بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

MUDAH SAJA BUAT KARIPAP ROTINI...TAK PAYAH SUSAH SUSAH MENGULI DOH CUMA SIAPKAN INTINYA SAJA...NAK BUAT INTI TERPULANG PADA RASA KESUKAAN KITA...CUMA BIAR AGAK KERING AGAR SENANG MENEKAPNYA DENGAN ACUAN...

Image may contain: food


Resepi Karipap Roti

Bahan-bahannya:
Roti gardiner sebungkus
Inti:
Telur 3 biji
Lada sulah
Garam Secukup rasa
Sebiji bawang merah bawang

Cara-cara buat:
Inti Karipap Roti
1. Hiris halus bawang merah
2. Pecahkan telur, letak garam kemudian campur bawang merah yang telah dihiris. pukul telur tersebut.
3. Panaskan kuali dengan api sederhana
4. Tuangkan minyak dan kacau telur dengan pelahan sehingga hancur.
5. Angkat telur hancur tadi kemudian tabur lada sulah.

Kulit Karipap Roti
1. Ambil sekeping roti
2. Letakkan diatas acuan karipap (banyak terjual di supermarket)
3. Isikan inti yang telah dimasak tadi
4. Tekapkan dengan acuan
5. Goreng dalam minyak yang panas (1-2 minit shj)
6. Angkat dan toskan. Jangan menggoreng terlalu lama kerana roti cepat menyerap minyak.

Setelah siap digorengkan hidangkan bersama sos cili dan kopi O panas. Selamat mencuba ye.

18 ulasan - "KARIPAP ROTI..."

Sheila Adziz delete icon 7 Februari 2017 4:50 PTG

alamak... sedapnya kak PI... sy mmg kuat makan skang ni... hehe

aryan azra delete icon 7 Februari 2017 5:20 PTG

sedap tu PI, tak pernah saya cuba buat lagi, nanti boleh cuba nih

Khairul Bariah delete icon 7 Februari 2017 6:10 PTG

Oh kak PI idea yg baik ni. Senang nak buat utk mkn sendiri bersama anak2. Saya makan karipap suka, nak menguli kulitnya tu yg malas.

PeRdU cINta delete icon 7 Februari 2017 8:27 PTG

Yang paling best ni salah satu cara mengelakkan roti tak habis sebab dekat tarikh expired,.tq kak PI..menjana idea untuk PC.

Muhammad Khairuddin Lim delete icon 7 Februari 2017 8:41 PTG

sedap ...

Mrs Anna delete icon 7 Februari 2017 9:59 PTG

blh cuba lepas ni....slalu roti tak abis huhu..tq for sharing.

abuikhwan delete icon 7 Februari 2017 10:55 PTG

Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
Wah bagus ni, karipap roti. Tak perlu goreng dah, makan macam tu je...jimat masa...heheh

Nick Nashram delete icon 7 Februari 2017 11:02 PTG

kalau saya karipap ni beli yang jenis frozen kat mydin..balik goreng..huhu

Sweetie delete icon 7 Februari 2017 11:53 PTG

Wah simple dan mudahnya PI.

raihanah delete icon 8 Februari 2017 9:16 PG

senang gak buatnya kak PI

Kamsiah Yusoff delete icon 8 Februari 2017 10:38 PG

inti sardin hehe..ssedap..

E'in delete icon 8 Februari 2017 10:52 PG

sedapnye.. boleh cuba laa nanti..

paridah delete icon 8 Februari 2017 11:09 PG

TKSH SHIELA SEDAP TU CUBALAH.

dear anies delete icon 8 Februari 2017 11:37 PG

sedapnya kakk

dorsett pink delete icon 8 Februari 2017 12:01 PTG

pandai kak PI buat karipap. nampak sedap.. yummy yummy

acik idah delete icon 8 Februari 2017 9:06 PTG

wallah... terbaik Kak PI... sesuai untuk idah yang malas mencanai dan menguli tepung nie... hehehe...

atiehilmi dot com delete icon 12 Februari 2017 3:21 PG

wah !! kak.. pinjam resepi ya.. nak buat bekal untuk suami dan anak nanti.. hee~

Qaseh Vee delete icon 14 Februari 2017 11:00 PTG

my anak buah rajin baut kak PI . Pastu baki roti tu saya paksa makan . nak buang membazir kan ... heheheee .

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”