بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

PULUT KUNING SENTIASA MENDAPAT TEMPAT DALAM SETIAP MAJLIS ORANG-ORANG MELAYU. ADAT LAMA YANG DIWARISI SEJAK LAMA TIDAK PERNAH DIKETEPIKAN. SEDAP SEKALI BERSILA MAKAN PULUT KUNING BERSAMA GULAI DAGING ATAU RENDANG JUGA APA SAJA LAUK-LAUK YANG DISUKAI.

MENGHIAS PULUT KUNING DENGAN CANTIK BERSENI BEGINI BIASANYA KALAU PULUT KUNING DIJADIKAN PENYERI SESUATU MAJLIS SEPERTI PERTUNANGAN, PERKAHWINAN, HARIJADI ATAU APA SAJA MAJLIS KERAIAN YANG BESAR.

CNY TIDAK LAMA LAGI PASTI KITA DAPAT MENIKMATI PULUT KUNING YANG DISEDIAKAN DI KENDURI-KENDURI PERKAHWINAN YANG DILAKUKAN PADA MUSIM CUTI CHINESSE NEW YEAR YANG AGAK PANJANG TIDAK LAMA LAGI. SEKOLAH PUN DAH MULA CUTI CNY ESOK.





SEMUA PIC GOOGLE.

RESEPI...DAPUR TANPA SEMPADAN TIFFINBIRU.COM

PULUT KUNING.

BAHAN-BAHANNYA :-)
1.2 kg beras pulut (che mat guna pulut susu)
2 camca besar serbuk kunyit (Adabi)
1 keping asam gelugor
Air secukupnya
500 ml santan pekat
1 camca besar penuh garam atau secukup rasa
1 helai daun pandan, disimpul
Rendang ayam atau daging (resipi boleh rujuk sini dan sini)
Sambal tumis sotong (resipi boleh rujuk sini)
Serunding, jika suka
Telur rebus, jika suka

pulot kuning3
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pulut dicuci, kemudian masukkan ke dalam bekas, tuang air secukupnya (hingga pulut tenggelam), tambah serbuk kunyit dan kacau rata. Masukkan asam gelugor dan biar pulut terendam semalaman atau sekurang2nya 8 jam. Kemudian toskan dalam tapis dan keluarkan asam gelugor. Ketepikan.
  2. Panaskan kukusan. Ambil bahagian atas kukus (yang berlubang). Alas bawahnya dengan tudung periuk. Pastikan saiznya menutup lubang2 kukus, dan tudung periuk dalam keadaan terbalik (seperti dalam gambar di atas).
  3. Letak sebatang senduk kayu di dalam kukus (seperti dalam gambar). Kemudian tuang pulut yang anda toskan tadi ke dalam kukus. Ratakan dan biar sekejap. Letak daun pandan dan angkat kukus berisi pulut dan terus letak atas air mendidih. Ada sedikit baki2 pulut atas tudung periuk, anda kaut dan masukkan dalam kukus, tutup dan kukus 25 minit.
  4. Sementara itu, bancuhkan garam dengan santan pekat, kacau rata. Angkat pulut dari kukus dan alihkan ke dalam bekas besar. Keluarkan senduk kayu tadi. Curahkan santan pekat sedikit demi sedikit atas pulut dan gaul rata2. Buat hingga santan habis. 
  5. Masukkan kembali pulut dalam kukus (kali ni tak perlu letak senduk kayu). Dan sambung kukus selama 25 - 30 minit atau sampai pulut masak dan lembut. Boleh alihkan dari kukus. Hidangkan bersama rendang, sambal tumis atau kari ayam/daging..
CATATAN MAT GEBU:- Tujuan meletak sebatang senduk kayu pada tengah2 kukus sebelum pulut dituang, kebarangkalian ialah untuk memudahkan pulut dikeluarkan dari kukus sebelum proses menggaul dengan santan pekat....



28 comments - "SENI PULUT KUNING..."

Najib Ariyan delete icon 16 February 2015 at 15:27

fuyoooo sedapnya.... best kalau makan ngan rendang tu...

nohas delete icon 16 February 2015 at 16:13

sedap tu pulut kuning...

