MENTARANG MENGGAMIT KENANGANKU TAHUN AWAL -70AN KALA MASIH SEKOLAH RENDAH DI KAMPUNG HALAMANKU DI DULANG KECHIL. SUKANYA AKU BERSAMA RAKAN-RAKAN SEBAYA BERMAIN TAMBUR LAUT MENGOREK MENTARANG TIKA AIR LAUT SURUT.
MENGOREK MENTARANG TIDAKLAH SUSAH, HANYA DENGAN MEMBENAMKAN TANGAN DI TEMPAT MATA AIR MENTARANG YANG DIKENAL PASTI DAN MENGELUARKAN MENTARANG DARI TAMBUR LAUT YANG LEMBIK ITU. TAPI HARUS HATI-HATI KERNA KULITNYA KASAR DAN NIPIS MAMPU MELUKAKAN JARI.
SELAGI TIDAK PENUH BESEN DENGAN MENTARANG SELAGI ITULAH LEKA MENCARINYA. MEMBIARKAN SINAR MENTARI AWAL PAGI MEMBAKAR DIRI. HENDAK BERGERAK DI DALAM TAMBUR LAUT YANG DI PENUHI DENGAN KETAM, IKAN BELACAK, OBOR-OBOR DAN PELBAGAI HIDUPAN TAMBUR LAUT KADANG ULAR LAUT SAMBIL MENOLAK BESEN MENTARANG BUKANLAH SENANG.
SUDAHLAH BADAN KOTOR DAN COMOT DILUMURI SELUT NAMUN KERANA SERONOKNYA MENCARI MENTARANG TETAP JUGA DILAKUKAN. BADAN YANG KOTOR BOLEH DIBERSIHKAN DI TALI AIR YANG JERNIH SAMBIL MEMBASUH MENTARANG YANG DICARI ITU. BERENANG-RENANG MENYEGARKAN BADAN DENGAN RAKAN-RAKAN MERIAKAN DAN MENGURAI KELETIHAN YANG MULAI DIRASAKAN.
SAMPAI DI RUMAH TENTULAH KEPENATAN DAN TUGAS MEMASAK MENTARANG YANG SANGAT ENAK RASANYA ITU DIURUSKAN PULA ANAK-ANAK DARA YANG TAKUT KOTOR TERKENA SELUT LAUT.
LALA DITUMIS REBUS
MENTARANG SEDAP DIREBUS SAJA ATAU DIMASAK GULAI LEMAK DENGAN MENGELUARKAN ISI DARI CENGKERANGNYA.
SIPUT BIJI NANGKA
APABILA MUSIM MENTARANG HABIS, BERGANTI PULA DENGAN MUSIM MENCARI KERANG DAN KEMUDIANNYA MUSIM MENANGGUK LALA.
JIKALAU MALAS BERMAIN SELUT LAUT, DI PANTAI YANG KERING TAPI BERTANAH LEMBUT BOLEH JUGA DIKOREK SIPUT BIJI NANGKA UNTUK DIJADIKAN HIDANGAN.
KERANG
BEGITULAH PUTARAN KEHIDUPAN LAUT MELIMPAH-RUAHKAN REZEKI KEPADA HAMBA-HAMBA-NYA DENGAN IZIN ALLAH. SUBHANALLAH....YANG DIPERLUKAN CUMA TENAGA DAN KERAJINAN BERSUNGGUH.
SEMUA PIC GOOGLE...
mentarang..selalu lalu jalan situ..xpernah singgah beli sebab xtau nak makan cemana..hee..baru tau nie..=)
ReplyDeletemesti cuba dan rasa keenakannya. mudah saja nak makannya cuma keluarkan isi dari kulitnya. mentarang yg dijual di sini dibakar n di makan dgn sambal. tq Kak
ReplyDeletecubalah merasa rezeki Allah itu...sedap sangat. mudah saja nak makannya hanya keluarkan isi dari cengkerangnya n nyum nyum. kat gerai situ dijual mentarang bakar yg dimakan dengan sambal tq -Kak Nah Backyard-
Salam auntie :)
ReplyDeletesy suka baca kisah mentarang entry ni, bait2 ayat yg sungguh puitis :)
auntie, sedap mentarang ni, kalau pergi berkelah ke pantai remis di jeram, ayah rajin cari mentarang dan sy pula cari remis kt tepi pantai :) itu pon ikut musim,kadang2 sampai 2 baldi besar ayah dpt mentarang dan dapatlah diberi pd jiran2 sebab kat rumah sy hanya sy, adik dan mak jer suka makan :)
wsalam eithusa...tq gitulh cara aunt menulis. ye euthusia mentarang ni kalau bermusim mmg banyak. sekejap saja mencarinya dh penuh sebesen. rasanya pada aunt unik sedap tp ada juga yg xgemarinya.
ReplyDelete