بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

Seorang pemandu bot pelancong terpaksa berhenti bekerja selepas mendakwa terserempak seekor ular besar berwarna hitam di Tasik Chini pada 1980-an.

"Itu kali pertama saya melihat ular sebesar tong dram. Saya terus berhenti bekerja sebagai pemandu bot selepas kejadian itu dan sampai sekarang, saya tidak lagi berani turun ke sana," kata Mohd Razali M Baki, 62, yang menetap di Kampung Felda Chini, sejak 34 tahun lalu.

Beliau berkata, kisah mengenai 'Naga Tasik Chini' atau 'Naga Sri Gumum' sudah diceritakan oleh nenek-moyang mereka sejak zaman berzaman tetapi mengakui tidak pernah ternampak naga berkenaan.

"Boleh dikatakan kami membesar dengan kisah 'Naga Tasik Chini'. Ada macam-macam versi. Namun, sampai sekarang, kita tidak tahu ia wujud atau tidak," katanya.

Mohd Razali mengakui bulu romanya meremang setiap kali menceritakan kembali pengalamannya itu kerana kejadian itu berlaku di depan mata dan sampai sekarang tidak dapat dilupakannya.

"Saya cuba mengelak jika ada yang minta saya ceritakan kembali pengalaman itu. Ia bukan pengalaman yang manis, tapi cukuplah untuk dijadikan pedoman.

"Kita tidak boleh terlalu mencabar alam. `Mereka' ada semangat atau elemen mistik yang tidak kita fahami. Jangan kita cabar 'mereka', silap-silap buruk padahnya," katanya.

Beliau berkata, sekitar tahun 1990-an, ada sekumpulan kru penerbitan drama membuat penggambaran di sekitar Tasik Chini dan menetap di chalet berhampiran tasik berkenaan.

Katanya, seorang daripada kru penerbitan itu dipercayai melanggar syarat ditetapkan Orang Asli dan mengakibatkan mereka semua tidak dapat tidur semalaman akibat menerima gangguan.

"Benda seperti ini berlaku, jangan bercakap besar dan jangan mencabar 'mereka'. Kuasa alam ini, kita tidak tahu sejauh mana mereka mahu menguji kita.

"Bukan bermakna kita takut tapi kita kena hormati 'mereka' bagi memastikan tidak ada benda pelik berlaku," katanya.

Kebanyakan mitos mengenai Tasik Chini diperoleh daripada Orang Asli yang mula-mula meneroka kawasan berkenaan.

Seorang lagi penduduk, Mohd Fikri Amin Adenan, 37, berkata Tasik Chini menyimpan banyak misteri.

Katanya, ada penduduk kampung berkenaan pernah didatangi 'lembaga hitam' selepas membunuh seekor ular di tasik berkenaan ketika cuba melepaskan pukatnya yang tersangkut.

"Sebagai generasi kedua yang menetap di FELDA Chini, saya banyak dengar kisah misteri daripada orang lama. Secara peribadi saya belum mengalami sebarang kejadian mistik, namun ia tidak bermakna saya tidak mempercayainya.

"Kisah misteri 'Naga Tasik Chini' dan kewujudan bandar lama serta piramid di dasarnya juga belum terbukti kebenarannya. Namun, jika benar ada pihak pernah datang melakukan kajian, kemungkinan piramid itu wujud ada asasnya.

"Kalau tidak, kenapa mereka perlu bersusah-payah datang ke sini," katanya.

Mohd Fikri berharap biarlah misteri menyelubungi Tasik Chini bersemadi tanpa gangguan.

Katanya, proses pembangunan di kawasan tasik itu perlu diberi perhatian bagi mengelakkan keindahan Tasik Chini lenyap hingga tidak dapat lagi menarik kedatangan pelancong.

