorang ini memang bijak bercakap.)
Cikgu : Alahai... Sampai termimpi-mimpi! Kasihannya!

Inilah sebabnya aku suka ajar darjah 1. Sayang mereka ikhlas. Sayang mereka tak simpan. Macam mana nak beralih angin...

Babak 3
Di luar kelas darjah 5, seorang anak muridku bersusah payah mengeluarkan dua mangkuk plastik.
Anak murid 1 : Cikgu, saya belikan ini untuk cikgu.
Cikgu : Apa ni?
Anak murid 1 : Belacan, Cikgu.
Cikgu : Belacan! Awak beli di mana?
Anak murid 1 : Saya bercuti di Melaka.

Cikgu pernah berkongsi yang cikgu suka belacan dari Melaka. Agaknya kalau cikgu suka bulan dan bintang... Ada yang nak bawakan untuk cikgu tak?

Sunday, 13 December 2015

SAYANG DAN CINTA...

ASSALAMUALAIKUM....


SAYANGI MEREKA YANG MENYAYANGIMU
CINTAI DIA YANG MENCINTAIMU
INGATI MEREKA YANG MENGINGATIMU
TETAPI JANGAN DILUPAI MEREKA YANG MELUPAIMU...
KERANA ADA BANYAK PERKARA YANG MEMBUATMU TERSENYUM PABILA MENGINGATINYA KEMBALI...


Friday, 20 November 2015

KASIH SAYANG ITU INDAH...

ASSALAMUALAIKUM...

SALAM JUMAAT YANG MULIA...



"HASMAH TELAH MENJADI ISTERI SAYA SELAMA 57 TAHUN.....SAYA TAK TAHU SAMAADA INI BOLEH MENJADI CONTOH KEPADA SESIAPA.

HAKIKATNYA DI ZAMAN INI TAK BANYAK ISTERI YANG BERTAHAN TERHADAP KELAKUAN DAN CARA HIDUP SUAMI.

NAMPAKNYA HASMAH MAMPU BERSABAR DEMI KEBAHGIAAN KELUARGA."

TUN DR.MAHATHIR MOHAMAD
(TRIBUTE TUN SITI HASMAH, 2013)

Monday, 15 June 2015

SELAMAT PENGANTIN BARU NURHANI AMIRA & SYABRI...

ASSALAMUALAIKUM...

CUTI SEKOLAH SEMESTER KETIGA BARU SAJA BERAKHIR. ANAK-ANAK SUDAH KE SEKOLAH SEMULA...MANA-MANA YANG BERSEKOLAH LAH TU...YANG DAH TAK BERSEKOLAH TENTU ADA AKTIVITI SENDIRI SAMAADA TELAH BERKERJA DI MANA SAJA ATAU IKUT SUKALAH APA YANG DIBUAT ASALKAN BERBAHAGIA KAN.

TIADA LAGI ACARA KENDURI-KENDARA MAKAN-MAKAN YANG MERIAH SEMPENA PERKAHWINAN ATAU LAIN-LAIN ACARA YANG BERSANGKUTAN DENGANNYA KOT.

TAPI MASIH ADA KENDURI YANG DILAKUKAN MENYAMBUT KETIBAAN RAMADAN MUBARAK YANG HANYA SATU DUA HARI LAGI. BERPUASA PULA KITA SAMBIL BERIBADAH SEBANYAK YANG BOLEH MENURUT KEMAMPUAN TERDAYA. MANA TAHU RAMADAN AKAN DATANG TINGGALKAN KITA DALAM CATATAN KENANGAN...

SABTU LEPAS KELUARGA ADIK PI MENYAMBUT TANGAN MENANTUNYA YANG KETIGA. MERIAH SEKALI MAJLISNYA YANG DIADAKAN ACARA NIKAHNYA DI MASJID FELDA ULU JEMPOL DAN KENDURINYA DI DEWAN FELDA ULU JEMPOL.

TAHNIAH KEPADA ANAK SAUDARA PI; NURHANI AMIRA DAN PASANGANNYA SYABRI...
SELAMAT PENGANTIN BARU...SEMOGA BAHTERA PERKAHWINAN BELAYAR TENANG NYAMAN MERENTASI LAUTAN KEHIDUPAN DISONGSONG ANGIN MULUS TANPA RIAK GELORA HINGGA KE PENGKALAN AKHIR DESTINASINYA...




ZULHUSNI HASSANI ABANG KEPADA NURHANI AMIRA MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB WALI MENIKAHKAN ADIKNYA...ABANGNYA AKAN BERKAHWIN OGOS DEPAN..TAK LAMA LAGI TU...







Wednesday, 10 June 2015

KEKAYAAN ....KEJAYAAN.... KASIH SAYANG...

ASSALAMUALAIKUM...

pic google images sekadar hiasan.

Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga orang lelaki tua berjanggut panjang yang berwarna putih sedang duduk dihalaman rumahnya. Dia tidak kenal akan mereka.
Wanita itu bertanya, " Saya tidak fikir saya mengenali awak semua, tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar. Silalah masuk kerumah saya dan makan sesuatu."
"Adakah suami awak ada dirumah?", mereka bertanya.
"Tidak", wanita itu berkata. "Suami saya telah keluar."
"Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawap.
Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut. "Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk kedalam sekarang!"
Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke dalam.
"Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama," mereka menjawap.
"Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu.

Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan :
"Namanya ialah Kekayaan," Dia berkata sambil menunjuk ke arah salah seorang kawannya, dan beralih menunjuk kearah kawan yang seorang lagi, " Dia adalah Kejayaan, dan saya adalah Kasih Sayang."
Dia menyambung lagi, "Sekarang masuklah semula kedalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput kedalam rumah."

Wanita itu pun masuk semula kedalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira.
"Bagusnya!!" dia berkata. "Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi rumah kita ini dengan Kekayaan!"
Isterinya tidak bersetuju. "Abang, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan?"
Kebetulan, menantu perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangannya :

"Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang? Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang!"
"Biarlah kita mengikut nasihat menantu kita itu," kata suami itu kepada isterinya.
"Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kita."
Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua, "Yang mana satu diantara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan jadi tetamu kami."

Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah. Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan mengikutinya. Terperanjat, wanita itu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kejayaan :
"Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali?"
Mereka semua menjawab: "Jika awak menjemput samada Kekayaan atau Kejayaan, yang lain akan tunggu diluar, tetapi oleh kerana awak telah menjemput Kasih Sayang, kemana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya.
...Dimana ada Kasih Sayang, disitu juga ada Kekayaan dan `Kejayaan!"...

Thursday, 28 May 2015

CINTA DAN PERKAHWINAN...

ASSALAMUALAIKUM...

KOMEN SEORANG RAKAN FB....

PERKAHWINAN BUKAN PERJUDIAN NASIB.

Pada Mum biorlah kawen lewat pun yang penting ada PELAJARAN ADA KEMAHIRAN BOLEH CARI DUIT SENDIRI lengkap pakej tu nok kawen pun dah lega. Dari konon nak kawen awal takut jadi andartu dikata orang. BODOH LA SANGAT! Kalau betul suami yang kita pilih Alhamdulillah. Kalau depan aje baik belakang Allahurabbi apa cerita?! Beranak reramai nak makan nak sekolahkan anak tak mampu. Meminjam sana sini buat janji manis dengan mak bapak pulak nak pinjam tapi membayornya tidak...Alahai..jauhkanlah. Tapi yang ku pelik BANYAK oooo jadi gini tapi tak amik ikhtibar sedihhhhh! Perkhawinan bukan PERJUDIAN NASIB!

MUMMY ELYA DEAN.
PIC PERTUNANGAN ANAK SAUDARA PI ZULHUSNI HASSANI.

APAPUN TERPULANGLAH KEPADA KEBIJAKSANAAN DIRI SEBAB KEBANYAKAN WANITA HARI INI BERPELAJARAN TINGGI BERKERJAYA BAIK....TAPI TIDAK SALAH BERINGAT-INGAT SEBELUM SESUATU YANG TIDAK TERJANGKA MELINTASI RUANG HIDUP....

...YANG KITA HARAPKAN DAN DIDOAKAN PERKAHWINAN YANG DIBINA CUMA SEKALI... KEKAL BERBAHAGIA HINGGA AKHIR HAYAT. KALAU BOLEH SEHIDUP SEMATI..

WARNA HARI ESOK TIDAK SAMA DENGAN HARI INI...APA YANG TIDAK DIINGINKAN TERJADI ITULAH UJIAN DAN TAKDIR-NYA. REDHA, BERTAWAKAL, BERPASRAH ITU IMAN TAPI HARUS BERSEDIA JUGA

.JANGAN TERLALU BERANI BERDEPAN DENGAN RISIKO.

PIC PERKAHWINANAN SEPUPU PI RASHIDI MAT DESA.

Tuesday, 12 May 2015

OH... IBU!

ASSALAMUALAIKUM...

Nasihat Baginda Rasulullah saw untuk Putrinya Fatimah az zahra
Ya Fathimah...
Ketika seorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya
maka beristighfarlah para malaikat untuknya.
Ketika dia mulai sakit melahirkan..
maka Allah mencatat untuknya
pahala orang-orang yang berjihad di jalan Allah
Ketika melahirkan ..
maka keluarlah dari dirinya dosa-dosanya
seperti saat ia di lahirkan
ketika dia meninggal...
tiadalah dia meninggal
dalam keadaan berdosa sedikitpun
Demikian lah kelebihan wanita yang bergelar "IBU"

USTAZAH NURBAYA USMAN

Friday, 21 November 2014

KASIH SAYANG ITU INDAH.....

BICARA MONOLOG
ASSALAMUALAIKUM..












BERKONGSI CATATAN SEORANG RAKAN FB YANG PENYAYANG LAGI PRIHATIN..


