Sunday, 26 October 2025

MEMORI CINTA

 ASSALAMUALAIKUM



MEMORI CINTA

.

Tersalah  langkau lahan di rawa,

jiran meramu duku di bokor;

hanyalah dikau belahan jiwa,

kehadiranmu daku bersyukur.

.

Hiasan  tata lataran mudah,

halaman bersih saran paduka;

lukisan cinta lakaran indah,

anyaman kasih hamparan duka.

.

Dara  di jeti ketara gayat,

juring sengkalan merinding lengan;

kejora hati lantera hayat,

seiring jalan berganding tangan.

.

Keliling  bandar rasi selesa,

nona menyepi di ruai tumpi;

saling bersandar berkongsi rasa,

berlena impi dibuai mimpi.

.

Lama  mencari sarang reriang,

sebelah turi nyonya berdiri;

jelma mentari benderang siang,

sedarlah diri hanya memori.


Thursday, 23 October 2025

ELIPSIS

 

Assalamualaikum


 

Alhamdulillah ELIPSIS, antologi terbaru Akademi SPTA selamat kepenerimaan PI kiriman Sifu Tabir Alam. Terima kasih banyak Sifu. Antologi terbitan Akademi SPTA ini merupakan himpunan puisi pelbagai genre seperti sajak, saduka, sonian, nazam, gurindam, haibun, pancalarik, pantun, pantun berkait, puisi berima, rondel, sajadah, seloka, soneta, terset, tautogram, syair, karya 32 penulis SPTA siaran GRAHA KARYA.   Naskhah  ini menyiarkan tiga puisi karya penulis terlibat. Terselit juga dalam antalogi ini puisi karya PI;

1. Soneta; Zara Qairina

2. Haibun; Cempurian Nangkadak

3. Tautogram; Polemik Pertikaian

Terima kasih banyak Sifu TA kesudiannya.

 

Tahniah Sifu Tabir Alam selaku penyelenggara dan penerbitnya

Sekiranya ingin memiliki antologi puisi pelbagai genre ini sila hubungi penulisnya atau penerrbitnya. Harganya sederhana dan mampu milik.

Wednesday, 22 October 2025

BERINGAT-INGAT

 ASSALAMUALAIKUM





BERINGAT-INGAT

 

Beringat-ingat Allah menguji,

reda tawakal sifat terpuji.

.

Beringat  kala usia muda,

ilmu sempurna penuh di dada..

.

Amal  ibadah tiasa ingat,

siap bekalan tuju akhirat.

.

Sedaya mampu beringat-ingat,

masa berlalu cepat tersangat.

.

 

Kalau  beringat pegang amanah,

kepercayaan tiada musnah.

.

Jika  berharta ingat sedekah,

limpah rezeki ternyata berkah.

 

Sejarah  silam ingat selalu,

kalau terlupa terundang pilu.

.

Beringat-ingat fitnah pesona,

waspada hindar gara durjana.


Tuesday, 21 October 2025

MISTERI MALAM

 ASSALAMUALAIKUM



MISTERI MALAM

Anakku pulang ke Terengganu bersama keluarganya sempena cuti Deepavali. Aku tinggal di rumah bersama cucuku, Arif. Pada tengah malam, aku tersedar daripada lena apabila terdengar keriuhan di ruang tamu dan dapur. Aku mengagak anakku sudah pulang. Lalu aku menyambung tidur yang terganggu itu.
Ketika subuh menjelang, aku segera bangun, menjuntaikan kaki dari katil sambil memanggil nama anakku. Kebiasaannya, dia akan menolongku ke bilik air untuk mandi dan berwuduk. Namun kali ini, tiada siapa yang datang. Mungkin anakku belum pulang lagi. Tetapi, keriuhan dan gerak yang kudengar malam tadi, suara siapakah itu? Aku termangu dalam kebingungan.
malam gelita -
sambutan Deepavali
halusinasi

Monday, 20 October 2025

MUSIM KEMBARA

 


Assalamualaikum



Alhamdulillah dua naskhah selamat kepenerimaan PI kiriman penulis mapan Tn Hj Cikgu Mustafa Siraj. Terima kasih banyak cikgu sudi hadiahkan kak karya istimewa. Baik budi cikgu moga Allah membalasnya dengan ganjaran sempurna.Naskhah tersebut ialah 60 KISAH TELADAN UMMAT dan SEMUSIM KEMBARA.

60 KISAH TELADAN UMMAT merupakan himpunan 60 kisah menarik. Antaranya  sejarah Nabi Muhammad SAW, tokoh Islam silam juga disertakan pelbagai cerita membawa ibrah bermanfaat. Naskah ini terbitan One Touch Creative Sdn Bhd

SEMUSIM KEMBARA naskhah genre travelog himpunan catatan kembara Penulis di dalam dan luar Negara bersama isteri dan kawan-kawan yang menyertainya. Setiap tempat telah dilawati disertakan gambar berkenaan. Pembaca pasti teruja catatan pengalaman dirasai Penulis. Naskhah  ini diterbitkan sendiri Penulisnya.  Tahniah syabas usaha murni. Sepanjang penglibatan Penulis dalam kesusasteran telah memenangi pelbagai anugerah karya penulisan.

Sekiranya ingin memiliki naskhah sastera istimewa sila hubungi  penulisnya @facebook. Harganya sederhana dan mampu milik.

Sunday, 19 October 2025

PELAYARAN INSANI

 ASSALAMUALAIKUM



PELAYARAN INSANI

Layar
kapal kecil,
samudera terbentang luas,
bendera Palestin megah
berkibar.

Suci
niat yang satu,
dunia bersatu,
Sumud Flotilla menjadi
realiti.

Tabah
nyawa digadai,
doa tulus kepada Allah,
ancaman Zionis
dihindar.

Hamba
beriman teguh,
reda pada takdir-Nya,
insani luhur berkorban
rasa

Saturday, 18 October 2025

TRAFIK BLOG SEPTEMBER

ASSALAMUALIKUM


 


TRAFIK BLOG

 

.

Sudah masuk dua minggu trafik blog Karyaku mencanak tinggi. Aku hairan juga tiba-tiba jumlah pelayar yang singgah mencecah dua belas ribu setiap hari. Apakah yang mereka cari dalam blog Karyaku? Aku hanya jadikan blog untuk menyimpan semua karyaku yang ditulis. Dan sedikit cerita tentang susastera, keluarga juga kawan-kawan. Pengunjung utama blog Karyaku dari China, Hongkong, USA, Singapura, Austria, Germany, Netherland, Malaysia. Seronok juga menulis kalau ada yang sudi baca. Biasanya pengunjung blog Karyaku sekitar 200 ke atas saja.

.Terima kasih banyak viewers yang sudi singgah blog Karyaku. Diharapkan anlian menemui sesuat yang bermanfaat di sini. Dan jangan lupa singgah lagi berulang kali.

 

entry September –

trafik blog Karyaku

keterujaan 

Friday, 17 October 2025

USTAZ MAD KECIK

ASSALAMUALAIKUM


 



USTAZ MAD KECIK

 

U-sianya masih muda

S-ertai Sumud Flotilla

T-anpa rasa takut Zionis

A-zam sampai tanah Gaza

Z-ahir hasrat murni

 

M-ohamad Abdullah nama sebenar

A-sal dari Terengganu

D-ura nama kampungnya

 

K-ecil molek bangun tubuh

E-mpati Palestin dizalimi

C-abaran rintang diredah

I-nsaf nasib saudara Muslim

K-eberanian kongsi semangat

MyBloglist