ASSALAMUALAIKUM
MISTERI MALAM
Anakku pulang ke Terengganu bersama keluarganya sempena cuti Deepavali. Aku tinggal di rumah bersama cucuku, Arif. Pada tengah malam, aku tersedar daripada lena apabila terdengar keriuhan di ruang tamu dan dapur. Aku mengagak anakku sudah pulang. Lalu aku menyambung tidur yang terganggu itu.
Ketika subuh menjelang, aku segera bangun, menjuntaikan kaki dari katil sambil memanggil nama anakku. Kebiasaannya, dia akan menolongku ke bilik air untuk mandi dan berwuduk. Namun kali ini, tiada siapa yang datang. Mungkin anakku belum pulang lagi. Tetapi, keriuhan dan gerak yang kudengar malam tadi, suara siapakah itu? Aku termangu dalam kebingungan.
malam gelita -
sambutan Deepavali
halusinasi
sambutan Deepavali
halusinasi
Assalamualaikum kak paridah, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.. pelik ni.. mungkin halusinasi.. mungkin mimpi + mengingau.. insyaAllah moga tiada apa-apa..
ReplyDelete