Assalam..slmt pagi..hurmm..SD nak kongsi crita sikit,,pada hri Isnin lps tika waktu ptg SD dan huby menghantar ank ke kampus kerna ada klas ptg,,klasnya cuma 1jam shj utk sesi ptg, lalu SD dan huby ambil keputusan utk ke Aeon Rawang sekejab, dlm perjalanan melalui hutan simpan kami terpandang seekor monyet sedang menghantuk kepalanya ketanah beberapa kali...hati SD amt tersentuh dan sepantas jua suara hati berkata mngapa dia begitu,apakah monyet itu sdg lapar,bermasalah dan sdg menyalahkn dirinya.....
SD dan huby terfikir utk membelikan sedikit roti utk monyet itu bila melintasi laluan sama tika menjemput ank SD di kampus nanti...Sebaik sj sampai di Aeon kami tak lupa membelikan roti,dan beberapa biji kuih tat...Tika melalui kawasan itu SD ternampak ada beberapa ekor monyet lalu melemparkan roti kearah mereka,,pada mulanya SD jugak takut sbb mereka dtg dri kumpulan yg ramai trutamanya yg badan agk besar, namun mereka tahu kami berniat baik terhadap mereka....ramai yg menghampiri SD dan huby dan ada yg menadah tangan dan mengambil makanan dari tangan SD sendiri,,SD pastikan Ibu yg menggendong ank kecil akn dpt makanan,,tersentuh jugak hati ini melihat mereka.....akhir skali yg tinggal cuma beberapa biji kuih tat...namun bila melihat wajah Ibu2 yg menggendong ank SD tak sampai hati lalu menghulurkan kuih tat pada mereka...seronok mereka mkn dan berbagi meski pun sedikit...
Mata mereka memandang kami tak putus2 seolah2 mngucapkan t/kasih...Selepas habis makanan diberikan kami berlalu..SD dan huby berjanji akn menemui mereka lagi jika kami ada rezki,,SD hrp dpt membeli pisang secara borong utk disedekahkan pada mereka InsyaAllah......Dan beberapa malam ini SD dikurniakan tidur yg begitu lena....mungkin ini juga kurniaan Allah swt diats sikap kami terhadap monyet2 disana....Namun SD tak upload apa2 gambar InsyaaAllah mungkin next time kami akn ambil picture,,mengongsikan kasih sygg yg ada utk mereka....

Sunday, 11 May 2014

SELAMAT HARI IBU...WADAH GENERASI KASIH SAYANG...

ASSALAMUALAIKUM...


Kemesraan antara ibu dan anak akan mempengaruhi proses pembesaran mereka sama ada mengikut acuan modal insan terbaik atau tidak. - Gambar hiasan
ZAMAN sekarang ramai ibu melahirkan 'tuan'. Kenyataan ini sudah banyak berlaku. Biarpun tidak semua, hakikatnya ramai anak perlakukan ibu sebagai 'amah'. Tidak cukup itu, tanggungjawab menjaga cucu juga diserahkan bulat-bulat kepada ibu.

Setidak-tidaknya, itulah senario bagi sebahagian ibu tunggal atau balu yang me­numpang kasih hidup bersama anaknya yang berkeluarga. Mereka diminta anak untuk tinggal bersama atas alasan kasihankan ibu yang tinggal berseorangan di kampung dan risaukan keselamatan.

Dilema si ibu pula, jika terus tinggal di kampung, anak-anak bukan sahaja jarang pulang bahkan menelefon pun liat, alasan diberi sibuk dengan kerjaya dan urusan keluarga. Mungkin simpati rutin anak yang terkejar-kejar menghantar cucu ke nurseri, maka ibu mengalah menuruti permintaan si anak untuk tinggal bersama.
Malangnya, pengorbanan ibu dibalas sedemikian rupa maka terperangkaplah mereka dengan ‘jerat’ perasaan rentetan sikap anak yang mengambil kesempatan keha­diran ibu untuk memikul tugas sebagai ‘pe­ngurus’ rumahtangga secara total. Itu hanya cebisan kisah.

Kisah lain mengenai seorang anak lelaki tergamak menikam ibunya gara-gara tidak dibelikan telefon pintar yang berlaku di Miri, Sarawak awal bulan lalu. Sekitar tahun lepas, dunia hiburan digemparkan dengan berita mengenai perbalahan antara pelakon kacak, Afiq Muiz dan ibu kandungnya hingga Afiq dilabel ‘si tanggang moden’

.

Seorang ibu boleh menjaga 10 anak tetapi 10 anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu. Ungkapan ini biasa kedengaran malah realitinya ada ibu yang terpaksa merempat menyertai gelandangan setelah anak-anak mengabaikan kebajikan ibu biarpun ada kalangan anak berjawatan profesional!

Terkenang penulis akan kecekalan ibu semasa membesarkan kami lima beradik. Seawal pukul 4 pagi sudah bangun masak untuk sediakan bekal makan ke sekolah. Semua ini dibuat demi memastikan kami mendapat pemakanan berkhasiat. Secara tidak langsung kami terdidik untuk menabung duit belanja.

Kebanyakan masa, ibu menguruskan hal ehwal keluarga. Arwah ayah wartawan di meja jenayah semasa era ‘Botak Chin’ - tetapi ibu memahami rutin kerja ayah yang sibuk tidak menentu masa. Anak sakit, ibu bersengkang mata. Anak selesema, ibu ke­tepikan jijik menyedut keluar hingus kami semasa bayi dengan mulutnya.

Jasa ibu sangat besar, nilainya tidak terbayar dengan wang ringgit. Selama sembilan bulan ibu ‘setia’ bersama anak, kita mendiami rahimnya, sebelum kita melihat dunia. Malah, ada ibu sanggup pertaruh nyawa meneruskan kandungan berisiko demi untuk melahirkan permata hatinya ke dunia.

Umum tentu tahu esok adalah sambutan Hari Ibu peringkat kebangsaan di negara ini. Hari Ibu, yang direncanakan pada setiap Ahad kedua dalam bulan Mei, diraikan oleh seluruh rakyat Malaysia bertujuan menggembirakan, menghargai dan memberi pengiktirafan kepada mereka yang bergelar ‘ibu, mama, emak’ atau apa sahaja panggilannya.

Pada hari berkenaan, senarionya boleh dikategorikan sebagai sebuah pesta apabila kemeriahannya dilatari dengan kepelbagaian kreativiti anak dalam mengucapkan ‘terima kasih’ kepada insan istimewa ini.

