Sunday, 16 June 2013

PASRAH REDHA...2

        DIA MENANGIS. MENANGIS SUNGGUH SUNGGUH SEKUAT HATINYA KALA
SUAMINYA MEMBERITAHUNYA AKAN BERKAHWIN LAGI. TAK MUNGKIN DIA KETAWA KERANA BERITA YANG DITERIMANYA BUKANNYA MENYUKAKAN HATINYA. HANYA KESEDIHAN YANG DIRASAKAN TIADA TOLOK BANDINGNYA.

TAPI APALAH DAYANYA  MEMBANTAH SEDANGKAN HENDAK MENGELUARKAN SUARA DARIPADA KERONGKONGANYA TERNYATA SUKAR DAN PAYAH. TERASA KESAKITAN YANG DITANGGUNGNYA AKIBAT KECEDERAN TERUK (KOMPLIKASI) MELAHIRKAN ANAKNYA YANG KEEMPAT MENYEBABKANNYA HILANG UPAYA DIRI SEMAKIN MENGULITINYA. PERIH AMAT.

NAMUN DIA HARUS SEDAR DIRI BAHAWA POSISINYA SEBAGAI ISTERI PERLU DIISI SESEORANG WANITA LAIN KERANA DIA TELAH MENINGGALKAN RUANG KOSONG JUSTERU KETIDAK-UPAYAAN DIRINYA MELAKSANAKAN TUGASAN SURI SEBAIKNYA. SUAMINYA PERLUKAN BELAIAN KASIH SAYANG SEORANG ISTERI SEBAGAI PEMANGKIN KEHIDUPANNYA SETERUSNYA.

"ABANG KAHWIN LAGI BUKAN SEBAB ABANG TAK SAYANG TAPI DEMI ANAK-ANAK...."
TEGAS SUAMINYA.
"SAYA KAHWIN DENGAN ABANG SEBAB SAYA KASIHAN TENGOK ANAK-ANAK ABANG TAK ADA SIAPA YANG JAGA," SAHUT ISTERI BARU SUAMINYA MELUAHKAN NIAT MURNINYA.

DIA PASRAH DAN REDHA WALAU TAKDIR HIDUP YANG DILALUI KINI BUKAN PERMINTAANNYA. DAN DIA INGIN MELIHAT CERITA HIDUPNYA BAGAIMANA PULA SETERUSNYA.

RENCANA YANG DIRANCANG TIDAK BERLAKU SEBEGITU. DAN DIA TERUS KEHILANGAN SUAMINYA SEMENTARA ANAK-ANAK PULA TERUS MERINDU MENGHARAPKAN KASIH BAPA YANG TELAH MENINGGALKAN MEREKA LANTARAN SIBUK MENGURUSI KEHIDUPAN BARUNYA YANG SERBA BARU.....

RUPANYA TAKDIR MENUNTUT KESABARAN YANG TIDAK SEDIKIT DARINYA UNTUK TEGA MENGHARUNGI ARAL YANG MELINTANG LALUAN HIDUPNYA....

6 comments:

  1. sudah menjadi lumrah alam, sebelum dapat berbagai janji manis ditabur..

    ReplyDelete
  2. Tersentuh juga hati wanitamu yer...tq -Kak Nah Backyard...begitulah adanya.

    ReplyDelete
  3. Lela merasai luka dukamu... dukamu, dukaku jua... Menatap wajahmu Ida, menginsafkan diri ini, betapa masih bayak lautan nikmat yang Allah beri

    ReplyDelete
  4. Hanya yg merasainya sangat mengerti Lela...tak mengapalah pasrah n redha saja...tq lela

    ReplyDelete
  5. sedih pulak baca n3 sebegini kak ! huhuhu

    ReplyDelete
  6. sedih yer...secebis kisah hidup KA...tq

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist