KECANTIKAN GADIS/PUTRI PADA ZAMAN DULUKALA DILUKISKAN PERIWAYAT HIKAYAT LAMA ADALAH MENYELURUHI SEPERTI WAJAHNYA BERSINAR MENAWAN, SEPASANG MATA BAK KEJORA, PIPI MULUS BAK PAUH DILAYANG, HIDUNG MANCUNG BAK SELUDANG, GIGI PUTIH BAK SUSUNAN MUTIARA, ALIS LENTIK BAK BULAN SABIT, RAMBUT PANJANG BAK MAYANG MENGURAI, SUARA MERDU BAK BULUH PERINDU....DAN....DAN....
BARANGKALI SEMUA DESKRIPSI TENTANG GADIS/PUTRI DAHULU DAN SEKARANG TIDAKLAH BERBEZA MELAINKAN PELUKISAN BAHASANYA. TETAP DENGAN KEUNGGULAN PERIBADI YANG CANTIK JELITA MENAWAN. TAPI TIDAK RAMAI YANG MAHU BERAMBUT PANJANG IKAL MAYANG MENYERLAHKAN LAGI KEJELITAAN.
LEBIH SELESA BERAMBUT PENDEK UNTUK LEBIH PRAKTIKAL DAN CERGAS KE SANA SINI MELAKUKAN AKTIVITI DI DUNIA YANG SANGAT MENCABAR INI. LAGIPUN KINI KEBANYAKAN WANITA MUSLIM BERTUDUNG LITUP DAN KITA TIDAK PASTI SAMADA MEREKA BERAMBUT PANJANG ATAU PENDEK.
TETAPI SESEKALI KALA TERIMBAU CERITA PENGLIPUR LARA HIKAYAT LAMA KITA TERBAYANGKAN WAJAH-WAJAH AYU JELITAWAN NAN RUPAWAN BERAMBUT PANJANG MENGURAI...
Patutlah viral Ayam Gepuk Top Global ....
-
Dah lama kak ana tengok orang share makan Ayam Gepuk Top Global di
mana-mana media sosial. Teringin sangat nak cuba tapi kak ana ni penakut
pedas. Kebanya...
14 hours ago
nampak cantik dan ayu bila berambut panjang =)
ReplyDeleteyes setuju denganmu, memang cantik ayu bila berambut panjang...tq Kak Nah Backyard...
ReplyDelete