Namun, terdapat sesetengah pihak mengatakan umat Islam diharamkan meraikan hari berkenaan kerana meniru perayaan orang Kristian yang menyambut hari Mother of Church selain Roman kuno pula meraikan hari Matronalia sebagai tanda memperingati dewa juno iaitu mak kepada Juventas, Vulcan dan Mars.

Jadi persoalannya di sini, perlukah kita sebagai orang Islam menyambutnya? Bukankah kita sepatutnya meraikan ibu dan bapa setiap hari sebagaimana tuntuan Islam, justeru wajarkah ada ketetapan hari tertentu untuk sambutan Hari Ibu sehingga perlu diangkat menjadi signifikan dalam budaya masyarakat Malaysia?

Bagi Pensyarah Kanan Jabatan Antroplogi dan Sosiologi Universiti Malaya (UM), Dr. Noor Sulastry Yurni Ahmad, sambutan Hari Ibu hakikatnya sangat relevan untuk diraikan oleh seluruh dunia namun di Malaysia, sambutannya perlu bersesuaian dengan konteks budaya Timur serta tidak melanggar hukum syariat.

Menurutnya, cetusan Hari Ibu kerana doktrin Barat memikirkan bahawa itulah cara terbaik untuk menarik minat anak-anak remaja agar menghormati orang tua memandangkan masyarakat mereka amat tipis dengan adab tatasusila.

"Apa yang bermula sebagai tidak betul, tidak semestinya kekal tidak betul sepanjang zaman dan begitulah sebaliknya. Dalam hal ini, Hari Ibu telah melalui evolusi yang pada hari ini sudah tidak kena­-me­ngena pun dengan mitos.

"Sambutan Hari Ibu berbeza sama sekali dengan Hari Valentine kerana kita tidak lagi memperingati dewa, simbol atau tokoh agama tertentu, tetapi yang diperingati ialah semua kaum ibu. Malah, menghargai jasa ibu adalah anjuran agama. Asalkan niat baik dan cara sambutan tidak melanggar syariat Islam, tidak salah untuk meraikannya," katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Mengulas senario ‘si tanggang moden’ dan ibu lahirkan ‘tuan’ semakin membimbangkan, beliau yakin sambutan komersial Hari Ibu masa kini mampu menjadi wadah kepada pelbagai pihak melahirkan generasi yang lebih baik, anak-anak yang bertanggungjawab dan memupuk kasih sayang dalam keluarga
.
Dengan sambutan Hari Ibu yang diperhebatkan oleh media juga memberi kesan hebat terhadap peranan psikologi sosial khususnya dalam menerapkan ingatan terhadap ibu.

"Media memainkan peranan dengan menyiarkan drama atau artikel tentang kasih ibu atau anak-anak derhaka bagi menimbulkan keinsafan.

"Kemudian mereka memperbaiki kekurangan itu. Itu lebih relevan dan terbaik bagi seorang anak mengisi hari istimewa kepada insan bergelar ibu," katanya


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my

Wednesday, 6 November 2013

CITRA KEHIDUPAN YANG SANGAT MENGHARUKAN....PENGORBANAN SEORANG IBU.


TANPA SEDAR AIR MATA MENITIS MEMBACA KISAH KESUSAHAN SEORANG IBU MEMBESARKAN KESEMUA ANAK-ANAKNYA SERAMAI 16 ORANG DAN BERJAYA MENDIDIK MEREKA SEBAIKNYA SEHINGGA SEMUANYA BERJAYA KE IPT DAN BERKERJAYA YANG MEMBANGGAKAN.

SEBENARNYA IBU INI MEMANG IBU MITHALI, DIDUGA DENGAN KEHIDUPAN YANG PERIH SUAMINYA YANG LUMPUH DAN ANAK-ANAK YANG PERLUKAN PERHATIAN, KASIH SAYANG, PEMBIAYAAN HIDUP, PENDIDIKAN SEMPURNA. BUKAN SEORANG DUA ANAKNYA TAPI 16 ORANG. MASYAALLAH! PATUT DITELADANI IBU INI YANG KUAT CEKAL SEMANGATNYA TANPA MENGALAH DENGAN TAKDIRNYA.


Fatimah Yusoff kini bahagia dikelilingi anak-anak, menantu dan cucu yang menyayanginya.
KINI segala pengorbanan Fatimah berbalas apabila kesemua 16 anaknya berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti dan menyandang jawatan penting dalam sektor swasta mahupun kerajaan.

"Ibu saya berkahwin dengan ayah, Ismail Abdullah pada Januari 1967. Ketika itu usia ibu 17 tahun manakala ayah 34 tahun.

"Mereka kemudiannya menetap di Kampung Padang Bongor, Kota Bharu, Kelantan dan ayah saya berkhidmat sebagai imam di masjid kampung tersebut ," cerita anak ke-11 Fatimah, Mohd. Yazid Ismail, 29, ditemui di Bandar Seri Putra, Selangor, baru-baru ini.
Sebelas orang anak Fatimah memasuki universiti tempatan, manakala lima lagi di universiti luar negara.