Muhammad Khairuddin Lim delete icon 16 February 2015 at 16:35

Hiasannya cantik

Comtel Cell delete icon 16 February 2015 at 18:20

pulut kuning ini sama nggak dengan beras ketan kuning?

Mbak Susi delete icon 16 February 2015 at 19:46

Melihat fotonya aja udah menggugah selera, apalagi bisa langsung mencicipinya :)

Nooriah Abdullah delete icon 16 February 2015 at 22:50

boleh try lah lepas ni pulut kuning mmg fav sedapp di makan bila2 masa saja

Etika Maria delete icon 17 February 2015 at 00:57

macem ni banyakLah di Parepare juga, apalagi saat maulid Rasul :)

Bin Muhammad delete icon 17 February 2015 at 09:26

Sesekali pekena pulut memang best! Tapi kalau dah dihias cantik tu...terasa sayang pula nak makan...hehe

Irfa delete icon 17 February 2015 at 10:25

sampai sekarang, sy tak reti masak pulut. sian kan?

Zaitun delete icon 17 February 2015 at 10:25

Pulut kuning feveret kakzai. Makan dengan sambal tumis pun sedap.

Kakzakie delete icon 17 February 2015 at 11:43

Petua letak senduk kayu tu kakak baru tahu - menarik juga kan PI
Selama ini kakak buat alas dgn daun pisang aje dan proses buatnya sama
Teringin pulak nak buat cuti CNY ni:)

Dunia Zumal delete icon 17 February 2015 at 11:50

Zumal suka pulut kuning nie... Makan dengan gulai ayam best ^-^

abuya delete icon 17 February 2015 at 15:57

feberet ever...

paridah delete icon 17 February 2015 at 22:06

YA SEDAP NI MKN DGN RENDANG ...TQ NAJIB.

paridah delete icon 17 February 2015 at 22:07

MMG SEDAP SGT...TQ NOHAS.

paridah delete icon 17 February 2015 at 22:09

HIAS MESTI CANTIK...TQ MKL.

paridah delete icon 17 February 2015 at 22:17

ENTAHLAH...TAK PASTI PULA KAK...DI SINI DIPANGGIL BERAS PULUT...KUNING SBB DIRENDAM DGN KUNYIT UTK MENGUNINGKANNYA.

paridah delete icon 17 February 2015 at 22:18

YA SEDAP NI MBAK SUSI...TQ

paridah delete icon 17 February 2015 at 22:20

CUBALAH NORIAH XSUSAH NK BUAT...TQ

paridah delete icon 17 February 2015 at 22:28

YEKE..PENTING PULUT KUNING DLM MJLIS BESAR GITU...TQ ETIKA MARIA.

paridah delete icon 17 February 2015 at 22:40

DIHIAS CANTIK2 TU SPY BERTAMBAH SELERA MAKAN TU...TQ BM.

paridah delete icon 17 February 2015 at 22:42

YEKE...XGEMAR SGT KOT...TQ IRFA.

paridah delete icon 17 February 2015 at 22:44

SEDAP PULUT NI ASAL ADA LAUKNYA AJA KAN...TQ ZAITUN.

paridah delete icon 17 February 2015 at 22:48

KAK PUN GITU KAK ZAKIE KALAU KUKUS PULUT SUKA ALAS DGN DAUN PANDAN...XPERNAH CUBA ALAS DGN TUDUNG PERIUK N SENDUK NI..BOLEHLAH DICUBA...TQ KAK ZAKIE.

paridah delete icon 17 February 2015 at 22:51

YELA ZUMAL GULAI AYAM MMG SERASI DGN PULUT KUNING....TQ ZUMAL.

paridah delete icon 17 February 2015 at 22:52

YEKE..SEDAP NI...TQ ABUYA.

Khai♥Rin : anies delete icon 18 February 2015 at 09:48

ooo ada petua mcm tu ek? sblm ni sy tgk org letak mcm tu je... bla buka penutup cuma renjis dgn air...

paridah delete icon 18 February 2015 at 14:43

yeke..org dulu2 bnyak putuanya utk mudahkan kerja...tq anies.

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”