Assalamualaikum
Alhamdulillah dua naskhah
selamat kepenerimaan PI kiriman penulis mapan Tn Hj Cikgu Mustafa Siraj.
Terima kasih banyak cikgu sudi hadiahkan kak karya istimewa. Baik budi cikgu
moga Allah membalasnya dengan ganjaran sempurna.Naskhah tersebut ialah 60 KISAH
TELADAN UMMAT dan SEMUSIM KEMBARA.
60 KISAH TELADAN UMMAT merupakan
himpunan 60 kisah menarik. Antaranya sejarah Nabi Muhammad SAW, tokoh Islam silam
juga disertakan pelbagai cerita membawa ibrah bermanfaat. Naskah ini terbitan One
Touch Creative Sdn Bhd
SEMUSIM KEMBARA naskhah
genre travelog himpunan catatan kembara Penulis di dalam dan luar Negara bersama
isteri dan kawan-kawan yang menyertainya. Setiap tempat telah dilawati
disertakan gambar berkenaan. Pembaca pasti teruja catatan pengalaman dirasai
Penulis. Naskhah ini diterbitkan sendiri
Penulisnya. Tahniah syabas usaha murni. Sepanjang
penglibatan Penulis dalam kesusasteran telah memenangi pelbagai anugerah karya penulisan.
Sekiranya ingin memiliki
naskhah sastera istimewa sila hubungi
penulisnya @facebook. Harganya sederhana dan mampu milik.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”