Anak sulungnya, Lokman, 45, merupakan setiausaha politik kepada seorang tokoh terkenal, manakala anak kedua, Mohd. Azmi, 44, (penceramah motivasi), Mohd. Jurik, 42, (pegawai kerajaan), Mohd. Sabri, 41, (seorang hakim), Mohd. Khairul Bahri, 39, (guru) dan Mohd. Rusli, 38, (pensyarah).
Diikuti Khairul Anuar, 35, (ejen takaful), Mohd. Juneed, 34, (guru), Mohd. Shahruddin, 32, (ahli perniagaan), Mohd. Abdul Hadi, 31, (guru), Mohd. Yazid, 29, (perunding kewangan), Siti Sarah, 28, (guru), Siti Aisah, 27, (ahli perniagaan), Siti Zakiah, 25, (menuntut di Universiti Islam Antarabangsa), Radiah, 23, (pelajar Kolej Universiti Insaniah) dan Nur Suhaila, 21, (pelajar Universiti Sains Islam Malaysia).
Daripada kesemua anak pasangan tersebut, 14 sudNah berkahwin dan kini cucunya mencecah 60 orang.

Ujian yang dilalui
Menurut Mohd Yazid lagi, sekitar tahun 1990-an, kerjaya sebagai imam di Kelantan tidak bergaji sebaliknya hanya diberi elaun berjumlah kurang daripada RM300.
Bersandarkan wang elaun tersebut ayahnya menyara keluarga dalam serba kekurangan. Mereka tiada tanah untuk bercucuk tanam dan hanya mampu menyewa tanah orang kampung untuk bertani bagi menambah rezeki

"Abang-abang saya walau masih bersekolah semua membantu ayah bertani dan hasil sayur dijual keliling kampung.
"Pada tahun 1991 ketika emak mengandung adik bongsu ayah pula diserang strok dah lumpuh. Ayah terpaksa berhenti kerja.

"Emak saya yang ketika itu sarat mengandung terpaksa mengambil alih tugas ayah menyara kami adik-beradik yang masih kecil dan pada masa sama menjaga ayah yang lumpuh.
"Tiada duit pencen yang kami terima sekadar duit ehsan daripada pihak masjid berjumlah RM150 sebulan. Pada waktu itu seorang abang sahaja yang sudah bekerja manakala yang lain masih di sekolah dan universiti.

"Cuba bayangkan macam mana emak nak sara ayah yang lumpuh dan 15 anak dengan RM150," imbas Mohd. Yazid mengimbau kisah lama.
Menurut Mohd. Yazid, ketika itu wang simpanan langsung tidak ada, jadi walaupun masih sekolah semua anak-anak terpaksa berkerja bagi mencari duit.

"Macam-macam kerja kami lakukan lepas waktu sekolah. Bertani, mengambil upah membersihkan reban ayam, kutip botol, tin serta besi buruk untuk dijual dan sebagainya.
"Kadang-kadang kami naik basikal sejauh 12 kilometer untuk balik ke kampung ibu di Bachok semata-mata untuk menangkap ikan di sawah bagi dibuat lauk.
"Tiada bantuan kewangan khusus kami terima dari mana-mana agensi, hanya sekadar bantuan persekolahan yang bersifat sekali sekala.

Nasi tanpa lauk
"Makanan kami juga kadang-kadang tidak cukup. Makan nasi tanpa lauk sudah jadi kebiasaan. Sekadar nasi campur air, garam dan sedikit gula sudah memadai. Mujur di sekolah ada rancangan makanan tambahan, dapatlah kami rasa makan yang sedap secara berterusan," cerita Mohd. Yazid lagi.

Walau keadaan hidup begitu susah, menurut Mohd. Yazid, tidak pernah sekalipun ibunya berhenti berjuang mahupun mengaku kalah dalam membesarkan anak-anaknya.
Ibunya juga jarang berkeluh-kesah di hadapan anak-anak, biarpun menurut Mohd. Yazid, beberapa kali dia melihat ibunya menangis mungkin kerana tidak tertahan menanggung keperitan hidup.

"Kami anak-anak yang masih kecil ketika itu hanya boleh menahan sedih melihat keadaan emak.
"Ketika itu memang tidak banyak yang boleh kami bantu, malah untuk angkat ayah yang lumpuh untuk dimandikan pun susah. Mujur abang-abang di sekolah menengah banyak tolong dengan penuh kesabaran tetapi apabila mereka masuk universiti, tinggal kami yang kecil-kecil sahaja di rumah," jelasnya.

Sehingga tahun 2001, ibunya masih memasak menggunakan dapur kayu api. Bukan tidak ada dapur gas tetapi mahu menjimatkan wang daripada membeli gas.
Kalau bekalan kayu api berkurang, mereka adik beradik akan masuk hutan mencari kayu api. Ketika itu tiada lagi orang kampung yang mengutip kayu api, hanya keluarganya sahaja.
"Emak pula pegang prinsip tidak akan hutang duit orang. Hidup dengan sekadar apa yang ada. Alhamdulillah, beban emak sedikit ringan apabila abang-abang di universiti mengirim duit biasiswa masing-masing untuk adik-adik di kampung.

"Pernah abang saya cerita, dia sanggup ikat perut semata-mata untuk hantar duit ke kampung," imbas Mohd. Yazid sambil memberitahu bapanya telah meninggal dunia pada tahun 2000 akibat penyakit yang dihidapi .