INFO

Tasik Chini

- Tasik semula jadi seluas 5,026 hektar yang berada di tengah Pahang

- Menjadi habitat 138 spesies flora, 144 spesies ikan air tawar dan kira-kira 300 spesies hidupan bukan akuatik

- Terkenal dengan kisah mitos mengenai naga, bahkan turut dijadikan pusat kajian kewujudan Kota Lama Empayar Khmer yang berada di dasarnya

- Terdapat 12 tasik atau pulau di Tasik Chini yang membentuk tasik sebagai tasik kedua terbesar di Semenanjung Malaysia

- Semua tasik atau pulau di Tasik Chini dikenali sebagai 'laut' oleh penduduk tempatan, antaranya dipanggil Laut Gumum, Laut Pulau Balai, Laut Chendahan, Tanjung Jerangking, Genting Teratai, Mempitih, Kenawar, Serodong, Melai, Batu Busuk, Labuh dan Jembarau

- Diiktiraf sebagai kawasan rizab biosfera oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO)

- Kira-kira 500 penduduk Orang Asli tinggal di beberapa kampung sekitar Tasik Chini


Mohd Razali M Baki, 62, penduduk Kampung Felda Chini, 

- See more at: http://pahang-ku.blogspot.com

20 ulasan - "BANYAK LAUTAN DI- DARAT"

Nooriah Abdullah delete icon 11 April 2015 9:42 PTG

selamat malam dear Paridah, wah cerita naga tasik chini pulak ya, dulu2 mmg famous sngt cerita ni kan, mcm2 mitos di dengar itu ini begitu begini kan..

Muhammad Khairuddin Lim delete icon 11 April 2015 10:12 PTG

wah...teringin ke tasik chini suatu masa nanti.

paridah delete icon 11 April 2015 10:38 PTG

SELAMAT MLM NOOR..CERITA METOS GINI BAWAAN SECARA LISAN MUNGKIN ADA BENARNYA...TQ NOOR.

paridah delete icon 11 April 2015 10:40 PTG

CANTIK TEMPAT NI BANYAK KEMUDAHANNYA TERSEDIA TAPI AGAK JAUH DARI BANDAR..PEDALAMAN SGT...TQ MKL.

Pha Is delete icon 11 April 2015 11:28 PTG

owh.. patut la tajuk entri banyak laut di darat..

Fidah Shah delete icon 12 April 2015 1:01 PG

Kisahnya menjadi lagenda..Ala2 mistik pun ada

Gee Lion delete icon 12 April 2015 1:32 PG

teringat filem hitam putih naga tasek chini dulu.. ^_^

Dunia Zumal delete icon 12 April 2015 3:46 PG

Zumal suka baca artikel macam nie dan teringin juga menyingkap disebalik misteri itu...

muhammad nizam delete icon 12 April 2015 9:07 PG

teringat m.nasir jadi naga tasik chini dalam cerita magika,,,,

Sham delete icon 12 April 2015 9:27 PG

Salam pkenalan...singgah sini n terus folow...

Huh ni cite legend org pahang ni...

paridah delete icon 12 April 2015 10:34 PG

salam perkenalan sham...tq. kak pun dh follow blog sham n bloglist.
org phg mesti biasa dgn kisah ni.

paridah delete icon 12 April 2015 10:36 PG

yeke..magika kisah himpunan metos Melayu...tq mohd nizam.

paridah delete icon 12 April 2015 10:40 PG

kisah misteri lama giniwalau disingkap tetap ada rahsianya lagi...tq zumal

paridah delete icon 12 April 2015 10:43 PG

yeke..sepasang hero n heroin filem yg cantik n kacak...tq gee.

paridah delete icon 12 April 2015 10:44 PG

mmg mistik n misteri..tq fidah..

paridah delete icon 12 April 2015 10:45 PG

heh..heh..tajuk bikin gempaq kan pha is...tq

Siti Yang Menaip delete icon 13 April 2015 11:37 PG

ehehee uish seram jugak Tasik Chini ni.. huurm..
janganla p brani2 sngt.. kena tahu hormat juga.. ada sebab kenapa itu ini x boleh..
misteri sungguh.. xde sapa brani p selam tengok ke ? hehehe..

paridah delete icon 13 April 2015 3:34 PTG

TASEKNYA LUAS SGT SITI...ADA JUGA KAJIAN SEJARAH DIBUAT..PELBAGAI PENEMUANNYA SPT PIRAMID TAPI ORG TEMPATAN XBERANI NK MNGUSIK APA2...ALAM KITA NI SARAT DGN RAHSIANYA...TQ SITI YG MENAIP.

Khai♥Rin : anies delete icon 13 April 2015 8:47 PTG

sy dgr je sblm ni tp belum penah tgk lg

paridah delete icon 16 April 2015 11:22 PG

LISAN MSYRAKT TEMPTAN N MUNGKIN ADA BENARNYA TQ ANIES.

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”