Solat berjemaah
Sepanjang ingatan Mohd. Yazid, semasa bapanya masih hidup dan sihat, dia tidak pernah bertanya tentang pencapaian anak-anak di sekolah kerana bapanya lebih mengutamakan solat berjemaah di masjid.
"Arwah ayah selalu pesan, 'tidak guna belajar tinggi dan pangkat tinggi tapi solat jemaah tidak dijaga. Arwah ayah memang sangat menekankan pendidikan agama dan praktikalnya.
"Justeru, walaupun kami masa masih bersekolah dan sangat sibuk dengan mencari duit tapi kami tetap ke masjid solat jemaah. Kami cuma dapat belajar ketika di sekolah sahaja kerana di rumah kami sibuk dengan kerja dan mengasuh adik-adik yang masih bayi. Namun, syukur semuanya kini cemerlang dalam pelajaran.

"Apa pun saya tidak pernah lupa pesanan emak. Katanya, bagi mendapat keluarga yang bahagia di dunia dan akhirat berilah penekanan pada pendidikan agama terutamanya solat. Anak-anak lelaki mesti dibiasakan dengan solat jemaah," katanya mengakhiri bicara. - NOOR FAZRINA KAMAL


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20131031/ke_01/Fatimah-besarkan-16-anak#ixzz2jpI2Sjta
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tuesday, 22 October 2013

MY MOTHER....




 IBUKU ADALAH RATU SEGALA RATU...
SENYUMANNYA SELEMBUT KABUS PAGI MENYAPA PIPI
TAWANYA MERIAKAN SUASANA
HARI SELURUHNYA BERBAHAGIA...
MARAHNYA BERSINAR API
MENERANGI MAKSUDNYA.

NAMUN SEMAKIN HARI BERLALU
LANGKAH KASIH SAYANG MENGHAMPIRINYA
MENDAKAP TOTAL CINTA KASIHNYA.

IBU RATU YANG SATU
TIADA DUA TIADA TIGA
HILANG KASIHNYA
GERHANA SELAMANYA...




 GRAFIK TIMELINE



Sunday, 25 August 2013

ANAKKU MULAI BERCINTA....



BAGAIMANA SEBAGAI IBU/BAPA MENANGGAPI FENOMENA INI? FENOMENA BIASA YANG DILALUI ANAK-ANAK KITA YANG SUDAH REMAJA ATAU AWAL DEWASA.

APAKAH SEBAGAI IBU/BAPA KITA HANYA AKAN BIARKAN SAJA ANAK GADIS/ANAK TERUNA KITA  DIBUAI PERASAAN TANPA BIMBINGAN DENGAN NIAT TIDAK MAHU MENGGANGGU PRIVASI ATAU KETENTERAMAN JIWA YANG BEGITU MENGASYIKKAN.

TETAPI NABI SAW BERSABDA, SETELAH ANAK-ANAK KITA REMAJA/DEWASA, IBU/BAPA HARUS BERTINDAK SEBAGAI RAKAN KARIB KEPADA ANAK-ANAK KITA. JIKA ANAK-ANAK KITA MENGANGAP KITA SEBAGAI RAKAN KARIB MEREKA TENTU DENGAN MUDAH IBU/BAPA TURUT BERKONGSI RASA DENGAN ANAK-ANAK YANG DISAYANGI.

SAMBIL BERGURAU SENDA ANAK-ANAK TENTU TIDAK SEGAN BERBICARA SOAL PERCINTAAN MEREKA DENGAN PILIHAN MEREKA. DAN IBU/BAPA BOLEH MEMBIMBING APA YANG PATUT, TERUTAMA TENTANG PERGAULAN, ETIKA YANG MURNI MENGIKUT LUNAS AGAMA PATUT DIAMBIL KIRA DALAM SITUASI BEGITU.

PILIHAN ANAK-ANAK JUGA PERLU DINILAI SEHABIS TELITI AGAR APA YANG DIHARAPKAN SEMEMANGNYA BENAR KENYATAANNYA. SEBAB KADANG-KADANG INDAH KHABAR DARI RUPANYA.

MUSIM PERCINTAAN YANG DILALUI ANAK-ANAK KITA KADANGKALA TIDAK KESAMPAIAN KE NOKTAH YANG DITENTUKAN. KITA PUN DAPATI ANAK KESAYANGAN KITA BERDUKALARA MENANGGUNG KECEWA DITINGGALKAN PILIHANNYA.

KETIKA INI KITA SEBAGAI RAKAN KARIB ANAK KITA YANG AKAN SEDIAKAN BAHU UNTUK ANAK KITA MENYANDARKAN KESEDIHANNYA, MENAIKAN SEMULA SEMANGATNYA YANG MERUDUM JATUH DENGAN PENUH KASIH SAYANG...BUKAN MENYIKSA JIWANYA DENGAN KATA NISTA TOHMAHAN KERNA KEGAGALANNYA MEMBUAT KEPUTUSAN BIJAK MENYANGKUT KEHIDUPAN MASA DEPANNYA.

HANYA KITA IBU/BAPANYA SEBAIK INSAN YANG MENGENALI APA SAJA KEKURANGAN DAN KELEBIHAN ANAK-ANAK KITA DAN DAPAT MENGURUSI, MENSTABILKAN SEMULA EMOSI ANAK KITA YANG TERCALAR.

JANGAN BIARKANNYA SENDIRIAN MERAWATI LUKA HATINYA, BIMBANG IA AKAN MENCARI SESEORANG YANG AKAN MENJERUMUSKAN KEPADA KEADAAN YANG LEBIH PARAH. SOAL PSYKOLOGI KEJIWAAN INI PERLU DITANGANI SEHALUSNYA.

Sunday, 18 August 2013

IBU DAN ANAK

KITA MERASA SERONOK SEKALI DAN TUMPANG BERBANGGA DENGAN KEJAYAAN IBU/BAPA MENDIDIK KESEMUA ANAK-ANAK YANG MEREKA MILIKI HINGGA KE MENARA GADING DAN MENJADI MANUSIA BERGUNA. WALAU BUKAN MUDAH MELAKUKANNYA KERNA SENTIASA ADA ARAL GALANGAN DAN DURI YANG MENYAKITI SEPANJANG PROSES PENDIDIKAN, PEMBELAJARAN ANAK-ANAK KITA ITU.....

SEPERTI ADIK KEDUAKU HANYA SEORANG GURU TADIKA KEMAS DAN IBU TUNGGAL SETELAH SUAMINYA TERLIBAT DALAM KEMALANGAN JALANRAYA; MENINGGAL DUNIA DENGAN MEWARISKAN KEPADANYA LIMA ORANG ANAK YATIM YANG MASIH KECIL...


PUTERI PUTERI YANG CANTIK BERSAMA BONDA KESAYANGAN DAN PUTERA KACAK NAN SEORANG.

BERKAT KESUNGGUHAN DAN KEAZAMANNYA INGIN MELIHAT ANAK-ANAKNYA BERJAYA DI DALAM PELAJARAN WALAU SESUKAR MANA PERIH KEHIDUPANNYA DILALUI JUGA TANPA MENGABAIKAN KEPERLUAN PENDIDIKAN ANAK-ANAKNYA WALAU SEKADAR SEADANYA. KOS MEMBIAYAI PELAJARAN ANAK-ANAK DI PERINGKAT TINGGI MEMANG TIDAK SEDIKIT. JAWABNYA IBUNYA YANG BERPENDAPATAN KECIL TIDAK MAMPU BERSALIN PAKAIAN BARUPUN

KESEMUA ANAK-ANAKNYA YANG SANGAT COMEL TIKA KECIL BERJAYA KE IPT DAN MENDAPAT PERKERJAAN YANG BAIK. ANAK BONGSUNYA PULA SEDANG MEMBUAT PERSEDIAAN UNTUK MENYAMBUNG PELAJARAN DI LONDON

SEORANG KAWANKU YANG BARU BERSARA SEBAGAI GURU TINGKATAN 6 SMK RENEK TERENGGANU JUGA BERJAYA MENGHANTAR 8 ANAKNYA KE IPT SEMENTARA YANG BONGSU PASTI MENYUSUL JEJAK ABANG-ABANG DAN KAKAK-KAKAKNYA TIDAK LAMA LAGI. KESEMUA ANAK-ANAK KAWANKU INI MEMPEROLEHI 10A DALAM PEPERIKSAAN SPM MEREKA. SANGAT CEMERLANG SEKALI.  BIASANYA KALAU CEMERLANG DI DALAM PELAJARAN TENTU CEMERLANG JUGA DALAM HIDUP. APATAH LAGI KESEMUA ANAK-ANAKNYA MENDAPAT DIDIKAN ILMU AKHIRAT YANG MANTAP.


PASANGAN PENULIS NOORLAILA GHAFAR BERSAMA SUAMINYA NAWAWEE MOHAMMAD, ANAK-ANAK, MENANTU DAN CUCU-CUCU

TAPI AKU TETAP BERBANGGA DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK ANAK-ANAKKU YANG SEDERHANA SAJA JUSTERU MEREKA SEMUA BERSEDIA MENEMANI SUSAH SENANGKU SEPANJANG HIDUPKU...

Wednesday, 24 July 2013

CUCU CUCU YANG LUCU....

"AQIL KENA JADI DOKTOR KAN MAMA?" MAMANYA ANGGUK SAMBIL TERSENYUM.

"AQIL RASA AQIL NAK JADI DOKTOR PAKARLAH MAMA..." TAMBAH ANAKNYA YANG BARU BERUSIA 6 TAHUN ITU DENGAN YAKIN.

"WAH BAGUS TU...NANTI ADA DOKTOR DALAM KELUARGA KITA BOLEH TOLONG UBATKAN SEMUA..."

"ADIK KENA JADI USTAZ KAN MAMA? NANTI BOLEH ADIK BACA ALIF BA TA DENGAN KUAT...MACAM USTAZ BACA AJAR ADIK KAT MASJID TU..." PINTAS ARIFF PANTAS DAN PETAH MEMBUAT MAMA DAN ATOKNYA TAK KERING GUSI KETAWA.

ARIFF BARU BERUSIA DUA TAHUN LEBIH TETAPI MINATNYA MENJURUS KE ARAH PENGHAYATAN ISLAM. SERING MEMBERI SALAM DAN MENJAWAB SALAM, SELALU MENYEBUT SUBHANALLAH, INSYA ALLAH...ALLAH...ALLAH...ALLAH KALA TERKEJUT ATAU TERLEPAS SESUATU YANG DIPEGANGNYA. AKAN MENDOAKAN YARHAMKALLAH SETIAP KALI PAPANYA TERBERSIN. CEPAT BETUL ANAK KECIL INI MENYERAP ILMU YANG TERLINTAS DI SEKELILINGNYA. SEBAB ITU MAMANYA SERING KATAKAN KEPADANYA, "ADIK NANTI JADI USTAZ..."

SETIAP KALI TERINGATKAN JAWAPAN ARIFF ITU HATIKU BAGAI TERGELETEK DICAMPUR TERKENANG BABAK LUCU RAJA LAWAK ASTRO KUMPULAN KECIK CERITA ANAK KECIL MEMBACA ALIFF BA TA TIKA DIGANGGU TOYOL.
MOGA CUCU CUCU INI MEMPEROLEHI APA YANG DICITA-CITAKAN SEJAK KECIL DI HATI MEREKA. SEBAB BUKANKAH CITA-CITA ITU PERLU DIBENTUK SEJAK AWAL LAGI...

Wednesday, 26 June 2013

SAKIT SUNGGUH...

TERLANJUR REPLY KOMEN KAWAN-KAWAN YANG MENGUNJUNGI LAMANKU DI LAMAN MEREKA LANGKAHKU TERUS MENYUSURI RUANG MAYA MENEMUI KENALAN BARU DI LAMAN ITU DAN SETERUSNYA.

KEBANYAKANNYA BLOG-BLOG INI DIPUNYAI IBU-IBU MUDA YANG MENGONGSI CERITA MEREKA BERSAMA ANAK-ANAK KESAYANGAN MEREKA. HATIKU TERHARU MELIHAT GAMBARAN KASIH SAYANG YANG TIDAK BERBELAH BAHAGI ANTARA IBU DAN ANAK.

PERASAAN KASIH SAYANG IBU/BAPA TERHADAP ANAK-ANAK SEBENARNYA JUSTERU ALLAH TELAH MENCAMPAKKANNYA KE DALAM HATI NUBARI MEREKA YANG BERGELAR IBU/BAPA KATA SEORANG USTAZ.

PABILA MUTAKHIR INI MEDIA-MEDIA MEMAPARKAN KEZALIMAN IBU ATAU ORANG DEWASA YANG SANGGUP MENYIKSA DAN MENDERA ANAK-ANAK KECIL HATI KITA TENTU TERSENTUH SEKALI DAN TERASA SEOLAH KITA YANG DISAKIT BEGITU TERUK SEKALI.


Sejak kebelakangan ini, trend teman lelaki mendera anak teman wanitanya, seorang ibu tunggal, makin menjadi-jadi. Penderaan itu membawa luka yang parah dan amat sakit untuk ditanggung oleh anak kecil yang tidak mengerti apa-apa itu dan kes yang lebih tragik membawa kepada kematian.
Terbaharu, seorang lelaki ditahan polis kerana dipercayai mendera anak teman wanitanya yang berusia dua tahun sehingga menyebabkan kematian dan dikebumikan di kaki Gunung Brinchang, Cameron Highlands. Kanak-kanak berkenaan dikatakan mati setelah mengalami lelah dan muntah akibat dipukul dengan kayu.
Semalam juga, seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun ditemui dalam keadaan sangat lemah kerana dibiarkan berlapar di dalam rumahnya di Taman Perumahan Gong Badak di Kuala Terengganu. Dia dipercayai menjadi mangsa dera bapa tirinya, yang baru 10 bulan berkahwin dengan ibunya. Dia bukan saja tidak diberi makan tetapi dipukul dan dicucuh puntung rokok. Banyak kesan lebam, bengkak, bernanah, melecur di bahagian perutnya.
Sebelum itu, seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun juga berjaya diselamatkan atas aduan orang awam setelah dipercayai menjadi mangsa dera rakan lelaki ibunya di Bukit Chendering, Terengganu.
Kanak-kanak itu ditemui dalam keadaan sebelah kakinya berwarna kehitam-hitaman dan berbau busuk dipercayai akibat terkena objek panas setelah seminggu dibiarkan begitu


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130626/re_03/Sanggup-si-ibu-biarkan-anak-menderita#ixzz2XIf3C23k
© Utusan Melayu (M) Bhd 


APAKAH PERASAAN KASIH SAYANG SESAMA INSAN TIDAK LANGSUNG MEMBEKAS DI HATI MEREKA YANG TERLIBAT MELAKUKAN KEKEJAMAN TERHADAP ANAK-ANAK KECIL YANG TENTUNYA TIDAK BERDOSA ITU?

AKU SENDIRI PERNAH MERASA KEHILANGAN KERANA TIDAK DAPAT MENJAGA, MENDIDIK, MEMBELAI, MEMESRAI, MENGASEHI ANAK-ANAKKU DENGAN SANGAT SEMPURNA TIKA MEREKA KECIL  KERANA SAKIT LUMPUH SEPARA AKIBAT KEMALANGAN JALAN RAYA.

ANAK-ANAKKU PERNAH BERSUNGUT; JIKALAU IBU TIDAK SAKIT  TENTU KITA TIDAK BEGINI, SETIAP KALI CUTI IBU AKAN BAWA KITA JALAN-JALAN, MAKAN-MAKAN DAN MACAM-MACAM YANG KITA LAKUKAN BERSAMA. KINI IBU SAKIT DAN KITA TIDAK DAPAT SEPERTI DULU LAGI.

ITU CERITA DULU-DULU. ANAK-ANAK KECIL ITU KINI DEWASA SEADANYA SEPERTI MEREKA YANG MILIKI IBU/BAPA YANG NORMAL...NAMUN AKU SENTIASA MERASA KESAL  KEHILANGAN YANG AMAT SANGAT KERNA TIDAK DAPAT MENCURAHKAN KASIH SAYANG MILIKKU TERHADAP ANAK-ANAK KESAYANGANKU TIKA MEREKA SANGAT MEMERLUKANNYA...

MyBloglist